Race : Conquer the Trails @ Kiara 2017 Pt 1 – Registration

Saya baru sahaja register dengan Conquer the Trails @ Kiara 2017. Bila balik dari race macam ni lah gayanya. Nak keluar training bapak malas. So kena ada “push” elemen sikit agar bila keluar petang tu berbaloi berlari.

Now, untuk Conquer the Trails @ Kiara. Memula, tengok poster kat FB dia.

screen-shot-2016-09-08-at-1-33-25-pm

Bukan heavy metal atau minum darah kambing ok. Tapi font kaler merah gila ganas macam poster cerita hantu ni memang saya ingat sangat “translatelah” kalau based on last year / 1st edition punya race. Even, dalam semua race yang saya masuk ( so far dah 23 atau 24… lupa ) race inilah yang Strava Suffer Score saya paling tinggi. 433. Bukit dia…….. meleleh air mata.

Anyway yang beza berbanding last year adalah dikatakan kali ini cuma 13 KM sahaja. Kurang 1KM dari last time. Last time ada lari atas jalan raya. This time 100% trail. Best tu. Adakah route yang sama? Dari web depa tulis new route. Adakah lebih mencabar? Saya rasa mungkin lagi mencabar. Sebabnya tengok font tu dah seram.

Apapun kali ini saya harap dapat improve catatan masa trail saya tapi kalau dah distance dia berbeza, at least average pace yang lebih baik. Race pada tahun depan iaitu 22 Januari 2017.

So apa lagi. Daftar segera untuk “burung awal” sekarang.

screen-shot-2016-09-08-at-6-31-22-pm
Last year route


Lagi tentang racepisod ini tahun lepas :

Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 2 – Race Kit Collection
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 3 – Pre Race Analysis
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 4 – Cedera teruk
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 5 – Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 6 – Ya, MEMANG Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 7 – Akhir Kata

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *