Race : Conquer the Trails @ Kiara 2017 Pt 2 – Pre Race Route Testing Nyum Nyum

Tidak pernah dalam hidup saya ini organiser ajak join lari untuk testing route sebelum race. Lalu, melalui Mr. Kelvin, saya berpeluang untuk “mencoba” route baru untuk Conquer the Trails @ Kiara 2017, yang of course bakal diadakan januari tahun hadapan.

Sebenarnya Mr.Kelvin beritahu saya tentang hal ini sejak bulan Ogos hari itu. Makanya menunggu hari untuk pergi lari itu semacam satu hal baru dan sangat mengujakan bagi saya. Biasa kita berdebar pergi race. Kali ini kita berdebar pergi pre-race.

Berdebar pergi pre-race ini rupanya lagi tense. Sebabnya, pertama saya tak pernah. Kedua pulak, saya ni ada masalah bersosial. Isteri saya siap gelakkan saya pasal masalah bersosial ini. Bukanlah saya nak kata saya ini anti-sosial, tidak. Saya adalah orang yang agak lambat nak “warm” bila dengan kenalan baru. Saya akan banyak diam dari bercakap sebab saya biasanya akan jadi tak tau nak cakap apa so mendengar orang cakap adalah yang terbaik saya boleh lakukan. Tapi kalau saya dah rapat dengan seseorang, ha. Siaplah. Kalau lepak kat kedai mamak tak sampai pukul 6 pagi tak sah. Mungkin ini masalah umum untuk seorang penulis. Berkata-kata mungkin tuhan kurangkan. Menulis, tuhan lebihkan sikit.

Sulaiman yang ni agak lama berehat. Esok kau kena berkhidmat sikit. #lariansebuahkitab #conquerthetrailskiara

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Anyway, pagi itu saya bangun dalam pukul 6:00. Isteri saya kejutkan. Saya tidur balik, secara ayam-ayam dan bangun balik pukul 6:30. Saya mandi dan bersiap, dan dalam jam 7:30, saya sampai di Bukit Kiara seperti yang dijanjikan.

Saya parking kereta agak jauh. Rupanya di sini bila pagi hujung minggu, tak banyak sangatlah-kan kereta yang park. So saya bersiap pakai kasut bagai. Dan saya berjalan menuju ke parking lot. Dari jauh saya ada nampak beberapa orang runner macam sedang menunggu. Saya agak mereka pun tunggu Mr. Kelvin. Saya lalu duduk berhampiran sambil stretching-stretching ayam. Sesekali saya terdengar perkataan “Kelvin”. Nyatalah mereka juga menunggu orang yang sama.

Tidak berapa lama kemudian Mr. Kelvin sampai. Saya cam kerana saya ada tengok facebook beliau. Kami bersalaman. Dan berbual pendek. Wajah Mr. Kelvin ni terpancar aura ketenangannya. Orangnya tinggi. Cool sahaja. Dari wajahnya saya macam rasa Mr. Kelvin ni kalau main game kungfu dalam Playstation mesti dia dah sampai level final dimana dia lawan diri dia sendiri. Tengah saya mengelamun sambil fikir bila pulak saya nak naik level lawan diri sendiri, tiba-tiba dari belakang datang seorang runner lagi. Mulanya bersalam dengan Mr. Kelvin dan kemudian bersalam dengan saya.

Runner ini namanya Azuin Rahimie. Dulu masa saya nak ke Bali untuk FM Azuin ada email saya untuk group registration. Malangnya hajat nak pergi secara group tak kesampaian sebab tak sempat pun nak register berjemaah, tiket dah habis seingat saya. Lagipun organiser macam tak balas email kami langsung. Mungkin next time ada rejeki.

DCIM100GOPROGOPR1543.

Sebelum start lari

Pagi itu ada 8 runner semuanya termasuk Mr. Kelvin. Minta maaf nak tulis nama semua saya tak ingat. Tapi bro baju hijau yang pakai spek tu nama dia Keith. Dari 8 saya hanya ingat 4 nama itu pun termasuk nama saya sendiri. Barai betul memory saya kalau bab nama.

Sebelum start lari, Mr. Kelvin ada beritahu yang route kali ini 100% dalam hutan dan tidak akan ada jalan raya luar. Sebelum mula, Mr. Kelvin juga minta agar jangan direkod GPS route larian dan secara jenaka berharap agar route tidak disharekan di Facebook. Saya lalu mematikan GPS jam saya.

Mr. Kelvin juga ada bawa energy bar dan beri kami seorang satu. Energy bar ini bapak besar dan bila tengok sebesar ini punya energy bar buat saya seram. Banyak betul energy yang nak kena guna untuk trail ni sampai size dia agak level orge.

Menurut Mr. Kelvin energy bar ini home made. Saya tengok ada macam pelbagai perisa sebab warna dia macam-macam level coklat dia. Ada coklat gelap ada coklat cerah. Sorry hari tu tak sempat amik gambar dah makan habis. Anyway ini gambar saya amik dari web depa :
27811-433-marathonbaker_multigrain-400x400
Ini website dia : http://www.marathonbaker.com. Rasa dia memang sedap dan kena dengan tekak saya cuma sebab size dia besar, so kena ada beg atau pouch kalau nak bawa.

Kami pun masuk ke dalam hutan Bukit Kiara. Beberapa ketika kemudian, kami mula lari di route 2017. Masa nak mula lari tu saya macam dengar suara isteri saya cakap “good luck” dengan nada yang sinis. Bila saya terdengar ini, saya rasa macam… Ahhhhhhhh…………

***

Mr. Kelvin sebenarnya ada baca posting blog saya tentang Conquer the Trails @ Kiara 2016. Dia kata dia sangat terhibur dengan tulisan saya itu.

Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB

Saya kira description saya tentang race tersebut yang saya pecahkan ikut stage dan kesukaran melalui methaphor haiwan, mungkin boleh connect dengan mana-mana runner yang pernah melalui kesukaran tersebut.

DCIM101GOPROG0011560.

Salah satu laluan 

Lalu atas tiket itu, Mr. Kelvin menjemput saya untuk pre-test route 2017. Lepas race dia ada tanya, binatang apa nak tulis pulak untuk route 2017 ini. Dalam keletihan yang amat sangat, saya hanya mampu tersenyum. Waktu itu saya hanya nampak binatang kura-kura yang sedang cuba panjat bukit dan lututnya sakit.

Saya ingat saya tak boleh nak reveal sangat route 2017 macam mana. Ini adalah untuk menghormati thrill untuk runners bagaimana route ini kelak. Kalau kita dah tahu apa ending sesebuah movie, apa ke jadah kita nak pergi tengok movie tersebut? Spoiler adalah satu perkara yang sangat tidak menyeronokkan dalam hidup. Macam, bila kita dah tahu bila kita mati. Kan ke tak best tu?

But anyway, kalau nak rumuskan dalam beberapa perenggan yang tak ada spoiler melampau, saya kira ini adalah anggapan saya untuk route 2017 yang akan datang. WARNING SPOILER!!!

“Nama pun Conquer the Trails @ Kiara, dan umum tahu, Kiara ini adalah sebuah bukit. Sebab tu depa panggil Bukit Kiara. Dan kalau lari trail kat sini tak panjat bukit, then baik jangan lari di Bukit Kiara at all atau boleh cuba lari di IKEA yang lebih hommi. Itu mukadimah je.

Walaupun 2017 akan kurang 1 KM berbanding route 2016, ada banyak yang lebihnya dan salah satu lebihnya itu adalah bukit. Daaaaa…. Bukit Kiara kut. Pesanan saya sebelum anda lari kelak, SILA TRAINING BETUL BETUL DAN NANTI MASA LARI SILA FOKUS PADA LARIAN SEBAB KELMARIN MASA SAYA LARI SAYA JATUH TERSUNGKUR TERGOLEK-DOG”

Basically route kali ini, lebih pelbagai bentuk muka buminya dan lebih mencabar kalau anda cuba mengejar masa.”

Saya tak dapat nak cerita lanjut sebab tidak ada data GPS dan elevation bagai. So description saya adalah semata-mata berdasarkan apa yang saya rasa dan lihat sahaja. Dan tentang rasa itu, gila bapak letih. Mungkin ada faktor sebab saya berhenti lari juga 2 minggu sebelum.

Anyway ini adalah beberapa perkara baru yang saya belajar hari itu.

1. Bukan senang nak jadi organiser lebih-lebih lagi organiser Trail Run.
Berbanding jalan raya, hutan ini banyak pokok. Dan bila banyak pokok, pokok ini hidup. Bila pokok hidup, ia akan tutup trail yang organiser dah buat. So organiser kena ulang-alik dan maintain route agar route tersebut boleh dilalui dan diguna dalam race kelak.

DCIM101GOPROGOPR1697.

Mr. Kelvin siap bawak gergaji kecik masa lari

Oleh kerana Malaysia ini cuaca dia kejap panas kejap hujan, selain pokok yang subur, ada juga pokok yang tumbang. Mr. Kelvin siap bawak gergaji kecik masa lari untuk potong pokok yang mati dan menghalang jalan.

Saya tanya Mr. Kelvin berapa kerap dia kena masuk dalam untuk maintain semua ini. Dia kata 2 minggu sekali. Dan kadang-kadang depa masuk malam 2-3 orang.

Satu lagi kalau route yang dah dibuat itu tiba-tiba “hilang”, nanti dikhuatiri akan muncul pulak route lain yang orang lain buat. So at the end of the day, kalau orang keep buat route baru, lama-lama Bukit Kiara penuh dengan route jelah. So, maintain route sedia ada membantu agar kurang route baru dibuat.

Satu lagi masalah adalah tanah runtuh. Ada satu jalan tu dimana ada bekas tanah baru runtuh. So organiser kena make sure yang laluan itu selamat untuk semua orang. Kalau merbahaya kena ubah route lain pulak. So, route trail dalam hutan, walaupun dah dibuat elok bagai, tiba-tiba disebabkan bencana alam, kena alter ikut jalan lain.

2. Trail Run bukan semudah road 
Ini macam saya baru tersedar. Yelah. Saya ingat dalam 3 tahun ini pun saya lari trail baru beberapa kali. Semua trail yang saya lari belum lebih 15K pun.

So Trail Run tidak semudah road. In fact, masa lari kelmarin, saya tersadung akar dan jatuh tergolek. Semuanya sebab masa lari tu saya hilang fokus bila cuba betulkan tali bra Suunto Ambit saya (HR Belt). Agak sakit jugak rupanya jatuh dalam hutan ini. Lutut saya luka.

Dan ada beberapa kali saya tersilap pijak atau landing kaki diamana kaki saya terpusing macam mana ntah. Nasib baik tak terkehel.
DCIM101GOPROG0031620.Tengah-tengah lari ada satu kawasan sungai kecil

Surface tanah dalam hutan ada pelbagai. Ada yang flat. Ada yang berbatu. Ada yang lecak. Ada yang macam bukit-bukit kecik. Ada pokok tumbang. Ada sungai. So surface yang pelbagai ini sangat technical menyebabkan kita kena ubah step dan rythm larian kita untuk adaptive pada tanah. Means, tak semua masa boleh rempit speed tak tentu hala. That’s why juga kalau nak masuk trail ni kena invest sikit pada kasut. Kasut kalau sayur jawabnya mengundang cedera.

Trail Running : Surface

3. Tapi walaupun trail run tu susah, ada je runner yang sanggup hadapi cabaran trail 
Lepas lari tu kami breakfast melepak di kedai mamak. Dan masa tu baru saya kenal dan tahu siapa yang turut lari pagi tu. Salah seorang dari runner tu saya tengok dia pakai t-shirt finisher TMMT (The Magnificent Merapoh Trail) gambar kambing gurun. 60K ok. Akak ni pulak podium untuk beberapa race. Lupa pulak nak tanya race mana.

DCIM101GOPROGOPR1655.

Akak yang pakai cap ni 

Even Mr. Kelvin sendiri pun dah lari 100K trail tahun 2014. Lepas tu dah hatrick Gunung Nuang 3 tahun berturut-turut. Untuk TITI100K kategori 50K Mr Kelvin Podium ok. Ni semua otai ni rupanya. Lari tak ingat dunia. 😀

Ni yang saya jumpa bila buat search lanjut buat inspirasi kita semua. Tapi kalau salah orang sorry ya Kelvin 😀 rasanya betul ni.

screen-shot-2016-10-23-at-12-37-20-am

So, ini membuatkan saya terfikir. Trail run bagi saya memang sangat baru. Last year lari di Bukit Kiara yang baru 14K itu pun dah separuh meninggal, saya tak boleh bayangkan kalau saya ini yang lemah lututnya untuk lari sejauh 100K. Tak payah 100K lah itu macam ambitious sangat. Mungkin kalau cuba Ultra 50K pun dah boleh masuk level mati ghaib.

Tapi, still, ada runner yang boleh buktikan ianya boleh capai dan boleh dilakukan “dengan selamat”. Sebab kalau tak selamat for sure hari ini saya tak jumpa Mr. Kelvin. Mesti dia dah ghaib lepas dia buat 100K tahun 2014 dulu. Kan?

DCIM101GOPROGOPR1663.

Memula lari boleh la saya ikut belakang depa semua ni

DCIM101GOPROGOPR1703.

Dah nak habis tu saya heran asal makin lama saya tengok diorang makin kecik

DCIM101GOPROGOPR1700.

Rasa lepas ni nak cari ilmu teleportasi so kalau letih boleh teleport balik rumah. Satu lagi nak cari ilmu immortality sebab next time bila masuk trail confirm tak meninggal

4. So, apakah rahasia seseorang runner itu boleh lari lebih jauh dari seorang runner yang lain?

Masa breakfast tu tak sempat nak berbual panjang dengan Mr. Kelvin sebab kawan-kawan Mr.Kelvin dari group Siao-Siao runner tu rancak betul berbual kisah tupai makan makanan di Gunung Nuang. Namun, satu yang saya ingat adalah pelajaran yang paling berharga pada hari itu dari Mr. Kelvin adalah begini :

Menurut beliau yang saya rephrase-kan balik untuk sesuai kepada kesimpulan posting ini, bagaimana seseorang runner itu boleh lari jauh adalah kerana kekuatan mental (minda) dia. Kalau mental lemah, memang tak boleh pergi jauh. Tapi kalau mental kuat dan telah terlatih, satu hari nanti siapa yang berusaha, pasti akan berjaya.

Hmmmm…..

Basically Mr. Kelvin bukan setakat menjemput saya untuk cuba route 2017. Tapi sebenarnya bagi saya, beliau telah menjemput saya ke dunia Trail Run yang lebih Ultra sebenarnya. Dan Conquer the Trails @ Kiara bagi saya adalah turning point untuk seseorang nubis trail macam saya untuk moving forward dalam next trail yang lebih KMnya sebab route ini boleh ajar kita macam-macam bukan setakat technical malahan kepada spiritual.

Terima Kasih atas exposure.

BTW, untuk anda yang mahu menguji mental diri anda sama ada kuat atau tak berapa nak kuat tapi ada hati nak kuatkan, boleh register untuk race ini disini atau FB disini. Tak payah lari jauh sangat sampai ke trail oversea meh cuba yang ni dulu kalau berani.

Date : 22 Jan 2017
Location : Taman Lembah Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
Ticket : RM75 – RM90
Organiser : Game Changer Event

Ketika artikel ini ditulis, ada 90 hari lagi ke race. So, ada banyak masa lagi untuk training. “Good Luck”…….

 

Kongsi di :

Comment 1

  1. Rahimie October 25, 2016

    posting kali ini mmg terbaik! terima kasih Bro utk penulisan yg kemas & penceritaan yg terperinci-paling win, cerita berkisar derita ketika percubaan larian denai (trial trail run) Conquer The Trails @ Kiara 2017.

    lps ni, sy mmg kena pulun training bg kaw-kaw, baru best jadi conqueror.

    walaupun X dpt lari sama di Bali, rupa-rupanya rezeki kita dapat lari sama dkt sini. 🙂 Tanah tumpahnya darah ku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *