Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 1

Sebenarnya awal hujung bulan oktober hari tu saya ada cuba nasib untuk beli tiket larian BMW Berlin Marathon 43rd. Baru saya tahu yang beli tiket race besar ni rupanya macam lucky draw. Sebabkan saya tak pernah lari FM lagi, so saya register as first time runner. Masa tu depa kata yang result akan keluar bulan December.

Saya punya semangat siap tengok tiket flight bagai. FYI, Berlin Marathon ni salah satu top 6 marathon terbesar dunia selain Tokyo, New York, Chicago dan eemmm apa lagi? Aha London dan Boston.

Screen Shot 2015-12-27 at 12.49.17 AM

Total yang saya nak kena bayar adalah 183 Euro. Kalau convert RM862 lebih. Bila nak bayar ni baru saya tahu yang race besar ni t-shirt kita tak wajib beli pun. Medal pun sama. Dan medal tu pulak boleh beli lebih dari 1. Ini detail bayaran dia.

Screen Shot 2015-12-27 at 12.49.28 AM

Sebabkan nanti kena ada cabutan, so dia tak charge credit card saya lagi pun sampai la kalau saya bertuah dicabut untuk lari. So bila december menjelang, saya terima email dari penganjur dan inilah keputusannya.

Screen Shot 2015-12-27 at 12.51.56 AM

Oh… sorry… ini yang bahasa german. Ini yang english.

Screen Shot 2015-12-27 at 12.52.07 AM

Nampaknya saya tak bertuah sangat untuk cubaan kali pertama ini namun ada cara lain untuk masuk juga Berlin Marathon.

Cara pertama, kena donate duit, which mean tambah lagi 158 euro ( dalam RM744 ) tapi ini cuma ntuk 1000 slot sahaja. Dan tarikh dia dah tutup pun iaitu 7 December 2015.

Cara kedua, contact registered travel agency yang depa dah appoint, beli tiket dengan travel agency ni. Tapi bukan setakat tiket race sahaja, anda kena beli tiket hotel sekali. Tiket flight tu saya tak pasti. Lupa lak. Di Malaysia, kalau anda berminat anda boleh contact Cik dari company active explorer ni :

Screen Shot 2015-12-27 at 12.57.13 AM

Saya dah call Azrina ni tapi masa saya call dia, dia kata dia tengah finalizekan tiket hotel semua so tak confirm lagi berapa total pricing. Tapi menurut Azrina, ada 20 slot yang dia pegang. So, sapa cepat dia dapat.

Cara ketiga, daftar as charity runner. Yang ni kena setup fundraiser page la ni. Boleh click sini untuk maklumat lanjut.

Cara keempat, join pulak running camp. Yang ni saya tak faham sangat tapi saya rasa kos dia lagi tinggi. Mungkin kena duduk sana lama sikit dan masuk camp belajar lari. Lagi satu web dia totally german dan saya malas la pulak nak google translate. Anyway ini video yang saya amik dari web depa. Mungkin boleh beri idea sikit. Kita orang melayu tak pernah lagi lari pakai spender dalam air. Macam menarik ni. 😛

So kesimpulan saya, kalau nak join marathon besar ni kalau muka tak bertuah tu kena pakai duit banyak sikit untuk tambah tuah. Ini mungkin sebab saya tak buat solat hajat nak mintak dapat tiket ni macam kat sekolah dulu time PMR SPM mesti ada solat hajat.

BTW, Berlin Marathon race ni adalah pada  25 Sept tahun 2016. Ada 10 bulan lagi untuk train Full Marathon bagi yang first time.

Rasa macam nak email kat Prime Minister nak mintak duit derma sikit buat cover kos ke German sebab kalau dalam keadaan sekarang ni memang jangan harap la nak fly ke sana.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 1
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 2
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 3
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 4
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 5 – Kajian Event Organiser
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 6 – DNF

Kongsi di :