Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 3 – Post Morterm

Saya dedicatekan posting ini khas untuk listkan semua post morterm selepas larian. Moga bermanfaat buat semua.

Larian : BSN Night Run 2014

1. Datang lambat
Yang ini memang hobi saya. Ntah kenapa, tabiat ini sangat sukar untuk saya ubah, kecuali saya datang meeting business je yang on time. So bila datang lambat untuk race event, masalah pertama adalah parking. Nak kena cari parking dah satu hal. So ini menyebabkan mood terganggu dan mula nak marah-marah. So DATANG AWAL!

2. Gila nak berinstagram padahal orang semua dah que masuk nak lari
Dah lah datang lambat, asyik nak tunjuk model kesukanan dalam Instagram. Tak habis-habis nak update IG sekali rupa-rupanya orang dah masuk que nak start lari. Sibuk betul nak bagitau orang kampung dia yang dia masuk race. Dan bila nak masuk station larian ikut kategori tu, mak bapak, orang dah ramai. Elok-elok boleh duduk depan, terpaksa menyelinap ke hadapan dengan muka yang setebal jalanraya putrajaya.

3. Tak stretching
So bila dah terhegeh-hegeh nak masuk dalam kelompok orang ramai, bilanya masa nak stretching? Akhir sekali terpaksa melompat-lompat setempat untuk panaskan badan. Orang ramai dan sangat pack gila. Silap lompat boleh terpijak atau terjatuh pada orang depan atau belakang. Kegagalan untuk stretching boleh menyebabkan otot tak panas mana lalu membawa kepada creampie. Eh, silap. Cramp.

4. Tak test iPhone sebelum lari
Yang ini masalah terpencil. Saya punya iPhone 4 tiba-tiba battery kong bila dapat sms dari member yang bagitau dia sms dari iPhone 6. So saya gegas beli iPhone 6 dan tak sempat nak bawak lari training. Dulu pakai iPhone 4 boleh cergas lagi nak pegang sambil lari. La ni iPhone 6 tak besar manalah nak usung 10K. So saya beli strap yang kat lengan tu lalu akibatnya…… (Sambung bawah)

5. Tak jaga Pace larian
So bila tak jaga pace larian adalah sama dengan larian barai ikut suka hati tok aku. Patutnya sebelum lari dah tahu average pace berapa dan keep to the average. Maintain. Oleh kerana jarang tengok iPhone, dan kalau nak tengok pun kena mentergeliatkan tangan (sebab pakai strap la kononnya), at the end of the day, akibatnya loose control pada larian.

6. Motivasi hancur
So bila lari-lari-lari dan tiba-tiba sekali sekala check pace larian, sedar-sedar dah teruk sangat pace tu. So motivasi mula menurun dan mula rasa nak lari balik kampung.

7. Pancit Awal
Bila dah takde motivasi, automatic diri akan masuk mode pancit. Dan bila pancit, toksah ceritalah nak masuk top 100. So malam tu saya masuk mode pancit seawal kilometer ke 5. Tahniah diucapkan.

8. Tak Fokus
Bila dah pancit, mulalah tak fokus. Dan tak in moment. Tak communicate dengan diri sendir, total LOST. So ini adalah antara faktor yang paling besar menghalang diri sendiri dalam mencapai target larian yang indah nan permai.

dan akhir sekali,

9. Pandang Negatif
Yang ini silap besar saya. Sebelum lari tu saya ada update Instagram kunun2 nak target Pace larian 5:34. So saya letak caption poyo situ. Lepas tu … ah, malas pulak taip, tengok sendirilah kat bawah ni saya screenshot kejap.

Screen Shot 2014-10-14 at 8.56.40 PM

Ada 2 pengajaran besar disini. Pertama, jangan pandang negatif pada kehendak diri batin sebab awal-awalnya, diri batin tu yang trigger idea untuk dapatkan matlamat sedemikian.

Kedua, jangan menderhaka kepada guru, walaupun guru itu bukan guru kita secara fizikal dan dalam kes ini, sekadar guru / coach bayangan.

Kesimpulan
Bagus juga jadi hal macam ni. At least ada something untuk improve.


Lagi tentang racepisod ini :

BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 1- Running Details for 10K
Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 2 – Preparation and result
Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 3 – Post Morterm
Race : BSN Putrajaya Night Marathon 2014 Pt 4 – Album & Video

Kongsi di :