Race : Bukit Jalil Marathon Pt 2 – Ujian seganda dua

Sedar tak sedar ada tinggal sebulan lagi untuk saya mula berlatih kerana saya dah tersign up untuk race Bukit Jalil Marathon tahun lepas. Dan baru saya tahu tadi, yang Bukit Jalil Marathon ini nama asalnya adalah Brooks Half Marathon.

Well, ini adalah race di kampung sendiri kali kedua untuk katgori 21K. Last time dah masuk race kampung sendiri tapi 7K. Sepatutnya isteri saya lari sekali kategori 10K tapi keadaan kesihatannya buat masa ini tak mengizinkan, so adik saya akan ganti tempat isteri saya. Untung ada adik perempuan kalau tak sia-sia entry fees.

Saya kira ini hadiah dari saya untuk adik perempuan saya atas kejayaannya akhirnya lulus exam accountant yang dia dok repeat. Mana ada abang dalam dunia yang bagi hadiah suh lari 10K?

Ada sebab saya suruh dia lari 10K ni. Ada sebab. Saya nak beritahu dia yang dalam hidup ini kita jangan selesa sangat dengan apa yang kita ada. Dia dah selalu masuk fun run 5K. Sekarang tiba masanya ujian berganda iaitu 10K. Orang kata, 10K ni adalah penentu bagi seorang runner untuk terus lari lebih jauh atau sekadar menjadi average runner yang will power dia tak berapa nak kuat mana. Bila fikir-fikir balik, besok kalau dah boleh berlari sejauh 10K, apa sangatlah nak gandakan ia 2 kali? Kan Nurliyana kan kan kan kannnnnnnnnnn.



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comment 1

Comments are closed.