Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 2 – Race Kit Collection

unnamed

Race kit collection untuk race ni tidak ada yang pos ke rumah. Lalu pagi tadi saya dan isteri drive ke Damansara untuk collect. Bagus juga. Tak pernah saya sampai ke kawasan ini melainkan beberapa meter sebelum itu office Anas Zubedy. Alang-alang sampai boleh tengok sekitar macam mana gayanya.

Sampai di sana saya masuk kawasan park dan saya lihat ada beberapa cyclist off road mountain bike siap dengan suit sedang lepak. Mungkin baru habis mengayuh, sebab saya sampai situ pun dah tengah hari.

Tak ramai orang sangat so saya cuma park kejap dan terus dapatkan race kit. Beberapa saat sahaja sehelai baju dan sekeping bib bertukar tangan. Masa nak beransur tu organizer sempat pesan,

“Jangan lupa bawak botol bang ya”

– OK

12446189_1003057826404867_1366009995_n
Nombor ni macam cantik je. Background kuning pulak tu. 😀

Anyway, lepas collect racekit saya langsung ke OU. Lama gila tak datang sini. OU memang bukan kawasan jajahan saya macam Sunway Pyramid. Alang-alang dah sepelaung, why not terus je pergi kan?

So sesampai di OU saya makan aiskrim dulu kat atas. Macam dahaga. Masa ni EL LUKH baru bangun tidur. Sorry nak. Kau tak boleh makan aiskrim lagi. Tapi hari ni bapak doa kau jadi billionaire (tiba-tiba). Billionaire yang wisdom tahap ultimate level filosof so satu hari nanti bila kau kaya kau boleh tolong banyak manusia. AMIN x ultra 10 billion.

IMG_4226

Selesai makan aiskrim dan doa sebelumd dan selepas makan, misi seterusnya adalah…..

IMG_4227

So ini adalah Asics Metarun. Boleh baca sini untuk detail kasut ini. Btw, tujuan saya datang ini bukan untuk beli tapi untuk lihat kasut yang harganya kurang seringgit nak RM1000 ni. Saya nak pegang sendiri dan rasa, apake berbaloi sampai seringgit lagi nak RM1000 ni.

Well… menurut telahan saya, kasut ini mmm first ringan. Kedua, material dia pelbagai. Ada lembut, ada nipis. Ada tebal, ada yang spongy. Ada metalic kilat, ada matte. Kira untuk kasut yang premium, material wise memang menyakinkan.

Dari segi keselesaan, nak pakai kat kaki, hari ni saya takda rezeki. Sebab yang saya pegang ni pun female punya. Yang lelaki punya dah habis.

Saya tanya crew kedai tu kenapa kasut ni mahal sangat, so first jawapan dia adalah :

“Kasut ni exclusive dalam Malaysia untuk lelaki masuk 24 pasang sahaja. Dan untuk perempuan… 18 pasang sahaja. Untuk lelaki dah habis stock”

Jawapan kedua :

“Satu lagi kasut ini untuk semua kaki tak kira apa arc”

OK. Saya ingat crew ni product knowledge dia memang barai tahap gila dan satu lagi jawapan yang first tu kalau boss dia tau memang patut kena fired minah ni. Patut walaupun tak ada stock, jangan sembang pasal stock, sembang dulu kasut ni power bagai itu ini. Sebab kalau takde stock sekali pun, saya ingat runner yang boleh beli kasut harga kurang seringgit nak ke RM1000 ni anytime boleh fly ke Singapore atau Thailand atau even kemana pun untuk dapatkan kasut Meta Run ni.

Anyway, lepas tengok lebih kurang (since tade mood tak dapat nak try) saya dan isteri pun beransur keluar. Cuma sambil lalu tu saya perasan yang most of kasut Asics ni harga dia agak mahal jugak. Average semua RM500 lebih. Hmmm…

Saya kemudian ke NIKE untuk cuci mata kalau-kalau ada hasil yang boleh ditangkap bawa balik. Anyway, bila balik rumah isteri saya google lagi dan didapati satu dunia ni cuma ada 60 K pair sahaja dan memang yang masuk Malaysia cuma 42 pasang.

42 ni cam FM. Patut masuk 100, baru Ultra sikit 😀

P/S Update dari kawan saya, Meta Run ni seminggu je launch kat Malaysia terus habis. Patutlah attitude sungguh storekeeper dia.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 2 – Race Kit Collection
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 3 – Pre Race Analysis
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 4 – Cedera teruk
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 5 – Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 6 – Ya, MEMANG Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 7 – Akhir Kata

Kongsi di :