Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 3

screen-shot-2016-09-21-at-9-26-25-pm

Lagi 3 hari, hujung minggu ini, Berlin Marathon akan berlangsung. Oleh kerana cubaan saya untuk masuk “gagal pasti”, makanya saya mengambil keputusan untuk masuk secara virtual melalui Strava Challenge. Ini screenshot dia. Ini semalam punya.

screen-shot-2016-09-20-at-8-44-47-am

Hari ni punya screenshot dah ada warna pulak. Logo dia tu. Rasa macam baru buka lampu lak sebab yang sebelum ni hitam putih. Dalam 2 hari je naik 2.6K runner yang join.

screen-shot-2016-09-21-at-9-31-36-pm
Anyway, Berlin Marathon versi Strava ini dia punya syarat bukan kena lari one shot 42K. Boleh lari sikit-sikit sampai 42K asalkan semua larian berlaku dalam masa 4 hari dari 24 Sept hingga 27 Sept. Kalau ikut calendar adalah dari Sabtu ini sampai Selasa.

So boleh pilih nak lari 5K x 8 + 2K atau 10K x 4 + 2K atau lantaklah macam mana pun asalkan cukup 42K.

Tiada medal diberikan walaupun challenges ini di sponsor oleh Berlin Marathon sendiri, sebaliknya, siapa yang complete akan dapat digital batch Strava.

Harapan saya dengan penyertaan virtual saya tahun ini akan beri peluang untuk saya masuk secara realiti pada tahun hadapan. Kira cam kalau tak bersungguh, takkan tuhan nak bagi. Kan? Kan? Ini ada doa dalam bahasa german anda kena baca dengan penuh penghayatan dan syahdu. Jangan risau. Ni doa baik punya.

Bitte Gott ließ dieser Schriftsteller 2017 Berlin-Marathon teilnehmen . Amin

P/S Untuk registration 2017, boleh pi sini. Tak lama dah…. 19 October depa open.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 1
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 2
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 3
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 4
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 5 – Kajian Event Organiser
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 6 – DNF

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *