Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 4 – Cedera teruk

Sebenarnya agak dah dekat nak 8 hari saya stop lari. Ini semua adalah kerana sebenarnya saya agak kecederaan lepas balik larian Kiara itu hari. Memang tak dapat dinafikan, trail run ini boleh diconsider sebagai satu larian ganas. Lebih-lebih lagi yang melibatkan elevation yang mencanak bak hang. Banyak yang saya belajar dari Kiara Trail Run.

Screen Shot 2016-02-09 at 12.13.38 PM

 

Bila saya check berapa jauh saya tertinggal dari target saya tahun ini, didapati saya dah tertinggal 32 KM dari schedule. Tiba-tiba rasa seram sejuk. Rasa nak pergi sungai pun ada.

Screen Shot 2016-02-09 at 12.13.14 PM

Untuk pengetahuan, antara kecederaan berbalik saya adalah sakit pada kaki kanan bawah tu. Ini hasil dari larian Kuala Kangsar. Saya dah pergi urut sebenarnya. Tapi haritu dah hilang ini datang balik. Mungkin saya kena pergi urut lagi dan complete 3 kali berturut-turut.

Dalam masa 8 hari ini juga saya sapu GEL Amani. Saya dapati agak membantu juga. Dan sekarang saya dah pakai GEL Amani yang untuk sport. Dulu saya beli yang general. Ini botol dia warna hijau.

Petang ini saya nak start lari semula. Harap Rest Day 8 hari cukup rest dah. Sebab kalau ikut bible, tuhan berehat pada hari ke 7 selepas 6 hari buat dunia. Manakala kalau ikut Quran, tuhan siapkan dunia semua ini dalam 6 fasa. Saya dah rehat 8 hari. Tapi oklah, saya bukan tuhan.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 2 – Race Kit Collection
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 3 – Pre Race Analysis
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 4 – Cedera teruk
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 5 – Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 6 – Ya, MEMANG Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 7 – Akhir Kata

Kongsi di :