Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 2

Pejam celik pejam celik kejap je dah bulan November. Dan hujung minggu ini adalah LHKSNS 2016. TQ En. Remin for the reminder.

Seperti biasalah, semua mesti mau last minute. Tapi nasib baik tempat penginapan untuk race ini Man Isteri Model dah uruskan. Ini semua sebab dia kenal owner homestay tu. So nanti hari kejadian bayaq duit kat Man.

Tahun ni homestay akan meriah dengan dua junior runner. Seorang anak saya EL Lukh dan seorang lagi anak Man Isteri Model. Tak silap saya anak Man Isteri Model pun laki. Anak saya dah setahun 3 bulan so dah boleh berjalan walaupun terkedek-kedek lagi manakala anak Man Isteri Model baru aqeqah hari tu so saya ingat mesti less than 5 bulan umur anak dia. So mungkin next year anak kami boleh start lumba lari dalam rumah homestay berebut mainan. Tahun ni tak boleh lagi sebab anak Man Isteri Model masih enjoy baby phase. ( Eh macam baby face pulak ).

Bercakap tentang race hujung minggu ini, saya secara official telah start lari hari ini. Last week bajet nak lari Sabtu ngan Ahad sekali Sabtu tu adik saya datang rumah nak settle hal kenduri kahwin dia. Hari Ahad pulak kawan saya datang rumah berborak dari petang sampai 4 pagi. So result dia sayurlah. Hari ni dah free balik so saya mula lari hari ni.

Memula tu saya bajet macam nak lari 5K. Yelah dah sebulan tak lari terus-terus nak lari 10K mau koyak otot. So saya ingat 5K dah memadai. Elok saya tengah stretching bagai selepas berjaya melarikan diri dari EL Lukh yang nak ikut sekali (pantang buka pintu mesti laju nak follow), tiba-tiba hati saya berkata kepada saya jangan lari 5K.

Saya tanya kenapa pulak? Hati saya kata, hari ni ko buat 1 Mile speed test cukup. Saya pun, betul jugak tu.

So kebetulan hari ni saya lari bawak iPhone sebab nak dengar lagu semangat, saya pun browse pasal 1 Mile Speed Test. Actually test ni nak check level fitness kita tahap mana. Lepas baca lebih kurang saya pun start lari untuk test. Disebabkan cuma 1.6 KM, saya lari dalam keliling rumah cukup.

Race : Bali Marathon 2016 Pt 5 – Running Fit test 1.6 KM / 1 miles
First time saya buat 1 Mile Speed Test ni masa nak start training nak ke Bali hari tu. Kalau ikut tarikh instagram, 3 bulan yang lalu. Masa tu saya lulus cemerlang gred 1. Saya lari bawah 7 minit. Hari ni saya tak rasa saya lulus cemerlang. Sebab agak lama saya berhenti lari. 31 hari tu.

Saya pun cuba sebaik mungkin.

Elok dah masuk pusingan kali kedua hati saya suh tengok jam dan saya tengok ngam-ngam 1.6 KM. Saya pun stop lari dan tengok jam berapa data dia. Tengok-tengok 8 minit lebih. Nampaknya level fitness saya sekarang berada dalam gred 2. Tak berapa nak fit sangat dan nampaknya hujung minggu ni gayanya jangan 2 jam untuk 15K sudahlah. Malu.

So ini data detail dari Strava.

screen-shot-2016-11-07-at-11-23-33-pm

Ada seminggu lagi so nak pulun tidak ada gunanya. Mungkin inilah yang dikatakan “Sampai satu ketika, kita hanya mampu berserah (sebab kita tak berusaha pun)”

Macam dah ternampak muka sendiri minum air kelapa sambil senyum……….

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *