Race : Bali Marathon 2016 Pt 9 – Permulaan mesti mau ada niat

Saya terfikir, biasanya bila bulan puasa, kita diajar untuk niat puasa sebulan dan juga niat puasa tiap-tiap hari. Masa saya kecik-kecik dulu, bila tiba bulan puasa, mak saya akan panggil ramai-ramai adik beradik semua dan suruh masing-masing baca niat puasa. Kena baca bahasa arab, dan bahasa melayu sekali supaya faham maksud dia.

Mungkin training plan saya sebelum ini semua gagal sempurna adalah kerana saya niat tak berapa kuat, atau saya niat tapi tidak ada lafaz niat. Niat dalam hati dan niat di mulut. Kira macam secara conceptual kita fikir dalam kepala dan secara fizikal ia terzahir di alam ini. Lalu, oleh kerana hari ini hari pertama saya berpuasa, eh silap, bertraining plan, maka saya pun berniat.

“Sahaja aku lari 30 hari dibulan ini tunai kerana Allah ta’ala”

Harap menjadi dan cukup.

So hari ni saya dah start lari. Ini adalah catatan masa untuk hari ini.

Screen Shot 2016-07-29 at 10.01.42 PM

Ini pula estimate time for FM.

Screen Shot 2016-07-28 at 7.41.41 PM

Ini pula jadual yang dah updated. Hijau maksudnya berjaya lari dan harap kurang warna merah dimana merah adalah tiada larian.

Screen Shot 2016-07-28 at 8.45.15 PM

Catatan selepas training :

Overall larian adalah santai. Masa lari tu kaki macam ada sengal-sengal sikit mungkin sebab dah lama berehat agaknya. Pernafasan tenang. 300 meter terakhir nak ke 5 KM saya tingkatkan kelajuan / speed. Lepas habis lari baru rasa macam lari jauh gila.

Saya amik shake protien untuk supplement lepas lari.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *