Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 5 – Larian yang kejam

Ada macam jenis siksaan dalam dunia ini. Dan siksaan telah berlaku dari zaman dulu hingga ke zaman sekarang. Pada zaman dahulu sebagai contoh semasa zaman kebangkitan islam dimana ada cerita tentang hamba hitam bernama Bilal yang diseksa dengan kejam oleh masternya : ditindih batu di perut, dipukul, dijemur tengah panas, tidak diberi air, diikat lehernya dan diheret di jalan. Namun, Bilal bin Rabah, tetap tabah menghadapi segala siksaan, dan tetapi dimulutnya berkata “Ahad”, “Ahad”, “Ahad”.

Apakah maksud sebenar Ahad ini?

***

Semalam, hari Ahad. Tarikh 31 Januari 2016. Saya bangun lewat sebenarnya. Tidak. Saya bangun awal. Saya dah terjaga jam 4:30 pagi bila anak saya menangis. Saya tidur semula bila ibunya mententeramkan keadaan. Saya bangun lagi pukul 5:00. Saya tidur semula. Saya terjaga jam 5:30 pagi bila isteri saya kejut semula. Saya katakan, “kita baring kejap dalam 10 minit..” lalu saya terjaga jam 6:00 pagi dalam keadaan cemas.

12558527_1673153079619308_301724110_n

Saya bangun mandi, menyarung seluar burung, turun bawah untuk bersiap (untung saya dah Flatlay-kan semua gear larian lalu mudah untuk capai) dan ketika baru saya nak transform outfit saya tiba-tiba sungai memanggil. Ahhh…. ni yang nak menyirap. Tapi takpe. Ke sungai waktu ini ok lagi daripada dah sampai race location baru nak menyungai.

Saya menanggal seluar burung yang ketat susah nak cabut itu dan bergegas ke sungai. Lega.

***

Moment berganti moment dan sekarang saya sedang memandu laju ke Taman Tun. Subuh begini kereta kurang maka rugi tak bawak kereta dengan laju. Saya lihat meter kereta di dashboard nombornya 150 something. Nyata nombor 1 dan 5 ini memberi justifikasi yang sesuai untuk sebuah pagi yang lewat. 15 minit kemudian, saya sudah pun berada di Taman Tun. Mulanya nak parking kat masjid tapi rasa bersalah pulak sebab semata-mata nak parking baru nak pergi masjid. So saya teruskan saja lalu jumpa shop lot dan parking terus di situ. Sedang elok ada space kosong, saya parking dengan mudah sekali. Terima kasih god.

“Hang kat mana?” tanya saya yang konon macam dah sampai lama kepada En.Remin melalui telefon
“Aku kat masjid ni ha, baru habis semayang”
“Ok, ok jumpa kat pintu gate”

Remin dah sampai dari Sungai Petani sejak semalam lagi. Di sini dia tidur di kondo kawan dia yang bininya orang Singapura. Tidak pula saya kenal kawan Remin ini siapa dan pasti kawannya ini seorang yang mempunyai semangat ASEAN yang tinggi.

12407469_223434161329786_1668420845_n

Kami berjumpa di pintu gate masuk Taman Lembah Kiara. Ramai runner dah pun bersedia di garisan mula. Remin dengan segera memberikan saya 2 paket Energy Gel Hammer lalu dia pun bersiap dengan gear running dia. Semalam saya minta Remin belikan. Dia tanya nak flavour apa? Saya kata asalkan jangan pisang dan yang coklat sudah. Remin belikan perisa vanilla dan huckleberry. Dua-dua ini saya tak pernah rasa. Harap bawa kemanisan kepada hidup saya.

“Aku tak sempat dah nak warming up ni. Kira aku jalan tadi dari masjid tu kira warming uplah” kata Remin sambil memakai Heart Rate Suunto.

Saya cuma tersengih.

Perkara sebegini memang biasa berlaku. Bila lambat, ini akibatnya.  Hati yang tenang akan menjadi gundah gulana. Dari jauh datang seorang runner tinggi menyapa Remin.

“Zi, ni kawan aku Yat… dia pun mai Sungai Petani jugak”

Kami bersalaman dan seketika terdengar bunyi pemborakkan dalam bahasa kedah, bertalu-talu seperti lama tak jumpa. Sambil mendengar Remin dan Yat berbual, saya mencuri pandang untuk melihat, antara kedua mereka ini, siapa yang lebih tinggi dari siapa.

***

Flag off dimulakan lewat 10 minit pagi itu. Ini kerana pada pukul 7, keadaan masih gelap. Lari dalam gelap bahaya boleh langgar tiang. Lari beramai-ramai dalam gelap, lagi bahaya. Boleh saling langgar melanggari. Jika runner lelaki melanggari runner wanita, itu dikira ok. Untung boleh memulakan bibit cinta. Tapi jika runner lelaki melanggari runner lelaki dari belakang dan dua-dua tersungkur atau tertonggeng, itu adalah scene yang paling ramai orang tanak tengok apa lagi membayangkannya.

Apabila MC membuat countdown saya seperti biasa yang sudah pun bersama dengan diri saya, mula membaca nawaitu atau mentera larian. Kali ini, niat saya mudah, dan ia berbunyi begini,

“Boss…. tolong bagi saya habiskan race ini, walau apa pun terjadi. Kuatkan hati saya, dan kuatkan kaki saya. Jalan ini saya tak pernah lalui boss, bagilah discount sikit sebab dengarnya ada 2 bukit tinggi….”

***

12604895_531820263646142_7849083690746027922_o
Gambar credit Bro Se7en Chiam

Larian dimulakan dengan gembira. Runners tersenyum-senyum dan ada yang ketawa-ketawa. Saya memandang sekitar kalau-kalau ada stand up comedian yang sedang berkhidmat tapi macam tidak ada. Apapun larian dimulakan keluar dari gate taman Kiara. Masing-masing sambil lari ada yang memicit jam, memicit handphone. Ada yang membetulkan bib. Ada yang membetulkan baju dan seluar.

Awal-awal larian saya perasan ada lalu sebuah kuil india. Ini mengingatkan saya larian Kuala Kangsar beberapa bulan lepas. Bezanya tidak ada kedengaran loceng, mungkin orang dah habis sembahyang. Seorang pemuda india berbaju putih kelihatan baru keluar dari kuil di pintu pagar. Saya memandang beliau dan beliau memandang saya. Di dalam hati secara spontan, terucap kata sebegini :

“Semoga hari ini kamu diberkati tuhan. Dan juga untuk keluarga kamu.”

Saya meneruskan larian. Sebenarnya untuk bangun pergi ke masjid atau kuil, sembahyang jemaah, bukan satu hal yang mudah. Misalnya saya sendiri, sejak habis sekolah, saya ingat tak pernah saya bangun pagi semata-mata nak pergi masjid. Di sekolah dulu pun saya pergi sebab kena paksa dengan warden asrama. Bukan atas kerelaan hati. Sebab itulah saya mendoakan kesejahteraan pemuda india tadi. Pengorbanan dia bangun pagi itu harus dikagumi. Bukan semua orang boleh buat macam dia buat lebih-lebih lagi pada hari Ahad. Kalau senang, saya ingat hari Ahadlah masjid, kuil dan tokong paling ramai orang datang.

Larian sudah sampai ke 1 km lebih. Saya lalu depan sekolah dan jalan mula naik bukit. Di tepi ada banyak kereta parking dan beberapa meter kemudian trafik larian mula sesak. Rupanya ramai runner mula beratur nak masuk hutan.

Mujur saya antara yang awal maka saya beratur tak lama sangat.

12593826_531833200311515_2473754378305000202_o
Dalam gambar ini cuma boleh nampak buff saya je. Gambar credit Bro Se7en Chiam

12622491_531833326978169_3161840828350829406_o
Nampak dak buff biru belang-belang Gambar credit Bro Se7en Chiam

12633660_531833493644819_3295688152885209275_o
Remin memang cekap dengan lensa dan lebih bernasib baik Gambar credit Bro Se7en Chiam

Larian diteruskan dari jalan besar dan lebar kepada jalan kecil dan samar-samar gelap. Hutan Kiara ini agak sejuk di pagi hari. Kalau ada monyet atau kera yang sedang duduk lepak di atas pokok, pasti mereka fikir. Kenapa hari ini ada ramai orang masuk dalam hutan ni?

Dalam keadaan sempit ini agak susah nak potong runner di depan. Maka larian ibarat satu ikatan keretapi yang panjang. Saya ketika itu cuma ikut flow. Kalau tidak boleh nak memotong tidak apa. Kita bukan berlumba dengan orang depan kita tapi kita berlumba dengan diri kita sendiri. Ada masa tuhan akan bagi peluang untuk kita tinggalkan diri kita so pada saya tak guna kalut.

Tiba-tiba dari jauh saya terdengar bunyi runner jatuh. Masing-masing menoleh mencari punca. Rupanya di bawah ada seorang awek telah jatuh tersungkur. Saya di bahagian atas melihat sambil berlalu pergi. Harap awek itu tak cedera teruk. Runner di belakang awek itu cepat-cepat mengangkatnya ke tepi. Kesian. Di dalam hutan ini, ambulan takkan ada. Runner lainlah ambulannya.

***

Mengikut race slide yang diemail oleh penganjur, basically race ini ada 2 bukit besar. Ia bukan bukit kiri dan kanan, jangan salah faham. Tetapi ia adalah bukit di depan dan didepannya lagi ada bukit. Total elavation bukit ini adalah 685 meter. Berbanding dengan Hulu Langat dan Ranau yang saya pernah masuk dulu, saya kira kali ini lagi gila tinggi. Hulu Langat cuma 154 m manakala Ranau 389 m. Yang ini 685 m. Ini bersamaan 2 kali Ranau atau 5 kali Hulu Langat! Homaiggodd!

12219567_836830526416244_3343753326054555598_n

Ini adalah salah satu benda baru yang saya baru belajar. Sepatutnya, elavation ini saya kaji awal sebaliknya saya ambil mudah dan tak tengok pun total elavation dia berapa. Semasa saya menulis inilah baru saya perasan betapa trail run kali ini sememangnya memberi kenangan indah yang takkan dilupakan.

12599345_454952561366660_211365697_n
Itu dia bukit yang pertama… yeah!

Kelemahan kita adalah tentang forecasting. Malah, mungkin tidak ada perkataan Forecast dalam bahasa melayu. Paling dekat pun ramalan. Namun perkataan ramalan, konotasinya sudah diharamkan oleh agama. Sejak kecil kita dididik membuat ramalan adalah berdosa besar. Lalu dengan minda sebegini kita menolak untuk melihat masa hadapan dengan data-data yang sememangnya boleh pakai untuk kebaikan.

Sebagai contoh, jika saya sudah tahu trail ini elavationnya 685 m, maka dengan pengalaman larian di Hulu langat dan Ranau, saya dah boleh agak yang trail ini saya patut pakai beg air Solomon saya yag tersumbat itu. Of course, lagi tinggi naik bukit, lagi banyak air nak kena minum.

Lalu bermula cerita tentang larian memanjat bukit.

***

Larian di trail ini sesungguhnya menyeronokkan. Suasana sejuk, hutan yang penuh hijau… walaupun saya tidak perasan ada bunyi burung, tetapi bunyi nafas saya sendiri sudah menghiburkan. Itu waktu senyum jelah. Waktu akan datang masih dalam pengetahuan tuhan….

Screen Shot 2016-02-13 at 9.06.33 PM
Pintu masuk hutan

Apa yang boleh saya simpulkan lari trail kali ini ada 6 fasa. Pertama, fasa sebelum masuk hutan seperti yang saya tuliskan tadi. Saya namakan fasa ini Fasa Kucing. Atau, lebih detail, Fasa Kucing kejar cicak. Kucing, kalau kejar cicak kan macam main2. Tapi at the end kucing dapat jugak tangkap cicak tu walau tak usaha lebih. Dari starting line terus ke pintu hutan, sudah ada sedikit naik bukit masa depan sekolah tempat parking kereta. Jumlah KM dalam 1 point something KM dengan elavation kurang 90 M. Naik bukit dah tapi at the end bukit ni tak tinggi pun dan boleh habiskan dengan senyuman. Macam kucing senyum dapat tangkap cicak. OKla.

Screen Shot 2016-02-13 at 5.08.01 PM
Fasa kedua dari KM 1+ ke KM 6 +

Kedua, Fasa Harimau. Atau, detail dia, Fasa Harimau Berlatih Kung Fu. Dari pintu masuk hutan ke hutan dan keluar hutan. Jarak fasa ini adalah lebih kurang 6 KM total distance dia. Kemuncaknya adalah larian menaik bukit setinggi 253 KM dan akhirnya keluar dari hutan ke jalan raya Hartamas. Ini adalah ujian yang pertama sebenarnya dan daripada level Kucing naik ke Harimau, anda boleh bayangkan kesukaran dia macam mana. Kalau Kucing naik ke Kucing tua ke kucing hidup 100 tahun ok lagi. Ini Harimau terus. Dan Harimau berlatih Kung Fu maksudnya, kalau tak betul-betul kat sini, esok bila jumpa ujian yang lebih kuat, boleh kecundang. So larian diteruskan dengan sebaik mungkin. Setiap tanah yang dipijak dirasakan texture dan geserannya. Setiap kenaikan bukit, dihadap dengan consistency yang tak terkurang. Ibarat naik level sikit demi sikit, akhirnya puncak bukit ditawan. Harimau belang mengaum dengan megahnya seperti baru grad kelas Kung Fu peringkat diploma.

12519477_1021526007893525_658758202_n
Tengah-tengah lari nampak pakcik buat kebun

Habis fasa ini masuk ke ketiga dimana saya namakan Fasa Kucing Hutan atau Fasa Kucing Hutan Pergi KLCC Shopping Baju Raya. Kat sini dah keluar dari hutan dan masuk ke jalan raya. Di sini saya mengumpul tenaga semula dan mula amik Energy Gel perisa Huckleberry. Fasa ini bermula dengan tepi highway yang panjang dimana kereta lalu lalang namun ada pagar yang memisahkan antara saya dengan kelajuan artificial machine : kereta. Belok di depan masuk kawasan perumahan yang nyaman dan tenang. Namun, jalan semakin lama semakin naik bukit.

Sebab itu saya gambarkan Kucing Hutan yang baru keluar hutan nak pergi KLCC shopping baju raya. Culture shock sebab perubahan dari hutan ke bandar, dan juga jalan yang semakin bukit memberi peningkatan expectation kepada seekor kucing hutan macam uihhh confuse nak beli baju raya yang mana satu.

Screen Shot 2016-02-13 at 9.04.30 PM
Lari sebelah highway Sprint tapi tak sprint pun masa ni tak larat dah

Di sini sebenarnya peluang untuk runner yang biasa main bukit untuk tinggalkan runner lain sebab jalan raya yang bukit semakin menaik adalah tempat yang terbaik untuk amik placing. Jalan luas beri peluang untuk memotong tapi bukit pula beri peluang untuk yang biasa hills maju ke depan. So kalau runners yang fokus, di sini dia akan placing kat depan. Sama macam kucing hutan tadi la. Kalau dia tau apa yang dia nak, senang je nak shopping baju raya tak semak kepala nak pilih yang mana satu.

12594015_848625121914027_5029262253585946349_o12605417_848625155247357_1821788356929159159_o
Tengah speed konon naik bukit. Pic oleh All Terrain Backpack and Gear

Ending fasa ini adalah pintu masuk semula ke hutan dan di sini saya terjumpa awek-awek Redbull yang memberikan Red Bull import dari luar negara kepada pelari. Masa ini saya rasa cam bersyukur gila. Selain dari meneguk air sejuk yang masyallah lega gila, saya juga disajikan dengan  pemandangan indah awek-awek cun yang memberikan sokongan padu kepada runner untuk terus berjuang. You know what, today I run just for u. 😀

unnamed
Gambar ehsan Remin 

Sambil minum air redbull dan berangan nak jadi Jamil, saya teruskan larian masuk semula ke dalam hutan. Jalan tar berubah kepada jalan tanah kuning semakin naik tinggi. Bila dah bawak satu tin redbull ni macam susah pulak nak lari. Nak buang dalam hutan macam tak belajar moral pulak. Sudahnya saya campur air redbull ni dalam botol air saya dan saya kemekkan tin redbull. Saya bawak tin ni sampai ada satu spot tu ada crew event tunggu dengan satu beg plastik hitam. Saya pun buang kat dalam plastik bag tu.

Screen Shot 2016-02-13 at 9.25.31 PM
Lepas rilek panjang santai berlari sekarang naik ke level seterusnya, masuk hutan balik

Anyway, sekarang saya sedang berada di dalam fasa keempat iaitu Fasa Harimau Sakit Perut Tak Jumpa Jamban.

Screen Shot 2016-02-13 at 9.26.20 PM
Fasa ini jauhnya adalah dari KM 9 ke hampir nak KM12. Dalam 3K je tapi dia punya jalan naik turun naik turun bukit. Tak terasa sangat tapi bila dah lepas daripada beberapa siri bukit panjang, di sini agak mencabar jugak.

Sebab itu saya namakan Harimau sakit perut tak jumpa jamban. Bayangkan anda tengah sakit perut, terpaksa menyahut seruan Nature Calls, malangnya tak jumpa pintu jamban. Apa perasaan anda? Marah, tension, stress, tapi kena control pernafasan….. tak tau nak marah kat sapa sebab memang salah sendiri….

12657230_874531722646124_6928664769609472850_o
En. Yat sebenarnya agak terjatuh kejap sampai seluar burung En.Yat koyak kat lutut

So larian naik turun bukit sini memang penat bak hang. Seingat saya kat sini banyak saya lari seorang diri dah sebab distance antara runner semakin menjauh di sini. Dan kalau ada runner kat depan boleh potong dengan mudah sebab runner yang kat depan tu pun dah memang bagi laluan kat kita. Malah kita pulak kalau ada runner lain yang nak potong, dengan hormatnya kita persilakan untuk potong kita.

12407439_1965550437003445_707686970_n
Mana runner lain ni?

Ending fasa ini adalah naik bukit curam. Elevation kat sini paling tinggi iaitu 270 m. In fact, dalam map google, kat sini yang ada icon bukit yang menandakan Bukit Kiara. So kepada runners yang dah lalu sini, tahniah. Anda bukan sembang kat orang je anda pergi Bukit Kiara. Anda dah lalu kat tempat yang ada icon Bukit Kiara!

Screen Shot 2016-02-13 at 9.34.02 PM

Saya kira ketika ini, pada KM 12 ni rasa memang dah tak bermaya gila. Penatnya mak aiii… rasa macam nak quit sahaja. Peluh kat badan toksah cerita. Kalau sebelum ni saya tulis mungkin peluh saya kalau kumpul satu baldi, saya ingat kali ini mungkin satu lori! (bapak penipu).

Namun ntah macam mana, selepas KM 12 ni (lagi +-2 KM nak habis) tiba-tiba jalan semakin turun bukit. Seingat saya, dah cukup 2 bukit (based on sekali imbas tengok slide penganjur) dah so lepas ni memang takkan ada bukit lagi lah. Kira sekarang dalam otak adalah nak habiskan race secepat mungkin je. Dan kalau sampai nanti, first time yang saya nak buat adalah baring sambil minum air!

Larian saya semakin laju. Turun bukitlah katanya. Semangat untuk menghabiskannya semakin mencanak-canak. Masa ni terasa macam Flash dah. Semua orang lain semua slow motion. Kita sorang je laju. Lagi pun dah tinggal +- 2KM nak habis. So, apa lagi. Nak simpan tenaga ape bendanya. So saya pun mulakan speeding….. bayangan garisan penamat dah nampak sangat dah! Speedcross 3 sudah mula menapak lebih tinggi….. Semangat Kílian Jornet Burgada berganda-ganda masa nih!

12383640_950057271753010_123868722_n
Ada satu part tu ada batu yang lumut dia cam karpet. Saya tak pijak pun ni acah-acah je

Bersambung…


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 2 – Race Kit Collection
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 3 – Pre Race Analysis
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 4 – Cedera teruk
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 5 – Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 6 – Ya, MEMANG Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 7 – Akhir Kata

Kongsi di :