Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 6 – Ya, MEMANG Larian yang kejam

Sehari sebelum Conquer Kiara Trailz sebenarnya saya dok pulun buat kajian dan menulis tentang Suunto Kailash. So secara tak langsung saya banyak tengok video Killian dan juga terus sahaja cuba berkawan dengan dia di Strava dengan harapan, tolong la follow saya balik.

Namun itu hanyalah harapan. Apa yang saya boleh bawa untuk bekal hari kemudian adalah kecekalan dan semangat Killian. Kalau dia boleh lari di gunung salji kenapa kita yang ada dua kaki ini pun tak boleh? Bukit Kiara bukan ada salji pun.

Ya. Itulah bisik hati kecil saya ketika saya sedang mendongak memandang tinggi bukit yang terakhir ini. Dalam erti kata lain, apa kejadah ada satu lagi bukit ni??? WTF??

12445976_141637549551074_417388778_n
Tuhan… Kau bagi surprise rupanya…

Ok. Tadi dah best-best turun bukit laju bagai kira nak finishing the fastest habislah kononnya tiba-tiba terbantut bila sampai part ni. Di depan saya tersergam tak berapa nak indah sebuah lagi bukit yang tinggi dia…. OK. Kaki, lutut, kepala lutut, peha, semua dah stress ok, kenapa ada lagi bukit macam ni?

Saat ini, saya hanya mampu menghadapi dengan senyuman. Brader depan saya (rujuk gambar dalam post sebelum ini yang baju hitam oren) nampaknya bersetuju dengan perasaan saya.

“Apa yang kita buat ni? Hari ni hari Ahad. Kenapa kita berada di sini?” kata saya kepada brader baju hitam oren

“Itulah… orang lain tengah tidur sedap-sedap apa kita buat kat sini? Ahad bro Ahad!

“Gua rasa menyesal bro, gua rasa menyesal! Kalau gua tau macam ni, gua bawak selimut dengan bantal sekali”

Fasa kelima ini, boleh saya katakan fasa surprise dalam filem. Tak sangka dah turun bukit tiba-tiba ada lagi kena naik bukit. Bukan tak suka, tapi rasa menyirap je. Sikit je sirap dia. Oleh kerana ini fasa yang paling mencabar berbanding fasa kucing dan fasa harimau, so saya namakan fasa ini,

5. Fasa Raja Singa bengang tiba-tiba dapat tahu awek dia lari pergi ikut tapir kampung

Mana taknya, ingatkan semua dah sedap. Dah best…tiba-tiba surprise bukit curam naik ke langit. Macam lari panjat dindinglah! Ibarat seekor singa yang sedang horneymoon, tetiba salah satu awek dia lari pergi ikut tapir kampung mana ntah. Tension gila tu.

Actually kalau ikut graph suunto saya, kat sinilah pace saya paling siput sekali. Bukannya singa lagi dah. Siput. Drop dia taraf kangkung dulu mahal sekarang dah murah. In fact, ada satu part tu saya bukan lari berjalan tapi dah merangkak dah. Gila. Tak pernah saya merangkak dalam race tapi race kali ini beri saya opportunity membiawak.

Screen Shot 2016-02-13 at 10.31.26 PM

Dan kat sini juga ada runner yang dah duduk tepi dah tak daya nak teruskan larian. Seingat saya ada seorang runner india, uncle ni duduk tepi muka dah macam nak pengsan. Saya kira inilah moment paling kejam dalam larian ini. Inilah moment dimana membezakan sama ada kita runner yang betul-betul runner yang sanggup hadapi segala cabaran, atau kita sekadar runner yang berlari untuk bersuka ria.

Mengingatkan ini, saya merangkak naik ke atas. Tapak demi tapak, saya langkah dengan kesakitan. Peha dan kepala lutut serta betis dia punya stress level, saya ingat inilah kali pertama dalam race saya rasa nak pitam dan tak cukup oksigen. Rasa nak quit pun ada masa ni. Tapi difikirkan balik, sebab takde ambulans dalam hutan ni, nak tanak terpaksa teruskan jugak.

Screen Shot 2016-02-13 at 10.46.57 PM
Puncak bukit surprise namanya Temple Rock. Semua runner yang lepas sini dengan redha atau submission to god paling deep layak dan naik martabat / sama level dengan sami atau monk yang sabarnya tinggi….

Bila dah nak sampai naik atas bukit tu saya nampak ada 2 orang awek crew larian menjerit memberi semangat.

“Sikit lagi je bang sikittttt je lagi…”

Dan seraya itu saya terdengar ucapan spontan runner depan saya kepada mereka yang membuatkan mereka tergamam….

“Cakap senanglah cuba lari sendiri tengok…”

Bagi saya, tidak ada orang paksa kita lari hari ini. Bagi saya, organizer dah pun bagi slide untuk explain elevation bagai. Dan bagi saya, tak sepatutnya seorang runner menghamburkan kata-kata sebegini pada crew yang sedang memberi semangat pada kita.

Adakah kita rasa crew ini menganjing kita? Adakah kita rasa crew ini menyindir kita dan adakah kita rasa crew ini sedang mengetawakan kita?

Crew atau runner, mereka juga sukarela untuk sama-sama berada di dalam hutan pada hari Ahad yang indah ini. So saya rasa agak tidak adil kalau kita nak express kemarahan kita lalu kita sembur pada mereka. Kesian kat mereka. Mereka pun bangun pagi macam kita. Dan mereka pun, panjat bukit ini macam kita. Bezanya mereka panjat mungkin berjalan dan kita runner, panjat dengan berlari (atau merangkak). Kita yang pilih begini, lalu kenapa kita nak marah orang lain pula?

Bila saya sampai kat atas tu dan lalu depan awek crew 2 orang, saya cuba menceriakan balik keadaan dan meredakan saat ketergamaman mereka.

“Dik… maaf ya nak tanya, ada kasut roda tak nak pinjam?”

Nyata cubaan ceria menghiburkan ini berjaya, mereka tergelak besar kerana jalan depan ni memang turun bukit pun.

Saya meneruskan larian pada fasa terakhir ini. Fasa ini, saya namakan,

6. Fasa Singa menjadi Harimau menjadi Kucing berserah atas segala ketentuan yang ada

Hanya beberapa KM lagi larian ini akan tamat. Kalau berpandukan Suunto saya, mungkin plus minus less than 1.5 KM lagi. Memang kaki dah taraf sakit gila namun saya layankan sahaja. Disebelah kiri saya di celah-celah hutan saya melihat seekor Singa yang bengis berlari bersama saya. Singa ini memandang senyum dan seketika berubah wajahnya menjadi seekor harimau, lalu beberapa tapak kemudiannya menjadi seekor kucing lalu hilang dari pandangan.

Seketika saya tersedar dan saya terdengar bunyi sorak orang ramai. Rupanya saya sudah sampai ke saat akhir race yang kejam ini. Selepas melompat dari sebuah longkang dengan berhati-hati, saya sekarang bertapak di atas jalan raya di dalam Taman Lembah Kiara.

12622508_532115456949956_2209594081267856686_o
En. Yat Intel sampai dulu

12657154_532115930283242_208446708743902502_o
Penulis

10687414_532116053616563_8129983778372572961_o
Remin

Beberapa tapak di hadapan adalah finishing line dan apabila sampai di situ saya melompat dan menghentakkan kaki ke atas tapak sensor bib yang bewarna hitam itu.

“TQ God…. for the run today…..” bisik hati kecil saya.

Saya kemudiannya berjalan ke khemah untuk mengambil medal sebelum menanda tangani sebuah surat protes development Bukit Kiara. Saya kemudian terus ke khemah kedua mengambil air dari dalam bekas sejuk yang berisi ais. Saya berjalan beberapa tapak kedepan sambil membuka air botol lalu minum dengan puas sepuasnya.

Beberapa ketika kemudian, Remin sampai. Dan kami duduk lepak hingga hari yang kejam ini tamat seadanya.

***

Sambung part akhir…


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 2 – Race Kit Collection
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 3 – Pre Race Analysis
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 4 – Cedera teruk
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 5 – Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 6 – Ya, MEMANG Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 7 – Akhir Kata

Kongsi di :