Race : Bukit Jalil Half Marathon 2016 – Mungkin withdraw

bib

Last year saya ada masuk Bukit Jalil Half Marathon. Masa tu catatan masa saya untuk 21K adalah   02:27:23… Saya ingat tahun ni saya nak masuk dan improve sikit catatan masa. Saya dah register lama dah dari tahun lepas rasanya tapi saya rasa saya terpaksa tarik diri dari race ini.

Ini semua sebab hujung minggu ni adik perempuan saya nak dilamar orang. Rombongan meminang akan sampai pada hari yang sama dengan race iaitu hari ahad. So ini sangat dilema bagi saya.

Pertama, saya anak yang sulung. So bila hal keluarga ni kalau anak yang sulung pun tak tunjuk komitment, mau anak yang sulung dulu masuk neraka kat dunia ni lagi dah, tak yah tunggu akhirat.

Keduanya, kalau saya nak masuk juga race ni, saya kena gerak dari Raub subuh-subuh tu dan pergi race, kemudian gerak balik semula ke raub lepas race. Agak determinasi tinggi tu. Buatnya saya tertidur masa bawak kereta memang lega. Tertidur ni boleh jadi masa nak pergi race atau juga tertidur masa drive balik ke raub sebab letih.

Ketiga, saya tak amik racekit pun lagi. Ini satu lagi hari ini dalam sejarah. Biasanya saya tak terlupa nak amik racekit tapi race yang ni saya boleh terlupa. Biasanya bila ada event ke meeting ke race ke saya terus masuk dalam google calendar saya tapi race ni saya tak buat pulak. Nampaknya memang tuhan tak bagi saya masuk race ni.

So, saya decide untuk let go race ini. Saya ingat, inilah kali pertama saya withdraw race yang saya dah beli tiket dia. Perasaan dia cam sedih juga. Kecewa. Hancur hati. Luluh jantung ke bumi. Dah confirm, tapi last minute cancel. Ini baru kena cancel race, kalau hal lain yang melibatkan takdir lagi besar…eeeeeiii tak tau la canne. Mau menangis tepi longkang.

Saya ada berbual dengan ayahchu saya hari tu pasal nak cancel race ni. Lebih kurang camni la,

“Ayahchu, sekarang ni baru zizi faham, betapa susahnya bila jadi atlit keluarga. Dah training gila-gila sekali bila hari race kena cancel sebab ada hal family”
“Ok la tu…. esok masa tunang Yana tu petang tu ko pergi la lari 21K jugak… walaupun tak dapat lari dalam race, at least ko lari jugak hari yang sama”
“errrrrrrrrr….”

Apabila tiba pada memilih, untuk kepentingan sendiri atau kepentingan keluarga, saya memilih kepentingan keluarga, kalau kepentingan sendiri ini saiznya kecil sahaja berbanding hal keluarga itu. Misalnya, untuk cancel race sebab adik nak bertunang, so OK la tu.

Tapi kalau size kepentingan diri tu lagi besar dari kepentingan keluarga, saya rasa saya mungkin akan pilih kepentingan diri tu sebab adakalanya, bukan kita sahaja yang kena give and take dengan keluarga. Keluarga pun kena give and take dengan kita.

Especially dalam hal yang melibatkan masa depan.

Dalam hidup kita kena belajar tentang “Priority”. Subjek ini sangat susah nak master tapi bila dah master subject ini, kita bukan sahaja boleh bertolak ansur dengan orang, malah orang pun sudah boleh bertolak ansur dengan kita.

So Bukit Jalil….. I see you next year.

BTW, last year lari ngan Yana kat Bukit Jalil ni. This year pulak, Yana bertunang. Dah besar adik aku rupanya (@dah tua aku ni rupanya). 😀

Screen Shot 2016-03-06 at 10.47.22 PM

Kongsi di :