Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 10 – Dari Kuale ke Cameron

Saya ingat bab race LHKSNS dah habis, so untuk penutup kepada mini trunvelogue ini, ini adalah posting pasal jenjalan. Menulis pasal trunvelogue, baru saya ingat. Trunvelogue Australia dan Bali saya tak habis lagi. Siut.

Alangkah baik kalau saya boleh melepaskan semuanya dan hanya fokus pada menulis………..

Ok. Tu angan2 harap jadi kenyataan.

Lepas habis race tu kami semua balik homestay. Packing bagai untuk bertolak, En.Remin, En.Udey dan En. Yad gerak dulu sebab depa semua nak balik Kedah. Kira orang bujang gerak awal la. Manakala saya dan Mann, kami bersiap dan menyiapkan anak memasing sebelum bertolak. Bila dah settle semua, kami pi minum dulu kat kedai mamak yang paling dekat dengan homestay sebelum masing-masing meneruskan perjalanan masing-masing. Both of us balik KL tapi macam ada nak buat transit.

Mann belanja makan tengahhari tu TQ Mann. Semoga mendapat rezeki yang ohsem unpredictable. Sebelum berpisah, saya tanya Mann, next race mana?

Mann cakap paling dekat ni kalau tiada aral dia ke Surattani Race dengan En. Remin. Dan race penutup dia hujung tahun adalah 2XU. Dia tanya saya, saya kata saya last tahun ini 2XU. So nanti jumpa kat 2XU-la.

Junior Runners in the making. #readyformo

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Kami pun mengambil haluan masing-masing. Saya lepas tu ke tepi sungai sebab isteri saya nak beli tudung salji untuk mak saya dan adik ipar saya. So gerak ke sana dan singgah kejap. Sementara isteri saya dok cari tudung saji tu, saya tengok-tengok apa yang patut.

Di tepi sungai tu ada deret kedai yang jual barang kraftangan. Kalau pegi Kuala Kangsar, tak sah kalau tak singgah sini. Barang yang anda boleh tapau bawak balik adalah sepeti Labu, barang rotan, keris, parang, labu, barang rotan dan keris dan parang dan banyak lagi.

kualakangsar
No 1 tu pokok getah tua, No 2 kedai tepi sungai

Alang-alang kat situ saya ternampak “roti panjang”. Belek punya belek last sekali saya decide untuk beli satu untuk introduction kepada EL apakah itu “roti panjang”. Actually, zaman saya kecik dulu kat rumah kami ada “roti panjang”. Yelah kami 3 beradik semua laki, belaka nakal cam setan. So abah saya ada standby 2 “roti panjang” ataupun rotan, untuk sebat kami bila perlu.

Mewarisi apa yang ayah saya buat kepada saya, saya pun beli “roti panjang” untuk kegunaan bila perlu esok. Tapi rotan bukan sebab nak sakitkan EL. Rotan buat gempak je kalau nakal nanti.

Lepas dari kedai tepi sungai tu kami gerak ke spot wajib kedua kami iaitu pokok paling tua di Kuala Kangsar. Biasala tahun lepas pun pergi juga amik gambar. Tahun ni pun kena ziarah jugak pokok ni. Sebagai tanda terima kasih kepada alam, ritual ini adalah ritual tahunan yang mesti dilakukan.

img_3028

Settle amik gambar, kami pun bergerak ke Ipoh. Ini satu lagi ritual tapi lebih kepada ritual isteri saya. Dia suka makan Mee Rebus Ramli. So singgah kejap sebelum terus nak balik KL. Aleh-aleh masa makan tu saya macam rasa sengal nak balik KL terus. Saya ingat macam nak lepak Ipoh sehari then esok baru balik. Lalu saya cuba search ada bilik tak kat Sekeping. Last year duduk sini rasa macam indah je. Tapi bila call cuma ada 2 bilik je sebab yang lain penuh. Fikir punya fikir timbul idea untuk singgah Cameron Highlands. So, tanpa membuang masa, perut dah kenyang, destinasi seterusnya adalah Cameron Highlands.

Dari Kuala Kangsar nak naik Cameron boleh ikut dua jalan. Pertama exit Simpang Pulai dan kedua exit Tapah. Simpang Pulai jalan baru tak bengkak bengkok sangat macam Exit Tapah. Tapi since saya naik hari Ahad, Simpang Pulai jalan kat ujung nak sampai area Kea Farm – Brinchang tu jem gila. So saya decide ikut Exit Tapah. Mana lagi jauh? Kalau ikut google beza dalam 11 minit je. Kalau tak familiar jalan Tapah adalah dinasihatkan naik ikut Simpang Pulai sebab jalan Tapah ni jalan lama.

screen-shot-2016-11-21-at-10-43-13-pm

Sebenarnya Cameron Highlands ni dulu kampung saya. Arwah Opah dan arwah atuk saya migrate dari bawah naik atas, bercinta dan kahwin di sana. Hasilnya, abah saya adalah native Cameron Highlands dari kecik.

Bila jumpa mak saya di maktab, abah saya kahwin dan bila posting, balik Cameron Highlands. Kami semua duduk di Cameron Highlands sampai umur saya 7 tahun sebelum migrate ke Johor Bahru pula.

Rumah arwah Opah saya di Taman Sedia, manakala rumah abah saya adalah di quarters kerajaan Hilltops atau Langgak Mercu. Cameron Highlands zaman dulu dengan zaman sekarang memang dah banyak berubah. Paling ketara adalah tak sejuk mana macam zaman saya kecik dulu. Zaman saya pergi sekolah dulu pakai baju sejuk dan kalau bercakap, mesti keluar asap dari mulut. Kalau Opah nak masak, minyak yang keluar dari tin macam mentega. Beku. Dan sejak kecik rumah kami memang tak ada heater dan memang mandi air sejuk macam mandi air dari peti ais.

Tapi sejak arwah Opah meninggal, rumah di Taman Sedia dah dijual. Duit yang dapat abah saya agih-agihkan kepada semua adik beradik dia yang lain dan akhirnya masing-masing dapat beli rumah sendiri. Dulu saya tak setuju ayah saya nak jual rumah taman sedia ni dan in fact saya kata baik jual kat saya. Waktu tu harga nak jual dalam RM500K. Malangnya saya baru kerja waktu tu dan loan tak lepas. Lagi pun ayah saya tanak pening kepala kemudian hari nanti bergaduh sesama sepupu bagai so better jual dan bagi sama rata. Sekarang dah tua baru saya faham dengan tindakan ayah saya. Kadangkala sebagai abang yang sulung, kita kena decide apa yang terbaik untuk semua adik beradik. Apa jua decision yang pahit yang perlu dibuat adalah OK asalkan tidak ada unsur untuk menganiaya dan lebih baik untuk semua diwaktu akan datang.

Sebelum sampai Cameron kami singgah kejap di Air terjun lata iskandar. Since EL tak pernah diexpose kepada air terjun lagi, saya bawa EL dan rendam kaki dia dalam air terjun untuk first experience. Muka nampak OK dan tak menangis.

Hari ni father nak introduce air terjun kat El

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

First fime main air terjun nampak macam boleh pergi jauh…..

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Agak senja, baru sampai Tanah Rata. First sekali yang saya buat adalah singgah kedai di Tanah Rata tu dan cari baju sejuk EL. Saya tengok kat kedai baju tu baju sejuk budak yang tak ada brand agak mahal juga sampai RM50 – RM70. EL bukan tak ada baju sejuk tapi dah ada dah beli kat Australia dulu so nak beli lagi agak membazir. At the end saya jumpa baju sejuk RM15 dan saya ingat baju ini dimport dari Nepal.

Settle bab tu kami pergi Check In dulu. Tempat favourite saya adalah Smoke House dekat dengan padang golf. Dulu saya pernah duduk sini sekali waktu tu rasanya time raya. Saya transit dari Jitra nak balik Raub ikut Cameron.

Sampai di Smoke House agak malam dah. Bila pergi ke kaunter check harga saya dapati yang harga dah naik tak macam masa saya duduk 3-4 tahun lepas. So saya bagitau dia kenapa dulu saya duduk satu bilik 3 ratus lebih saja sekarang paling murah 4 ratus lebih. Dia kata itu kalau beli di Agoda memang dapat murah. Saya kata kalau macam tu saya tidur kat masjid jelah sebab mahal sangat. Agaknya sebab orang takda, tiba-tiba dia kata hari ni ada discount so saya dapat bilik dalam RM380 satu malam. Saya kata OK lah daripada 4 ratus lebih. Kami pun check in dan orang Smoke House tolong angkat barang dari kereta.

Lepas mandi bagai kami keluar makan. Makan malam tu agak jackpot. 2 orang makan nasi putih tomyam sayur kangkung ayam kunyit telur dadar RM36 di kedai siam baris BSN dan JPJ di tanah rata. Dahla tak berapa nak sedap. Tapi apakan daya. Siang dah untung bilik malam rugi makan pulak. Takdir.

Settle dinner cepat-cepat balik tidur. Malam sejuk jugak dan tidur di Cameron Highlands waktu begini ditambah lepas lari 15K waktu pagi tadi, agak ohsem dan sangat nyenyak lagi sangat aman. Time-time macam ni memang ada rasa nak migrate balik duduk Cameron Highlands….

Kehidupan yang tenang. Sunyi dan laid back. Kecuali weekends la.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *