Race : Berlari ke ofis, berlari dari ofis ke rumah

Dulu-dulu saya bekerja dengan orang. Tapi sekarang saya berniaga sendiri. Dan saya telah berniaga sendiri, hampir 10 tahun. Dalam masa 10 tahun, saya telah berpindah ofis sebanyak 4 kali. Ofis yang pertama adalah rumah bujang saya dan kawan-kawan. Hingga yang keempat ini, saya rasa ini adalah ofis yang terakhir dan saya takkan pindah lagi kecuali kalau Mark Zuckeberg beli syarikat kami.

Dan saya selalu terfikir, yang satu hari nanti, saya akan cuba berlari ke ofis. Dan dari ofis, berlari pulang ke rumah. Mungkin pagi waktu semua orang pergi kerja naik kereta atau motor, saya pergi kerja berlari. Namun saya masih tak dapat peluang ini. Mungkin kerana ofis saya belum ada shower. Dan mungkin juga kalau saya berlari pakai baju sukan, agak macam tak kena lepas tu nak kerja.

Lalu saya ambil keputusan untuk menjayakan impian ini pada cuti krismas semalam. Ada 3 sebab saya pilih cuti krismas sebagai hari larian ke ofis.

1. Sebab hari cuti. So, kereta tak banyak.
2. Sebab tahun lepas saya dah buat #racethetube. So tahun ini saya mesti buat something lagi.
3. Sebab saya tak tahu bila lagi saya boleh bertahan untuk ada sebuah ofis…. mungkin tak lama lagi ofis saya akan ghaib sebab ekonomi Malaysia makin teruk. Masa tu mungkin saya akan decide untuk jadi pelari sepenuh masa. Saya juga mungkin akan balik kampung dan bela ayam dan kambing serta menanam petai. Terima kasih kepada Najib Razak yang saya sangat sayangi. Andalah idola Perdana Menteri saya. Anda telah memberikan cabaran terbaik untuk rakyat Malaysia stay positive thinking dan berusaha lebih kuat untuk seamatkanperniagaan masing-masing. Anda menyebabkan ramai orang menjadi lebih percaya pada tuhan instead of percaya pada manusia. 

Maka, pagi-pagi buta semalam saya bangun. Pukul 5:30 pagi. By pukul 6:00 pagi, saya dah bersiap untuk keluar lari. Saya kira, larian saya ke ofis semalam boleh dikatakan larian yang santai. Sebabnya kaki kanan saya yang cedera akibat larian Sultan Nazrin tu masih lagi tak baik. Walaupun dah urut hari tu tapi masih lagi sakit.

Anyway, ini view sepanjang larian saya. Ada dekat 40 gambar. So kalau pakai data, dinasihatkan tengok waktu lain bila ada wifii connection. Membazir data je.

IMG_3597
Starting line. Bump ni depan rumah saya.

IMG_3603
Dah nak keluar dari kawasan perumahan

IMG_3610
First water station

IMG_3611
Mak aii banyak betul air. Boleh pilih ikut suka warna apa.

IMG_3612
Tapi tak boleh amik free la kena bayar. Lari takde tiket memang macam ni.

IMG_3618
Larian diteruskan awas lari belah tepi jangan lari tengah jalan takut kita langgar bas.

IMG_3621
Antara zon paling gelap dalam larian ini.

IMG_3629
Water Station kedua. Sebabkan duit takde dok bayar GST, tol naik, minyak naik, barang dapur naik, pampers naik, saya tak singgah.

IMG_3636
Stesen Alam Sutera. Ini pun saya tak pernah naik sebab tiket LRT pun dengarnya naik juga.

IMG_3650
Walaupun semua naik, larian mesti diteruskan.

IMG_3671
Simpang nak masuk ofis naik bukit. Naik lagi.

IMG_3675
Simpang seterusnya, naik lagi. Tapi depan tu kedai laksa dan laksa dia paling sedap dekat dunia ni sumpah I tak tipu.

IMG_3680
Dah nak sampai ofis. Nampak building kuning tu tak?

IMG_3682
Dah nak sampai. Come on sikit je lagi.

IMG_3683
Sikit lagi….

IMG_3685
Atas kedai mamak tu ofis saya.

IMG_3687
Hmm dari bawah ni tak nampak pulak ada orang kerja ke tidak. Eh lupa. Hari ni cuti.

IMG_3692
Ofis kunci.

IMG_3690
Kunci tak bawak, xs card pun tinggal, so tak dapat la nak naik atas nak submit GST Form pada Kerajaan. Isninlah…

IMG_3698
#runtomyoffice challenge unlock. Now nak unlock #runtomyhomefrommyoffice pulak.

IMG_3777
Isteri saya send pic. Isteri saya seorang yang kelakar.

IMG_3699
Lepas lepak minum air makan cekelat, sambung lari. Kali ni nak balik dah.

IMG_3708
Sekarang dah sampai kawasan Flat LTAT. Matahari kian panas.

IMG_3713
Jalan belakang sudah… jalan belakang takpe jangan main belakang.

IMG_3730
Kaki semakin sakit. Ahh…

IMG_3735
Naik bukit lagi. Jalan belakang menuju Equine Park.

IMG_3739
Mana semua orang ni? Semua orang beraya rumah Najib ke minta Christmas gift?

IMG_3741
Turun bukit. Finally. Akhirnya ada juga yang turun tahun ni.

IMG_3745
Masuk simpang Flat Enggang.

IMG_3750
Sakit sakit sakit sakit sakitttttttttttt

IMG_3751
Ok. Saya kurangkan laju sebab kaki sakit.

IMG_3754
Masuk simpang ke Kinrara Residence

IMG_3760
Welcome to my crib

IMG_3770
Ada runner lain juga tapi pakcik ni lagi laju

IMG_3775
Sudah mau sampai yaaaahhhhhh

IMG_3781
Sikit lagi.

IMG_3783
Toleh tepi jap. Ini club house. Next year saya nak belajar berananglah at least boleh cross training kalau kaki sakit untuk maintain stamina.

IMG_3789
Lagi beberapa meter nak finishing line

IMG_3790
Finally tamat sudah challenges ntah menda ni. 14 KM dekat nak 3 jam. Hebat kamu ya. Apa rahsia ni?

IMG_3797
Sesampai di rumah, EL Lukh sudah menanti di pintu. Meh bapak sayang sikit meh meh cium ketiak bapak….

OK. Ini pula data dari runkeeper. Yang ada tanda macam Play tu adalah lokasi office saya (KM ke 8) manakala yang tanda merah tu rumah saya. Kira kalau saya pergi office dalam 6 – 7 KM je sebenarnya. Sebab tu la masa lunch boleh balik rumah dan makan masakan bini saya. Jimat wok!

Screen Shot 2015-12-26 at 11.17.21 PM

So. Tahun ini saya kira ending larian saya adalah dengan berlari ke ofis dari rumah dan berlari ke rumah dari ofis. Sikit hari lagi saya finalizekan jumlah KM saya tahun ini yang tak achieve 999KM tu. Anyway, ini yang versi animated GIF untuk semua pic masa lari. Semua gambar ada tapi kualiti gila ayam.

run5

 

 

 

Kongsi di :