Race : Bukit Jalil Marathon Pt 3 – Race kit collection

Semalam masa saya mandi saya terfikir, bila agaknya tarikh untuk collect race kit Bukit Jalil Marathon. Sebabnya lagi beberapa hari nak race ni haram takde update atau email dari organiser. So baru tadi ni sambil tunggu orang pasang unifi kat rumah ni, saya browse-browse balik registration page race ni.

Lalu saya dapati, rupanya race kit collection adalah pada 27, 28 Feb dan 1 Mac ini dan lokasi collection adalah di stadium Bukit Jalil dari pukul 10 pagi hingga 7 petang. Dan info ini dah pun tertulis dalam registration form dulu tu.

Kadang-kadang, kita excited terlebih sampai lupa untuk tengok benda-benda kecil. Kadang-kadang kita terlalu menunggu benda di masa hadapan sampai lupa nak tengok apa yang dah tertulis di masa silam.

*** Updated after race kit collection

Maka semalam selepas balik dari KL jumpa client, saya singgah Stadium Nasional Bukit Jalil. Masuk kedalam tu parking RM2. Saya tengok dari jauh banyak gila bas-bas bawak orang melayu. Saya tak pasti event apa, tapi mereka semua memang sangat melayu identitinya. Selepas parking, saya maju terus entah ke mana, nasib saya baik sebab ada brader lalu depan saya dengan muka yang tersenyum. Saya tengok pada tangan dia jinjing beg plastik yang dalam dia macam ada baju lari. So saya tanya brader ni.

“Assalamualaikum Bro… tumpang tanya. Bro collect baju race kat mana eh?”
“Ohhh Waalaikumsalam. Bro jalan terus, nampak arrow merah papan tanda tu, bro follow je. Kaunter dia kat dalam”

So saya pun follow arrow merah yang ada pada papan tanda free standing tu hinggalah sampai ke dalam. On the way masuk saya terperasaan ada keris besar skala gergasi terpacak kat depan stadium dan ramai orang amik gambar depan keris tu. First time saya tengok keris besar gila terpacak ke langit. Bila nampak budak-budak perempuan bergedik-gedik tangkap gambar, saya tersenyum sendiri.

Dan bila saya masuk ke dalam, saya lihat para crew sedang bertungkus lumus melayan runners sekalian. Ada 2 kaunter. Satu kaunter resit, satu kaunter kad pengenalan. Bila saya bagi kad pengenalan saya dan isteri saya, crew terus sahaja check komputer dan preparekan race kit. Dalam 10 minit gitu semuanya selesai. On the way keluar, crew lain pula minta scan bib untuk tengok sama ada bib ok atau tak.

10727325_1796555020570557_699085219_n

Bila keluar dari kaunter tu, kat sebelah sana ada orang jual-jual. Ada jual baju dan kasut Brooks. Ada power bar. Ada plaster kuat tu brand spider dan brand yang saya try pakai hari tu menda ntah. Ada booth garmin, jual jam. Ini banyak. So saya round-round cuci mata then saya beli power bar 2 ketul. Amoi tu bagitau, power bar ada 3 kategori. Satu sebelum race, satu masa race, satu lagi after race. So saya beli yang sebelum race. Dia tanya, sedang race punya takmau? Saya cakap saya sudah ada, brand lain. Habis tu selepas race punya tamau? Saya cakap selepas race saya makan nasi lemak maaaa….

Dipendekkan cerita, saya pun bergegas balik rumah. Sesampai di rumah, isteri saya sudah tersengih melihat muka ceria saya bersama racekit. Saya pun apa lagi, flatlay-lah…. lepas IG, saya mention adik saya. Anyway, race kali ini memang register atas nama isteri saya tapi dia withdraw. So pass pada adik saya Yana si debok tu.

Ini list barang dalam racekit.

1. Running Vest
2. Bib + Timing Chip
3. 2 pack NuSkin shake
4. 1 pack Salon Pas
5. Baucer sukan Brooks bernilai RM160
6. Manual hari larian

10995121_947126675299465_439014715_n

Nombor bib saya kali ini A00740. Kalau campur-campur jadi 11. Isteri saya K30461.



Kongsi di :