Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 11 – Smoke House Cameron Highlands, etc

OK. Basically sebenarnya plan asal saya nak recovery run kat Cameron pagi-pagi Isnin. Konon nak hirup udara segar bagai, saya siap dah tengok route untuk recovery run tu. Yela semalamnya dah lari race so esoknya kat tanah tinggi rasa macam nak experience baru. Kat Cameron saya tak pernah lari lagi. So ini map untuk recovery run yang diimpikan tersebut. Ada dua. Satu level sakit kaki satu lagi level excited. Yang sakit kaki distance dia 2.57 KM. Start kat depan Smoke House dan ending balik tempat yang sama. Lari keliling padang golf kat Cameron tu.

screen-shot-2016-11-21-at-11-33-41-pm
Yang level excited pulak distance dia jauh sikit. Yang ni 5.26 KM. Lari keluar dari Smoke House, belok kiri. Lalu jalan nak pi Tanah Rata then turun masuk Taman Sedia. Dari Taman Sedia pusing padang golf then masuk semula ke Smoke House.

screen-shot-2016-11-21-at-11-36-59-pm

But then apa yang kita rancang biasanya tak menjadi. Yang tak rancang tu la menjadi. Saya dah biasa dah kena PER (Perdaya) dengan diri sendiri ni. Pagi Isnin tu saya bangun pukul 10. Recovery run la sangat. Rupanya recovery sleep lagi nikmat dan indah. So end up pagi tu breakfast. Lepas breakfast, jenjalan kejap dengan EL (pagi tu EL dah jenjalan dah ngan ibu dia kawasan sekitar). Pukul 1 lebih kami keluar check out. Ini adalah gegambar yang berkaitan dengan Smoke House.

screen-shot-2016-11-21-at-11-45-06-pm

Map Smoke House Building Smoke House yang agak Cameron Highlands dia punya design.

img_3073

Sebelum masuk bilik ada surah buat pedoman hidup.

Peribahasa of the day.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Bilik dipenuhi dengan bunga dan pokok. Sangat healthy udara dan visual dia.img_3076img_3081

Suasana bilik yang mengundang.

Mood nak tidur sebulan kalau setting macam ni. Agak mengundang…. A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

  Dari dalam bilik rasa macam tidur dalam hutan. img_3089

Kalau letih berdiri tepi tingkap boleh duduk atas kerusi layan moment. img_3090

Agak lama EL tidur tapi kalau lumba dengan father dia kalah dia. img_3097

Btw, first time EL tidur tanak bangun. Siap baring baring tanak bangun biasa kalau buka mata dah terpacak dah nak buas.

Ok aktiviti seterusnyaa…………..

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on


Bilik air ada tub. So boleh bawak garam kalau nak mandi garam lepas race. img_3098

K, dah nak checkout dah. Bye. img_3102

Ini pula kawasan luar yang dekat area Smoke House. Depan tu ada hutan mini. Masa saya datang sini dengan EL agak mengimbau zaman saya kecik-kecik kat Cameron dulu. Bau basah hutan dia memang tangkap hidung. Rasa macam scene Ratatouile pun ada bezanya tu makan ni bau.

Lepas main air terjun level buku lali, model diberi peluang mengembara dalam hutan mini A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Sekarang dah reti bahasa orang suh duduk, dia duduk. Father bangga atas pencapaian ini.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on


Masa nak blah tu hotel siap bungkus bagi sandwich untuk bekal lunch. Saya cam wow. Ni first time dah checkout dapat makanan. Alhamdulilah.

Kami seterusnya pi ronda di Brinchang. Oleh sebab isteri saya nak beli pokok bunga dan cactus, saya singgah di syurga cactus.

screen-shot-2016-11-22-at-1-13-23-am

img_3104img_3106img_3105img_3111

Harga dia saya tak pasti murah ke mahal. Tapi ada macam-macam jenis cactus boleh jumpa kat sini. Kecik besar. Tajam, tumpul. Panjang, pendek. Berbulu, botak licin. Huisshhhh. Semua adalah. Nak jaga cactus pun tak susah. Seminggu sekali siram air dah OK. Selain cactus ada juga jual bunga. Macam-macam jenis bunga haram satu pun saya taktau.

Tak silap saya nama kedai cactus ni cactus valley. Dari brincang, on the way ke Kia Farm, belah kanan. Bapak besar gila. Kalau tak nampak buta namanya.

Sementara tunggu bini saya shopping cactus, saya main-main ngan EL. Ini satu lagi benda first yang EL buat. Main menatang kete kuda gerak-gerak ni. Ada doraemon sampai ke ultraman bagai, tapi bajet father cuma singgit. So, kasi can naik kete ngan kuda. Mesin ni pakai duit syiling 50 sen lama so kena pergi tukar kat kaunter. Boleh la gerak2 dalam seminit dengan lagu. EL seperti biasa muka takde perasaan. Tapi saya tengok ada minat nak main kete dari kuda.

img_3115

Lepas dari cactus, kami pi Kea Farm. Beli sayur. FYI, hari weekdays orang memang tak ramai. Boleh baring atas jalan. Sayur pulak tu murah-murah. Biasa hari weekend mahal sebab ramai orang. Weekdays macam gila penjual nak jual pada kita.

Tips dia kalau sampai Kea Farm ni buat muka cool dulu tak yah gopoh nak beli. Pusing satu Kea Farm tu which is tak besar mana pun dan inspect harga atau level freshness sayur-sayur tu. Dah tengok semua then baru serang kedai mana yang nak beli sayur tu. Harga memang ada beza tapi beza satu dengan lain tak mahal mana.

Kalau beli sayur sini memang jimat dan fresh. Biasa alang-alang sampai beli la stok 3-4 minggu simpan dalam peti ais.

img_3132 img_3125img_3123 img_3127 img_3126  img_3124

Masa nak blah tu saya tengok depan kawasan Kea Farm ni depa tambak tanah. Macam nak buat tempat jual sayur lagi gamaknya.

img_3129

Dari Kea Farm, balik ke Brinchang dan proceed ke Tanah Rata. Naik sat tengok rumah lama di Hilltop dan singgah sekolah lama ayah ngan mak saya.

Kemudian naik pulak sekolah lama saya Sekolah Convent. Sempat sekolah kat sini dari umur 5 tahun 6 tahun kindergarten, kemudian darjah 1. Niat asal nak naik atas dan masuk sekolah nak tengok class masa darjah satu dan tengok kantin. Tapi tetiba hujan lebat so tak jadi. Tade rezeki maybe next year kalau ada rezeki boleh singgah lagi.

Masa turun dari Convent tu kalau perasan belah kiri ada patung Mary. Saya cite kat isteri saya masa kecik-kecik dulu ntah apa bangang kitorang selalu baling batu kat patung ni. Saya pun tak tau kenapa. Agak rasis agama juga masa kecik.

img_3156

Walhal masa saya sekolah tadika tu cikgu saya semua Sister-Sister. Tade pulak depa nak mengkristiankan kami. Baik je. In fact, saya ingat first time saya bertumbuk masa kat tadika tu Sister yang selamatkan saya. Waktu tu lepas baru dapat gambar kelas. So macam selak main tunjuk-tunjuk dengan kawan. Tetiba datang satu budak ni (budak kecik jugak sama umur 6 tahun) rampas gambar saya dan konyok. Saya punya marah saya tumbuk budak tu dan kami berguling atas tanah. Yang saya ingat lepas tu saya nampak Sister lari keluar dari pintu jerit Oh my god Oh my god dan leraikan kami.

Bila ingat balik memang kelakar. Ntah mana la budak tu sekarang. Sister tu pun mungkin dah arwah. Maybe sekarang tengah tunggu turn nak ke syurga.

Anyway, masa turun tu tiba-tiba mainan gitar EL dalam keta kat belakang berbunyi sebaik saja saya amik pic patung Mary ni. Saya kata kat isteri saya, eh, ini mesti ingat saya dulu selalu kat sini kecik-kecik baling batu kat dia. Say Hi nampak.

FYI, dalam quran ada satu ayat ni boleh buat pedoman dan ada sebab tuhan tak bagi kita bergaduh sesama agama. Daripada ayat dibawah ini kalau anda buang tafsiran dalam kurungan, anda akan dapati yang sebenarnya semua agama adalah tuhannya satu dan pendapat saya, nama je lain-lain. Alah macam kita pun namakan banyak. Kejap zizi, kejap khairul, kejap father, kejap abiang.

Kalau tengok quran dan bila tafsir perkataan agamaNya hanya Islam, so itu pasal la perang sesama agama tak habis-habis. Cuba tafsir perkataan agamaNya tu semua. Ada gaduh tak ? Anyway, sila tanya ustadz anda sebab saya bukan pakar. Dulu Isa kalau sembahyang mesti kat gereja. Isa pun tuhan dia Allah juga. Ibrahim yang yahudi pun tuhan dia Allah juga cuma masa zaman tu nama Allah tu bukanlah Allah. Lain. Hakikatnya sama je. BTW ini adalah pendapat personal dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. Saya jarang baca quran so ilmu quran saya memang sayur. Tapi saya sisipkan ayat quran tu untuk kita sama-sama rujuk.

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gerejagereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; – 

(Al-Hajj 22:40)

Agak dah nak masuk kul dua tu kami pun gerak balik. Sebelum turun singgah minum teh di Bharat Tea tu. Ada dua kawasan jangan confuse. Satu yang banyak parking Bharat Tea. Satu yang sikit parking tu Cameron Valley. Antara dua ni saya suka Bharat Tea. Saya singgah jap sebab bini saya teringin nak makan Scone.

screen-shot-2016-11-22-at-1-08-25-am

Saya selalu usik dia yang Scone ni makanan minum petang kami Opah buat masa kecik-kecik dulu. Mana makan makanan melayu ni contohnya laksa. 😀 Orang lain balik kampung makan durian. Kita makan strawberry Kah kah kah.

img_3177img_3178

Minum teh kat sini pemandangan dia OHSEM. FYI yang teh boh di Sungai Palas tu tutup hari isnin. So ini adalah alternatif kalau nak minum teh juga. Englishman sikit sekali sekala…..

Tapi isteri saya ada tanya saya. Kalau Englishman minum teh. America minum coffee. Dah orang melayu minum apa?

Saya kata orang melayu minum air sungai. Kalau musim hujan, kita minum air hujan. 😀

img_3163

EL excited nak makan scone. Kalau arwah Opah ada lagi, boleh makan scone Opah masak.

img_3159

Sebelum balik sempat beli buah Cinta. Buah ni masam-masam manis sedap makan dengan kicap. Jangan lupa juga beli aiskrim strawberi, ada jual kat kedai sebelah kedai teh ni. Satu lagi buah markisa.

img_3183 img_3182

Perut dah kenyang, bini saya pun dah happy, so kami pun gerak pulang ke KL. Pukul 6 lebih sampai KL maka tamatlan trunvelogue mini kami dari Kuala Kangsar ke Cameron Highlands. Tamatlah juga posting saya pasal race Kuala Kangsar.

Next year, jumpa lagi. Izin tuhan, yang Satu.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *