Race : BMW Berlin Marathon 2021

Semalam saya dapat email tentang race ni. So basically, dah open for registration. Jika anda berminat, berikut adalah summary yang boleh anda baca dan kemudian decide sama ada nak masuk atau tidak.

1. Bila race ni?

Race adalah pada 26.09.2021, hari ahad. Ketika posting ini ditulis, ada lagi 327 hari nak ke date race. Mana nak tgk countdown ni?  Ada kat web dia atas sekali.

2. Tiket race, berapa rat?

€125, bersamaan dengan myr 604.57

3. Bila tarikh tutup penyertaan?

Untuk loteri, adalah 28 October 2020 until 25 November 2020.

4. Canne nak register?

Cara pertama

Untuk runner sakit lutut macam saya ni, ada dua cara.

a. Single
First sekali, boleh register sama ada single runner, atau team. Single meaning ko reg. sorang2. So kalau nama ko naik, jackpot. Kalau tak naik, takpelah, len tahun boleh cuba lagi atau pergi cara kedua.

b. Team
Second, Kalau register as team, salah seorang dari team ko nama naik, automatik satu team dapat masuk. Satu team 2-3 orang sahaja. Tapi ranking result race bukan per team. Masih sorang2.

Dua registration kat atas adalah sistem loteri atau cabut undi, paling murah dan kos effektif.

In case nama memang busuk gila haram tak dapat walaupun single / team, masih ada peluang. Peluang dia adalah secara tour atau charity. Ini cara mahal sikit.

Cara kedua

a. Tour Operator
Tour ni ko beli tiket race yang dah di allocate pada tour agency. So maksud dia ko beli tiket race, tiket flight, tiket hotel, lain2 tiket yang berkait, semua bawah tour agency. Depa uruskan semua. Tapi since kita dari Malaysia, setakat ni tade tour agency yang nak conduct hal ni (dulu ada). So maybe kena kaji sikit accane maybe boleh join tour agency dari negara lain misalnya singapore atau indonesia.

Canne nak cari tour operator paling best? Compare semua harga depa, and then tengok service depa. Misalnya ada yang service tambahan jadi photographer personal. Basically cara tour adalah level cara bangsawan la, malas pikir apa, semua orang uruskan.

b. Charity
Charity adalah cara dimana masuk pakai tiket charity. Kita kena pilih rumah charity mana kita nak support, then kita donate duit pada rumah yang kita support.

Berapa banyak kita nak kena donate? Ini kena deal dengan rumah charity tu. Last time masa 2018 saya ada tanya, so rumah charity tu nak aud10K. So tatau kat malaysia ni nak lari kat mana supaya orang boleh derma kat kita lalu kita derma kat depa.

Unless kita memang dah kaya dan memang suka buat charity dan aud10k apalah sangat.

Biasanya rumah charity yang kita support tu akan bagi something balik kat kita. Misalnya beg yang penuh hadiah la, atau macam masa saya kat Tokyo dulu depa bagi tempat persalinan so boleh lepak ngan cilek2.

Cara Ketiga

Fast Runner
Ini untuk runner elit yang tak sakit lutut, lari pace 4:00 muka ada sinyum. So boleh masuk tapi kena ada sijil masa tahun 2020,2019,2018, 3 tahun lepas punya performance. Depa akan chek sijil ni ori ke tipu.

5. Kat mana nak register?

Boleh pergi ke web dia sini. First create user account dulu, verify, then baru isi form. Buat bayaran sekali. Kalau dapat, baru kad kena charge.

6. Bila tarikh result on tak on?

Depa akan email pada 16 December.

Lain-lain hal, pre-cost

Berikut adalah gambaran asas untuk costing. Take note ini adalah secara sekali google sahaja bukan detail pun. Just nak bagi idea.

6. Berapa kadar tukaran duit kita ngan duit jerman?

German pakai euro. So basically 1 to 5 lebih kurang.

7. Flight KL ke Berlin. Berapa kos?

Take note ini adalah cost flight 2 minggu sebelum race yang disemak pada ketika posting ini ditulis. Kos adalah untuk pergi balik, seorang dewasa. Basically, kalau book awal, kos adalah RM2.5K seorang.

8. Hotel kat Berlin, sehari berapa duit?

Sekali imbas tengok kos hotel dari 28 euro ke 100 euro, which is sehari RM135 ke rm480.

9. Sekali makan masakan jerman, berapa?

Makan McD dalam rm40, restoran up sikit, sekali makan rm217.

10. Draft kesimpulan semua, berapa duit nak kena ada ni kalau nak on trip ni?

Untuk seorang, 7 hari, paling murah :

Flight : RM2.5 K
Hotel : RM135 x 7 hari = RM945
Makan : RM100 x 7 hari = RM700
Tiket Race : RM600
Duit nak beli Audi RS 5 (duit shopping) : RM3 K

So total : Lebih kurang RM8 K la kesimpulan dia.

Ada 327 hari, RM8000 / 327, sehari kena cari RM24. On tak on?

Hmmmmmm…….

Next posting kita tengok risiko yang berkaitan. Yelah. Musim kobid ni.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *