Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 5 – Ke Kuale kite

Settle packing semua, kami pun mula nak bertolak. Disebabkan cuma El saja yang dah makan dan isteri kesayangan saya tak sempat nak masak nasi, so kami pergi makan kat kedai mamak di rumah lama saya. Selain makan, saya amik peluang untuk basuh kereta yang dah lama tak basuh tu since lately saya ke office bawak Mat Fordy.

Processed with VSCO with f2 preset

Budak ni menyibuk orang nak packing so tampal sticket sikit kat dada

Dalam pukul 2 lebih baru bertolak dari KL. Melalui Waze, saya tengok kami bakal tiba di Kuala Kangsar pada jam 4 setengah. Saya ambil screenshot dan send kepada En. Remin. Kami janji nak jumpa kat dewan untuk collect race kit. En. Remin naik train dari Sg.Petani so dia akan tiba di Taiping. Dari Taiping member dia akan hantar ke Kuala Kangsar.

img_2958

Saya sebenarnya dah jadi habit. Sebelum nak travel mesti mau tengok Waze. 3 benda yang saya nak tengok sebenarnya. First, pukul berapa estimate sampai. Second, ada jem tak tengah-tengah jalan tu dan last sekali of course kalau tempat tu saya tak pernah pergi, saya nak tengok jalan mana Waze suh masuk.

Satu lagi sekarang saya berlatih dengar je instead of nak tengok-tengok Waze ni. Saya sync dengan bluetooh kereta so tiap kali bunyi suara Tony F. tu saya ikut sahaja. Leceh nak tengok-tengok screen sambil drive. Basically kalau dah selalu dengar je nanti boleh faham dan boleh expect nak masuk simpang mana. Cuma yang gagal dia setiap kali suara Tony F. keluar bagi arahan nak pi mana, lagu Spotify akan dipelankan. Kacau sikit la tapi it’s OK.

FYI, Waze ada features baru dimana kalau kita masukkan appointment kita pukul berapa dalam google calendar kita, dia akan prompt kepada kita untuk keluar dan bergerak pukul berapa, berdasarkan kiraan kita sampai tepat pada waktu appointment kita. Kira cam, kalau ada appointment atau nak sampai jam 10 pagi, so by sejam or setengah jam awal dia akan prompt suh gerak sekarang kalau nak sampai on time. Bijak-kan? Yahudi memang bijak. Dalam quran dah sebut.

img_2962Jarang selfie dengan orang rumah so ni belanja sikit.

Perjalanan memang smooth criminal pada awalnya tapi lepas dari terowong nak sampai ke Sungai Perak hujan tiba-tiba turun bapak lebat gila. Lebat dia level lencun gigil-lah kalau naik motor. So bila hujan rules number one on driving : Bawak slow gila.

img_2966
Ni hujan baru nak gila. Belum gila lagi. Lepas ni gila la.

By the time kami sampai Kuala Kangsar, hujan berhenti. So jalan clear balik. Agak-agak dekat nak sampai tu saya sempat snap gambar bawah ni in case bagi yang tak pernah sampai Kuala Kangsar, so ada idea canne. Sebelum tulisan Kuala ni ada labu. Tak pasti boleh masuk duduk dalam labu tu tidak kalau gila.

img_2973

Masa lalu nak masuk bandar Kuala Kangsar saya terperasan belah kanan kat row kedai ada kedai sukan Al Ikhsan. So saya nampak dari jauh macam ada discount besar-besaran. Saya pun bagitau isteri saya nak singgah jap. Saja cuci mata. So kami buat u-turn dan parking depan kedai.

img_2974

Sebelum masuk saya call En.Remin dah kat mana sambil hisap rokok. Rupanya En.Remin masih di Taiping sebab hujan lebat gila so member dia tak dapat nak hantar dia. (member dia bawak motor). So saya tanya En.Remin canne? Dia kata takpe dia naik bas. Dia suh saya pi makan ke minum dulu sementara tunggu sebab tak silap saya dia kata agak 45 minit juga bas dari Taiping ke Kuala Kangsar. Saya pun OK lah.

Saya masuk ke dalam kedai sambil isteri saya tunggu dalam kereta. El tengah membuta so malas nak kacau. Saya tengok dalam Al Ikhsan ni banyak barang sukan untuk bola sebenarnya. Untuk lari tak berapa nak banyak tapi ada la kasut lari 2 – 3 brand.

Masa saya tengah cuci-cuci mata tu ada 2 orang tua agak senior. Gaya macam YB lebih kurang tengah sibuk nak beli kasut lari. Dari perbualan mereka tahulah saya yang esok depa ni nak pi Race Kuala Kangsar jugak. Awek kedai tu dok layan 2 orang tua ni kejap nak beli kasut tu la kejap kasut inilah. Saya dengar juga depa kata untuk larian VIP esok kena pakai baju merah.

img_3191

Bila dah tak ada apa nak tengok, mata pun dah bersih balik, saya keluar dan text ex-staff saya yang memang orang Kuala tanya dia kat mana kedai pau cina yang best tu. Dulu dia ada bagitau saya pasal kedai ni so saya ingat kali ni saya nak pi try. Dia kata kedai pau cina tengah bandar dekat sekolah cina. Saya tanya kat mana tu sebab agak senang jugak nak cari berdasarkan text dia. Bila saya google, saya jumpa ini.

img_2975

Saya tanya betul ke dia kata betul-lah tu. So saya pun Waze ke sana. Tak sampai berapa minit sampai. Dekat je rupanya atau Kuala Kangsar ni tak metropolis mana. Saya pusing 2 kali untuk cari tempat parking ghupenye boleh parking kat belakang kedai. Memang ada sekolah cina belakang kedai tu so dah settle parking semua kami berjalan menuju ke kedai belah depan.

img_2977
Tengok papan tanda teringat cerita Bruce Lee Shaw Brothers

img_2976
Suasana dalam kedai

Kami pun masuk ke dalam kedai. Orang macam tak ramai. Baru nak duduk, sekali pekedai datang bagitau sorry kedai dah nak tutup. Saya tengok jam baru pukul 5. Saya tanya pau dah habis ke? Dia kata sudah lama habis. Saya tengok isteri saya dan isteri saya tengok saya. Nampaknya tak ada rezeki kami makan pau Yut Loy hari ni.

Kami pun keluar dari kedai dan baru nak keluar ada satu Ah Soh lalu. Dia tiba-tiba sangat friendly dan tanya kenapa kedai ini sangat ramai orang mau datang. Saya diam dan senyum, isteri saya kata kedai ini banyak review dalam web. Ah Soh kata kedai ini dah lama sejak zaman dia anak dara. Dia kata lain kali nak datang makan kena datang awal sebab petang memang dah tutup dan cepat habis ramai orang. Kami mengangguk tanda setuju dan dia kata lagi yang kedai ni menggamit zaman silam dia. Kami senyum.

screen-shot-2016-11-17-at-1-01-52-am

Saya dan isteri kemudian jalan keluar dan lalu sebelah kedai-kedai tu tanpa arah tuju. Saya kemudian google kejap apa lagi nak makan kat Kuala Kangsar ni. Melalui trip advisor, saya jumpa satu kedai laksa yang namanya Laksa Lubuk. Ranking nombor 3 dari semua dan atas dari Yut Loy. Saya terus call sebab takut kang bila dah pergi sana sekali tutup juga. Ada awek angkat dan bagitau yang depa tutup jam 7. Dia tanya tau tak jalan nak datang. Saya kata nanti saya ikut Waze. Dia bagitau kalau nak senang, sebelum jambatan masuk simpang kanan. Saya iyakan aja sebab kalau ikut Waze gerenti tak sesat. Oleh kerana hari dah mula hujan semula, saya berlari ke kereta sambil isteri saya dan EL tunggu di lorong di kedai.

Tak berapa lama kemudian kami on the way ke Laksa Lubuk. Rupanya jarak dia agak jauh juga dalam 5 KM dari bandar. Kena keluar dari bandar Kuala Kangsar menghala balik ke highway yang kita turun dari tol tu dan ambil jalan ke Grik.

Bila dah sampai nampak jejambat tu saya masuk simpang kanan ikut Waze dan suasana dari jalan raya besar berubah kepada jalan kampung. Saya mula sangsi.

img_2987

Jalan masuk dia agak sempit dan bila ada kereta bertembung, salah satu kena berhenti untuk bagi laluan. Masa nak masuk tu ada kereta so saya kena reverse dan ketepi. Bila masuk makin dalam kawasan kampung saya cakap kat isteri saya, betul punya lubuk laksa ni tak sampai-sampai.

Bila macam dah nak give up sebab tak jumpa-jumpa walaupun Waze tunjuk betul, saya kata kita try lagi 2 – 3 minit drive kalau tak sampai juga kita patah balik. Elok lepas saya cakap macam tu, kami sampai depan kedai laksa lubuk. Saya cam sebab setting dia macam sama dari thumbnail pic dari trip advisor. Kami pun masuk dalam parking kereta dan kemudian keluar ke kedai.

img_2979

Kawasan ini sebenarnya bukan kawasan kedai tapi kawasan kampung. Ada court sepak takraw dan ada beberapa anak muda main takraw dengan gembira. Kami duduk dan seketika datang makcik ambil order. Isteri saya order laksa x 2 dan tanya saya nak minum apa. Saya kata teh o ais. Isteri saya kemudian bagitau makcik tu teh o ais satu dan teh ais satu. Sambil saya dukung EL, tak lama lepas tu laksa pun sampai. Saya pass EL ke isteri saya dan saya mula menikmati Laksa Lubuk.

img_2981
Ke garisan…. sedia….. MULA!

img_2982
Ya itu dia rekod catatan masa terpantas telah tercipta. Tahniah diucapkan.

Lepas saya makan, saya ambil EL dari isteri saya. Saya kemudian bawak EL tengok pemuda main takraw. Saya tengok mata EL follow kemana saja bola takraw itu pergi. Agak dah bosan, saya ajak EL tengok ayam. Ada ayam tengah lepak mungkin tengah berzikir. Dah bosan tengok ayam, saya dengan EL saya pun duduk semula dan isteri saya masih lagi belum habis makan.

Sebenarnya antara saya dan isteri, isteri saya lebih foodie. Saya pula bab makan ni tak berapa nak adventuros sangat. Dan biasanya saya akan makan benda yang sama sahaja compare to benda baru, unless orang suggest untuk makan, then baru saya cuba. Setialah katakan.

So saya tanya isteri saya Laksa Lubuk ni berapa markah compare dengan Laksa Pak Ngah tahun lepas. Isteri saya kata kuah dia lagi sedap tapi mee dia rupanya memang macam ni. Saya terpaksa bersetuju yang kuah dia memang sedap gila cuma mee dia liat tak macam laksa kedah. Maybe betullah kat mana-mana kat Kuala Kangsar ni mee dia memang macam plastik sikit. Menurut kata isteri saya, mee depa ni dibuat dari tepung gandum manakala mee di kedah dibuat dari tepung beras.

Selesai makan dah kenyang, kami pun berangkat pergi. Saya pi bayar sementara isteri saya salin pampers EL dan buat susu. Masa bayar tu saya sempat masuk tempat masak depa. Saya tanya pakcik yang tengah gaul kuah dalam kawah sehari berapa kawah masak. Menurut dia, biasanya kuah masak 2 hari sekali tapi mee memang masak tiap-tiap hari. Saya tanya mee berapa banyak masak. Dia kat 5 kampit tepung sehari.

img_2984
Yang kawah depan ni kuah, kuali belakang tu mee

Sebelum gerak saya tengok whatapp En.Remin dah sampai lama rupanya di dewan. So kami pun cepat-cepat menuju ke dewan untuk race kit collection. Sebelum balik saya tangkap gambar papan tanda Laksa Lubuk ini kalau anda nak cuba satu hari nanti. Puas hati.

Anyway, dalam kereta saya terfikir. Kadangkala dalam hidup ini kita rancang untuk dapatkan sesuatu. Tapi tuhan tak bagi lagi mungkin ada sebab yang kita tak tahu. So kita jangan marah. Sebab kalau kita marah, kita marah pada tuhan sebenarnya. Instead, bila kita OK dan accept seadanya, tuhan bagi alternative untuk apa yang kita nak tu. At the end of the day, alternative yang tuhan bagi tu walaupun lambat dan makan masa (jauh) sikit, sebenarnya lebih berbaloi dengan apa yang kita nak sebelum ini.

RUMI, penulis favourite saya berkata begini :

“Be grateful for whoever comes, because each has been sent as a guide from beyond.”

img_2986

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *