Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 6 – Race Kit Collection

Elok sampai Dewan Jubli tu dah petang sangat. Parking depan dewan dan terus masuk dalam. Kat tepi pintu, kelihatan En. Remin sedang duduk di sebuah kerusi sambil main handphone. Agak setengah jam jugak dia tunggu. Dia dah settle amik racekit semua. Saya tengok que line up agak panjang. Sebelum ia menjadi ular, saya terus sahaja ke sana dan beratur. Sementara isteri saya mengejar EL yang macam over excited berjalan jatuh berjalan jatuh dalam dewan yang super besar (dari perspective dia), saya baru teringat yang benda paling penting saya lupa. Slip racekit collection!

Makanya saya menggagau mencari email confirmation race. Pertama, bateri nak habis. Kalau tak sempat jumpa memang lega. Kedua pulak, dulu saya sign up race guna email office. Sekarang saya sign up mail guna email baru penulis@lariansebuahkitab. So baru saya perasan yang ntah kenapa, mail saya tak sync dengan email yang baru. Lepas tu pulak, bila cari tak jumpa, isteri saya tanya saya.

“Anda sebenarnya register ke tidak race ni?”

Waktu itu saya nampak saya tunjuk dua Facebook Like kepada diri saya dengan #lega. Bila moment ternampak #lega ni memang rasa cam … adoiiii….

Saya search punya search, sampai tiba giliran saya, barulah jumpa. Nasib baik. Saya heran asal tiap kali saya search Kuala Kangsar, yang keluarnya race slip tahun lepas. Moment macam gini rasa macam tengah tunggu giliran nak bersunat. Cemas betul.

Saya ingat lepas ni saya berikrar nak buat satu checklist untuk larian so len kali bila nak gi race, download and print. Tanda. Senang. Confirm tak ada yang tertinggal.

Bila saya sampai di meja baru nak tunjuk email yang 18 bulan cari baru jumpa tu, brader kat meja tu kata – abang bagi nombor IC je. Lerrrrrrrrrr…..

So, saya amik racekit, check nombor bib dapat nombor berapa (sambil terfikir, bila la aku nak dapat nombor bib 2911 atau 1129 ni) kemudian saya gerak keluar dewan bersama isteri dan El, serta En. Remin menuju ke homestay.

Ini suasana gegambar dalam dewan. Waktu petang kalau datang nak amik, orang agak ramailah. Sebab logik dia canni. Semua orang kalau dari KL bertolak lepas lunch, so by petang ramai-ramai sampai. So… memang ular sawalah. By the way, pengurusan racekit collection cekap. No no hal. Kalau malas beratur buat race sendiri la.

img_2991img_2992

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *