Race : Bukit Jalil Marathon Pt 6 – Post Mortem

10894905_1531719367094445_373806324_n

Saya baru perasan yang saya tak tulis pun post mortem untuk #werunkl. Takpelah, nanti bebila free saya tulis. Sebelum saya lupa, ini adalah Post Mortem untuk Bukit Jalil Marathon.

1. Registration
Saya rasa saya dah register race ni lama dan tak silap saya lebih dulu dari NIKE #werunkl. Tujuan saya register race ni adalah sebab tarikh dan lokasi larian. Tarikh dia 8.3.2015 sangat signifikan bagi saya. Pada 8.3.2010, ofis saya pindah masuk ke Jalil Link, Bukit Jalil. So macam larian peringatanlah lebih kurang. Ini gambar ofis saya pada hari pertama operasi. Banyak kenangan di ofis lama ini. Nak delete atau reformat tak boleh. So simpan dalam folder dan zipkan.

Screen Shot 2015-03-10 at 11.43.32 PM
First day operation

Screen Shot 2015-03-10 at 11.47.51 PM
Bilik saya

Anyway, masa saya lari dari Esplanade masuk ke Jalil Link, saya sempat toleh pada ofis lama saya. Tak silap saya Omega bawah tu ambil alih buat ofis management depa. Suasana macam sayu je tapi life must go on. Chewah.

2. Race Kit Collection
Bila saya baca facebook race event, saya dapati ramai orang complaint sebab tidak ada notification atau reminder dari organiser untuk collect racekit. Actually depa dah tulis awal-awal dalam page registration. Ramai orang miss out. Saya pun miss out. Mungkin font dia kecik sangat dan mungkin jugak depa upload images instead of tulis balik dalam web. Pada saya kesilapan runner sendiri tak study registration punya detail betul-betul. Organiser dah bagitau. Lain kali bila register race, tulis siap-siap date collection semua dalam calendar. Masalahnya bila dah register tanak baca semua. Sebagai runner takkan kita nak expect setiap organiser ada mailing list? Anyway, memang ada communication breakdown dengan organiser. Saya sendiri ada buat call pada ketiga-tiga nombor telefon yang ada diletakkan dalam registration form. Haram satu pun tak angkat. Paling tidak pun, organizer boleh update apa-apa info di Facebook mereka. Itu pun dah memadai. But anyway, adakah Facebook itu benar-benar official facebook page atau dicreate oleh orang lain dengan niat nak membantu tapi tidak ada orang maintain?

3. Kasut larian
#werunkl saya pakai Lunarglide 6. So race 21K yang second ni saya try pakai Pegasus 31 pulak. Hmmmm… macam mana saya nak cakap ye. Personally, saya lebih selesa pakai Lunarglide 6 jika nak masuk race 21K yang lain kelak. Sebabnya, Lunarglide 6 ni lebih grip dan kusyen dia sangat tebal. Berbanding Pegasus 31, agak longgar sikit rasanya. Tak betul-betul pegang kaki. Kesannya, bila lari jauh, so kaki tak berapa nak selesa dan cepat letih. Mungkin ini salah satu faktor yang membawa kepada kaki saya cramp.

1527479_1421179564844078_650401059_n

Maka dengan ini, saya mengisytiharkan, bahawa, kasut race saya selepas ini adalah Lunarglide 6 manakala Pegasus 31 akan digunakan untuk tujuan latihan sahaja. Melalui pengamatan dan pengalaman saya, boleh saya katakan yang Pegasus 31 tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi berbanding Lunarglide 6. Kira lembik sikit la. Tak tahan kena uji. Lunarglide 6 ganas lagi dan boleh balun untuk distance yang lebih jauh. Pegasus 31 harap lawa je lebih.

4. Latihan ke arah Race Day
Oleh sebab pada bulan Februari saya cuti 2 minggu lepas lari #werunkl, makanya saya tak punya banyak hari untuk berlatih Bukit Jalil Marathon ni. Ditambah pulak saya pindah rumah, sibuk hantar buku tiap-tiap hari ke rumah baru, so saya betul-betul training seminggu sahaja. Yang ini saya akan tulis dalam posting khas dibawah tajuk Hacking Half Marathon, 3k x 7d = 21k Part 3. . Tapi kesimpulannya, training tu cukup, cuma yang tak cukupnya benda lain.

5. Race Day
Since adik perempuan saya Yana ganti isteri saya lari, so hari Sabtu tu Yana dah datang tidur di rumah. Besok pagi-pagi jam 3:30 kami dah bangun dan bersiap untuk ke stadium. Sebelum tu saya ke Equine ambil Azmi dan kawan dia sebab Azmi nak tumpang car pool. So kami sampai di stadium dalam pukul 5 pagi rasanya. Saya sempat warming up lebih kurang namun saya lupa nak stretching betul-betul. So ini mistake paling besar yang saya telah lakukan. Patutnya sampai tu saya terus je buat hal sendiri. Ini tidak, asyik nak main instagram inilah padahnya.

Oh ya, satu lagi. Kami parking dekat sekolah di luar instead of parking dalam dekat stadium. Ini memang nasib baik sebab terus dapat parking dan jimat banyak masa. Kalau parking kat dalam mungkin buang masa nak cari parking.

11008082_574899205945818_690077809_n

11008234_343717832491189_786112457_n
Yana first time 10K

6. Kedudukan starting line
Biasanya saya akan cuba duduk paling depan. Tapi ntah kenapa kali ni macam malas nak menyelit sampai ke depan. So saya just duduk kat mana saya sampai dan rileks saja sambil tunggu flag off. Jarak dari starting line agak jauh. Dan bila flag off, siap boleh jalan kaki lagi sampai ke starting line.

11032890_436179483213868_1434619183_n

7. Masa lari
Overall traffic control ada yang ok, ada yang tak ok. Yang ini memang standardlah. Kalau polis yang jaga tu ok, oklah dia control. Tapi kalau polis yang jaga tu macam tak berapa nak ok, tak oklah dia control. Water station ada dan saya rasa cukup je. Lagi pun saya bawa air botol saya sendiri. So tak depends pada water station sangat. Cuma sponge tak ada. So saya amik air tu dan curah atas kepala sendiri. Tapi sebelum curah saya minum sikit dulu. Buatnya bukan air kosong, lega melekit.

8. Route larian
Ada satu part tu naik bukit kaw-kaw. Then turun bukit kaw-kaw. Then kena u-turn, naik balik bukit kaw-kaw, then turun bukit kaw-kaw. Yang ini memang menguji. Ikut kiraan saya, 41 meter elevation panjat bukit. Terbaiklah. Mungkin lepas ni kena banyak berlatih panjat bukit.

Screen Shot 2015-03-11 at 4.24.19 PM

Screen Shot 2015-03-11 at 4.25.52 PM

Screen Shot 2015-03-11 at 4.26.30 PM
Start pada KM ke 6.5+

9. Kejadian malang yang tidak diingini
So, saya lari dan terus lari. Sampai ke KM 18, kaki saya start sakit. Betis, peha, kaki semua macam nak cramp. Dah la tu, dua-dua belah pulak. Ini first time saya kena cramp masa lari. So saya tak tahu nak buat macam mana. Saya cuma hentak-hentakkan kaki agar cramp ini hilang. Namun malangnya ia bagaikan cuba menyerang setiap kali saya cuba berhenti lari dan jalan. Tapi bila saya lari, makin sakit. Waktu tu memang azab. Tenaga banyak lagi. Kaki sakit. Waktu ni ramai runners potong saya. Tua, muda, sasa, kurus, gemuk, chubby, comel semua ada. Tapi kita runners memang semacam ada satu mutual understanding yang tak terluah. Masa saya makin sakit tu saya siap jerit untuk hilangkan tension. Dan ada runner lain pass by bagi semangat kat saya. Dia pun turut jerit juga dan berlalu dengan senyuman. Ada juga runner yang beri semangat cakap sikit lagi nak sampai.

Screen Shot 2015-03-11 at 6.27.39 PM
Start KM 18 pace dah hancur

Bila sampai dekat finishing line saya memang dah macam orang tempang. At one time rasa macam kaki dislocated dari lutut. Masa sampai tu crew organizer siap datang tanya “Are you ok?” Saya cuma cakap, “my leg.. my leg..” saya kemudian dibawa terus ke tepi.

Bila dah ambik finisher t-shirt semua, kaki saya masih lagi cuba untuk cramp. Nasib baik ada seorang runner tu datang dan bantu. Suruh saya stretching dalam beberapa pose, then later baru hilang rasa nak cramp tu.

Ini adalah pengalaman baru bagi saya dimana saya melawan agar tak nak cramp, tapi kaki cuba nak cramp. Saya pun tak pasti sama ada kaki saya sudah benar-benar cramp, atau fikiran saya menyebabkan cramp itu tak berapa nak cramp. Tapi apa pun, ia sangat menyeksakan.

10958816_1547219768888604_27643463_n
Lagi 3 KM nak habis. Masih ada cahaya dihujung sana walaupun kaki sudah tidak ada kuasa dan daya…

Saya rasa ia berlaku kerana dua faktor. Pertama kasut. Kedua tak stretching betul-betul. Pertama tu kesilapan teknikal. Dan kedua tu kesilapan attitude. So saya decide akan buat research pasal cramp ni lagi later.

Next posting adalah fokus kepada comparison dengan larian sebelum ni.



Kongsi di :