Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 7 – Akhir Kata

unnamed
Kalau nak ambil air botol satu lagi macam tak adil kesian kat runner lain yang tak sampai lagi so saya pinjam tumpang botol air saya kasi air sejuk

Finally, kejaman larian hari Ahad telah tamat. Catatan masa unofficial saya adalah 2:36:08. Untuk 14 KM trail yang ganas sebegini, saya accept sahaja apa jua ketentuan masa dari illahi. Bila result keluar tak silap saya esoknya atau lusa (agak cepat gila organiser ini) catatan masa official saya adalah 2:36:36. Saya nombor 42 daripada 122 runner. Oklah tu. Daripada semua kategori, ada 13 runner DNF. Harap mereka dikurniakan kekuatan dan bebas injury pada race yang akan datang. AMIN.

12523778_185022741857036_1714387236_n
12424461_1681066628840524_136055987_n
Ini pula medal larian. Tertulis di atas itu, “I have conquered Bukit Kiara”… actually, apa yang kita telah conquered dalam hidup ini? 

Screen Shot 2016-02-13 at 11.21.24 PM
Official result Remin 1 minit 13 saat lewat 😀 Ini macam gaya next time saya ramalkan Remin mesti depan saya ni…

Untuk Organizer Game Changer Event saya ucapkan terima kasih dan tahniah diatas kejayaan event yang cekap dan cemerlang. Kudos untuk team organiser sebab bagi saya event ni tidak ada cacat celanya. Bermula dengan complete slide information untuk race serta nasihat untuk parking dan BYOB campaign, sampailah ke hari race kit collection dan race day dengan laluan trail yang bermarker kemas serta crew-crew yang banyak tahan sabar melayan karenah runner, saya kira organizer patut dapat medal juga kategori organizer PB. Result keluar cepat pulak tu tak sampai beberapa hari lepas race dah siap. Itu paling surprise (selain bukit ketiga yang gila itu).

Terima kasih juga kepada para photographer Bro Se7en Chiam dan All Terrain Backpack and Gear serta Remin (untuk gambar awek Redbull mmmm sedap )

Screen Shot 2016-02-13 at 11.11.48 PM
Fasa-fasa larian kali ini…

Screen Shot 2016-02-14 at 12.02.22 AM
Route larian

Sebenarnya manusia ini kalau kita nak tengok tahap sabar dia mudah sahaja. Tengok sama ada dia boleh lalui tak dengan tenang dalam keadaan yang stressfull dan tough gila. So Kiara Conquer the Trailz telah menzahirkan siapa kita yang sebenar. Adakah kita mampu menjinakkan dalaman dan ego kita yang liar, atau sebaliknya kita hanyalah runners yang dalam setiap kali race, mementingkan diri dan memandang rendah orang lain.

Bagi saya inilah maksud Ahad yang sebenar. Menafikan diri kita dan bertindak selfless untuk yang lain. Tidak kira apa jua yang menindih atau menjadi beban kepada kita, namun yang tetap menjadi pandangan kita hanyalah Satu – apa pun nama yang kita panggil, dan dari mana pun kita melihat. Kita cuma sebahagian dalam cerita dunia ini dan sesungguhnya cerita dunia ini hanyalah satu cerita tentang yang Satu.

Bagi yang berjaya, tahniah saya ucapkan dan bagi yang belum, galilah siapa diri anda yang sebenarnya! Jumpa lagi di trail-trail yang mendatang.

12592469_10153199358227161_2972952216935707538_n
Lepas tengok gambar ni isteri saya suruh build up sikit pose bergambar. Ini macam tunggul kayu je. Macam takde perasaan je.

Langkah Seterusnya
Official Result


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 1 – BYOB
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 2 – Race Kit Collection
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 3 – Pre Race Analysis
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 4 – Cedera teruk
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 5 – Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 6 – Ya, MEMANG Larian yang kejam
Race : Conquer the Trails @ Kiara Pt 7 – Akhir Kata

Kongsi di :