Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB

704703_855410637891566_156983586945681270_o

Kelmarin dapat email dari organizer tentang race event Conquer the Trails @ Kiara. Overall kit PDF yang organizer email sangat membantu dan memberi perspektif tentang race ini. Selain daripada lokasi, route, racekit collection date dan beberapa safety tips, saya tertarik dengan BYOB – Bring your own bottle.

Yes, tidak ada paper cup atau cawan kertas akan disediakan penganjur. Tetapi ada water dispensers pada setiap water station. Which mean, kalau ada runner yang tak bawak botol air, jawabnya kena minum air hujan. Itupun kalau hari hujan. 😀

Hmmm… satu segi memang baik tidak sediakan cawan. So runner sila bawak botol air sendiri. Satu segi lagi pengajur dah jimat kos dan jimat volunteer kutip cawan. Atas nama alam sekitar, ini sangat efektif digunakan. Yelah, tak semua runner “cerdik” nak buang balik cawan depa guna dalam tong sampah sebab konon tengah letih lari so nak balik dalam tong sometimes tak tepat.

Dari satu segi pula penganjur memang sah-sah kena umumkan benda ni awal-awal. So depa dah tulis dalam email. Ok depa dah tulis kat facebook. Tapi tak semua orang main Facebook. Tak semua runner check email. Maybe ada runners yang email tu masuk spam. Maybe masa collect race kit esok depa kena bagitau sekali lagi. Ataupun dalam set racekit tu depa mesti letak flyers besar-besar tulis BYOB. Bayangkan runners yang tak tahu menahu hal ini memang lari kat sana tengok-tengok air ada nak minum tapi cawan tak ada. Memang tak marah sangatlahkan.

Dan satu lagi, saya just terfikir. Kalau kita pergi race bawa botol air, adakah kita akan bawa botol kosong? So far saya pergi race tak pernah lagi bawa botol kosong sebab saya akan isi air.

Saya tak pernah lagi join race yang BYOB so saya excited nak tengok macam mana hal di water station nanti. Adakah runners akan beratur collect air? Atau ada banyak water dispensers di water station? Atau bila tade cawan so runners akan bawa botol air dengan air so runners tak berhenti di water station? Atau adakah nanti ada runners yang bawa cawan?

Saya tak tahu.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 2 – Race Kit Collection
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 3 – Pre Race Analysis
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 4 – Cedera teruk
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 5 – Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 6 – Ya, MEMANG Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 7 – Akhir Kata

Kongsi di :