Race : #BSNPNM2015 Pt 4

Patutnya saya pergi collect medal dengan adik saya Yana. Tapi bila member saya Azmi call ajak minum di Putrajaya, saya pergi seorang diri. Azmi pun masuk race BSN tapi Fun Run 5K. Adik Azmi, Azril dan kawan-kawannya dari Kuantan patut masuk 10k. Dulu Azril dan kawan-kawan saya ada racun dan depa masuk 10K first time di Kuantan Marathon. Namun sebab kali ini #bsnpnm cancelled, mungkin Azril dan kawan-kawan tengah tidur di Kuantan sebab saya whatsapp tak berjawab.

Bila sampai di Justice League tu saya dan Azmi turun kereta. Kami nampak khemah banyak tapi orang takde. Bila sampai kat khemah tu saya tengok ada tulis food collection dan juga crew. Ada crew yang terdiri dari awek-awek sedang sibuk buat kerja.

Azmi tanya salah seorang crew yang sedang nak angkat seplastik besar kotak makanan di mana nak collect medal. Awek tu tanya berapa K? Saya jawab banyak. 5, 10 dan 21. Awek tu kata, kalau gitu ikut mereka.

Sebenarnya saya collectkan sekali untuk Yana dan kawan dia. Mereka berdua 10K. Oleh kerana tengok awek berdua tu terkial-kial nak angkat plastik besar kotak makanan, Azmi dengan ramah dan ala gentleman offer nak tolong angkatkan. Tapi awek ini barangkali kemaluan atau ketidak-mahuan menyusahkan orang, maka awek ini kata takpe.



Kami pun follow awek ini sampai ke starting / finishing line. Di situ, crowd lebih ramai rupanya. Ada stage besar dengan screen yang terpampang wallpaper #bsnpnm. Ada juga runner yang sedang berlari menghabiskan larian. Tapi tak ramai mana. Sebenarnya walaupun cancel, untuk acara 5K dan 10K non competetive diteruskan juga penganjur. Ini adalah kerana banyak feedback di Facebook yang mahu event diteruskan juga. Barangkali untuk ambil hati mereka, maka 2 kategori ini diteruskan.

12070654_371102159680359_570314071_n

Dalam pada meninjau-ninjau runners yang berlari, awek plastik tadi telah hilang dari pandangan. Maka saya dan Azmi teruskan sahaja berjalan hingga kami sampai ke khemah collection medal 5K. Azmi masuk situ dan collect medalnya. Saya lihat crew agak ramai juga. Bila saya tanya 10k mana, rupanya khemah sebelah. Saya masuk dan collect medal Yana dan kawannya.

Saya kemudian tanya, mana pula 21K? Awek crew disitu tunjuk nun disana. Sejurus kemudian Azmi sampai dan kami berjalan ke khemah 21K pula. Agak beberapa tapak juga jauhnya dan saya katakan pada Azmi, maybe 21K jauh lagi dari 5K, so khemah dia agak jauh. Azmi tersenyum toya.

Apabila kami sampai di khemah 21K, saya masuk melalui lorong size baju M. Disitu crew menanti dengan ceria. Mungkin sebab 21K tak ramai berbanding 5K dan 10K tadi. Setelah selesai collect saya pun mengucapkan TQ dan beredar. Salah seorang crew disitu mengucapkan selamat malam bang. Kali ini saya pula tersenyum toya. Bukan apa, mood tak dapat lari dan datang collect medal pakai seluar jeans, siapa yang gembira?

12141840_104012269960834_616926143_n2nd medal yang tak terlarian, back to back unfinish 21k


Basically orang tak ramai mana. Bilangan crew lagi ramai dari runners yang ada. Tapi saya menjangkakan dengan setting sebegini, kalau race jadi juga, memang happening. Bagi saya #bsnpnm adalah antara race paling happening yang pernah saya masuk. Saya bagitau Azmi tahun lepas siap ada cheerleader lompat-lompat dan juga bapok-bapok berjoget meraikan runners.

Keadaan malam ini tidak jerubu sangat sebenarnya. Kalau lihat di lampu jalan, tidak ada asap yang boleh dilihat dibawah sinaran lampu itu. Agak sayang race ini dibatalkan. Namun, apa yang lebih penting adalah keselamatan semua.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Kami kemudian meninjau-ninjau dekat booth yang menjual macam-macam. Saya sempat singgah booth 2xu yang jual seluar burung itu. Ada juga jual stokin dan tengok macam murah dan banyak diskaun. Lepas itu kami masuk booth brooks dan Azmi melihat-lihat t-shirt yang ada sambil saya melihat karenah orang bergambar.

Agak dah boring, kami pun beredar dari Justice League menuju ke kereta. Sebelum balik saya sempat mengambil beberapa gambar. Tahun depan saya akan sign up untuk 21K lagi. Antara banyak-banyak race, #bsnpnm adalah race yang saya mahu completekan dari 10K, 21K dan seterusnya 42K mengikut sequence jika ada rezeki di masa depan.

Kami kemudian menuju ke kedai minum untuk bersembang mengarut dengan lebih lanjut.

12142214_184617225208555_1310586700_nBiasa photographer shoot runner. Hari ni, runner shoot photographer.


P/S bila saya dah post posting ni, saya baca balik, saya rasa macam hambar je tulisan saya ni. Hmmm… boleh jadi sebab tak dapat lari… effect tu pada penulisan



Kongsi di :