Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 2 – Preparation and result

10727348_910581645620056_1210877499_n-1 Persiapan bagai

Ok. Sabtu malam yang lepas saya telah pun berjaya lari 10k race pertama saya. Walaupun dari segi latihan saya dah 4 kali cuba, namun untuk yang race BSN ini ada sedikit kekecewaan berlaku. Target asal saya nak cuba dapat top 100 tetapi apakan daya.

1780822_785842531459246_4711498580845887939_n

Result untuk race sudah pun keluar dan anda boleh rujuk disini. Kalau nak result-result lain pun ada boleh tengok pada website dia. Anyway, saya cuma mampu meraih tangga ke 111. Kalau saya berjaya potong 11 orang malam tu saya boleh jadi orang ke 100 yang sampai ke garisan penamat.

10666115_818370674881300_496582742_n-1
Target gila sebelum lari

Asalnya saya dengan confident menang kalah takpe nak target 55 minit sahaja tapi nyata gagal. Banyak faktor kerana kegagalan ini dan saya akan tulis dalam posting lain supaya boleh dijadikan pedoman masa hadapan. Anyway, catatan masa untuk orang yang ke 100 adalah 1:01:00 manakala catatan masa saya pula adalah 1:01:38. Kalau saya cepat 38 saat pasti saya dapat achieve target saya. 38 saat. Diulang, 38 saat. Tapi seperti yang saya katakan tadilah, apakan daya… mungkin, kekecewaan ini boleh dijadikan sebagai mangkin untuk perbaiki rekod saya di Penang Maratahon pula. Izin tuhan.

BSN Night marathon 2014Route larian

Screen Shot 2014-10-14 at 1.41.42 AM
5km pertama maintain dah cantik dah, lepas jumpa naga joget tengah jalan terus hancur….

Saya ada check catatan masa yang tak official saya melalui runkeeper, didapati, catatan masa yang saya buat itu tak sebaik masa latihan. Total semua baru 5 kali lari 10K tapi ada catatan masa yang lebih baik waktu latihan.

1208278_268613010004085_1267615616_n

Oh ya, dibawah ini gambar finisher medal. Medal memang cantik. Overall race event malam tu sangat meriah sekali. Team support BSN memang ceria. Masa lari tu dia punya cheer leader memang ohsem habis. Dan sangat gembira rasa macam kita ni runner star habislah… untuk 10K siap ada tarian naga tunggu masa lagi 5km nak habis. Siap dengan muzik bagai. Sepanjang saya masuk race yang tak banyak mana ni, saya rasa race BSN sangat menggembirakan.

10727222_529605607185975_1819296736_n

So, tahniah kepada semua yang berjaya menghabiskan race. Jumpa lagi next year dan harap masing-masing dari kita dapat improve rekod kebangsaan diri sendiri.

10706929_288552678021074_2134092283_n
Gambar red carpet lepas lari

Screen Shot 2014-10-13 at 8.29.43 PM
Screenshot result UPSR buat kenang-kenangan


Lagi tentang racepisod ini :

BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 1- Running Details for 10K
Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 2 – Preparation and result
Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 3 – Post Morterm
Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 4 – Album & Video

Kongsi di :