Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 6 – DNF

Suami : Semalam kita jumpa Bruce Lee.
Isteri : Bruce Lee?
Suami : Haah. Bruce Lee.
Isteri : Jumpa Bruce Lee buat apa?
Suami : Eh silap. Bukan jumpa. Bruce Lee hantar whatsapp kat kita, dia pesan something
Isteri : Pesan apa?
Suami : Dia hantar ini (sambil menunjukkan telefon…)

bruce-lee-quotes-dont-fear-failure

Isteri : ….. Ini mesti sebab anda tak habis Berlin Challenge kan?
Suami : Kita bukan tak habis, tapi sebabkan Berlin Marathon tahun ni yang ke 43, so kita try dapatkan tempat ke 43 kalau ikut ranking antara runner Malaysia.
45f902bbd25eee8fecd94d0acf64f908

***

Saya telah gagal untuk menghabiskan Berlin Marathon Strava Challenges. Instead of 42K dalam masa 4 hari, saya cuma mampu buat 21K sahaja. Maka, cubaan saya untuk menjawab persoalan saya sendiri masih tergantung.

Rupanya untuk lari sejauh 42K dalam 4 hari belum boleh saya buat. Selain keletihan dan pulun sangat pada hari terawal, ada sedikit sakit kaki menyebabkan saya membuat keputusan untuk berhenti dari menghabiskan cabaran. Dibawah adalah data 3 kali run tersebut.

brmr

Apapun, daripada 102 rakyat Malaysia yang join, saya dapat no 43 (setakat jam 11:59 malam, lagi 1 minit pukul 12:00 challenges tamat). Tahniah kepada semua yang berjaya menghabiskan. Tahniah juga kepada semua yang cuba menghabiskannya. Lain tahun kita cuba lagi.

screen-shot-2016-09-27-at-11-43-14-pm
screen-shot-2016-09-27-at-11-42-53-pm


Lagi tentang racepisod ini :

Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 1
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 2
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 3
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 4
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 5 – Kajian Event Organiser
Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 6 – DNF

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *