Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 5 – Kajian Event Organiser

Seperti yang sedia maklum, Berlin Marathon 2016 sudah pun selesai. Kalau pergi ke website dia sekarang, dah pun boleh tengok result dia. Namun sebelum apa-apa, semalam saya sehari suntuk layan pasal Berlin Marathon ini dari rumah. Berikut adalah hal-hal yang saya lihat tentang apa yang organiser buat untuk memastikan yang level marathon ini, level Big 6.

Race : 6 Marathon Dunia

1. Ada Official Trailer
Macam movie, Berlin Marathon ada official trailer yang beri gambaran kepada runners, macam mana look and feel race ini. Konsep race tahun ini adalah #PartofOne42 dimana semua adalah satu dan satu adalah semua. Feel trailer dia adalah bukan setakat lari marathon di Berlin, sebaliknya, menjadi sebahagian daripada Berlin.

Saya ingat kat Malaysia pun banyak race yang dah mula ada trailer. Esp. trail run.

2. Ada run-through route larian
Biasa yang buat visualisation ni kalau company jual rumah atau developer sebab nak bagi impression rumah yang depa jual. Tapi untuk organiser Berlin ni, siap ada video visualisation untuk route larian para runners. So ini amat berguna untuk runners dari luar Jerman. Selain daripada tourism attraction, boleh juga manfaat pada runner yang nak datang bawak crew sendiri. So boleh bajet kat mana nak jumpa untuk pass air / energy gel. So crew boleh cari jalan short cut untuk muncul pada KM tertentu.

Rasa macam 42K tu jauh tapi bila tengok video ini rasa macam 42K tu taklah jauh sangat. At least dah ada unsur positif disitu. 😀

3. Ada bookrace phamplet
Yang ni standard lah. Kebanyakkan race memang dah ada pun. So ini benda wajib.
screen-shot-2016-09-26-at-2-50-27-pm

4. Ada Live streaming
Penganjur ada menyediakan live streaming untuk penonton yang tidak ke Berlin atau untuk runner yang berangan nak kesana tapi tak kesampaian. Live streaming ini boleh ditonton di Youtube. Ini screenshot semalam.

screen-shot-2016-09-25-at-6-36-46-pm

Live stream ini ada banyak camera angle dimana selain daripada angle burung tengok orang lari marathon, ada juga angle orang lari dari belakang motorsikal dan angle finishing line. Agak sejam lebih juga saya layan Live stream ni sampai rasa nak lemau tapi macam-macam benda saya tengok. Seronok juga.

5. Ada video How to
Mungkin nak ambik bib race paling critical dan since event ini ada lebih kurang 30 – 35 ribu runners yang join, so pembahagian bib kena lancar dan smooth. Kalau tak, selain menyusahkan runners, ia juga menyusahkan organiser. So depa dah buat video awal-awal what to expect masa nak collect bib.

6. Ada pre race running apps
Ada apps untuk training untuk timing race. Selain dari tu, semua info pasal race pun boleh tengok. Hari tu SCKLM dan Bali Marathon ada bagi apps juga untuk semua tengok live runner yang depa follow dah kat KM berapa. So saya ingat apps ni dah jadi standard dah untuk race yang besar.

screen-shot-2016-09-26-at-2-43-30-pm

7. Ada Online Live Result
Online result pun satu hal juga dimana runner tak payah tunggu 2-3 hari lepas habis race untuk tahu result. Malah boleh tengok masa lari pun kalau larat nak tengok.

Ini screenshot untuk race semalam dan saya pilih semua yang dari Malaysia sahaja. Ini adalah detail page. Semalam saya tengok tak ada cert dan gambar. Hari ni dah update ada semua dah.
Boleh tengok terus page yang sama disini in case nak tengok cert, video dan picture.

screen-shot-2016-09-26-at-2-38-16-pm

Ini tracking map runner kat mana.

screen-shot-2016-09-26-at-2-42-10-pm

Ini pula adalah list semua runner dari Malaysia. Tahniah diucapkan bakhang. Ada 55 runners semuanya.

screen-shot-2016-09-26-at-2-36-49-pm

8. Ada arkib result tahun dolu dolu
Bukan sahaja untuk race yang sedang berlangsung, tapi boleh search jugak untuk race result yang dah lepas-lepas. Maksudnya kalau atuk kita bagitau yang dia masuk Berlin Marathon dan kita cam tak berapa nak caya, so kita boleh check kat sini.
screen-shot-2016-09-26-at-2-54-28-pm

9. Ada online shop
Bukan setakat jual tiket saja tapi ada online shop jual merchandise. Ini satu lagi yang saya rasa cam organiser Malaysia belum ada. So runner datang dari jauh atau runner yang tak kesampaian hajat dia kalau nak beli buat kenangan boleh pergi membeli belah.

screen-shot-2016-09-26-at-2-47-25-pm

Setakat itu saja kajian saya so, maybe kalau anda nak merancang race, ini adalah benchmark benda yang perlu ada kalau bajet besar la. Kalau bajet ciput buat mana yang perlu sahaja.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 1
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 2
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 3
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 4
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 5 – Kajian Event Organiser
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 6 – DNF

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *