Race + Fashion : Sepetang di theMarathonshop Sunway Pyramid

We-Run-KL-Logo-1024x1024

Lepas semayang jumaat tadi saya singgah Sunway Pyramid dan bergegas ke The MarathonShop. Tujuan saya adalah untuk membelikan isteri saya talipinggang larian kain itu agar dia boleh isi barang-barang halus seperti kunci, iPhone dan iPod.

Semasa meninjau-ninjau barang sementara isteri saya membeli belah, saya berbual dengan encik yang bekerja di situ. Encik ini macam dah familiar dengan saya sebab masa first time datang sini dulu untuk beli stokin lari race IMU saya berbual banyak dengan dia.

So kali ini saya tanya dia agaknya bila Race Nike We Run nak open for registration. Encik ini tidak pasti pulak bila tapi tiba-tiba ada customer lain menjawab yang registration akan dibuka online pada hari sabtu ini. Customer ini badannya sasa dan saya agak dia lari membawa dumbbell.

So, kepada yang menunggu saat registration Nike We Run bolehlah berkunjung ke website Nike kelak. Sedikit info yang saya kutip dari bacaan saya :

Registration Open : Sunday, 12.10.2014, 10 am
Registration Web : www.nike.com/werunkl
Registration fees:
RM60 – 24 years old and below (Male and Female)
RM80 – 25 years old and above (Male and Female)
Running Race at : February 1, 2015

Selain itu ada pre-running campaign untuk runners yang terpilih menjalani eksperimen bersama Nike. Boleh jadi anda akan dikaji dari segi larian, pernafasan dan lain-lain lagi yang berkaitan sambil berpeluang membeli barangan Nike. So boleh google sendiri pasal pre-running expo ini.

Anyway, yang unik tentang larian Nike ini adalah pada pertama kalinya kategori 21K dibuka untuk ramai. Oleh kerana saya setia Nike dan target saya adalah untuk masuk 21K, so saya akan masuk running event ini.

Bacaan Lanjut
http://hype.my/events/nike-we-run-kl-21k-2015-its-happening/
http://2009tonton.blogspot.com/2014/10/nike-we-run-kl-21k-2015-registration.html



Kongsi di :