Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 7 – Team Conquer

Malam sebelum race kami semua pi makan dekat satu kedai ala western ini. Belah mana ntah saya pun tak ingat, sebab malam tu keluar dua kereta so saya follow Mann Isteri Model agak pusing-pusing juga. Mungkin Mann Isteri model pun ingat-ingat lupa kedai makan ini di mana. Kalau tak silap saya, nama kedai ni The Gate Cafe. Kedai ni macam area atas sikit kena naik tangga.

Time sampai kat kedai makan tu saya ternampak Mr. Aradweb tengah main handphone duduk seorang-seorang. Agak tekun melayan handphone, saya pun tegur Mr. Aradweb. Kami bersalaman dan berbual pendek. Mr. Aradweb ni member Instagram dan kebetulan esok dia pun lari dalam race yang sama. Orangnya bermuka ceria dan sentiasa senyum berbeza dengan yang saya tengok dalam IG dia. Mr. Aradweb pakar jam G-Shock. So kalau ada masalah dengan G-Shock boleh contact dia. 😀

Kami duduk dan mula order makanan. Biasa kalau kat kedai mamak pelayan dia mamak ramaikan, tapi kat kedai ni pelayan dia semua awekss. Cergas juga awekss-awekss dia melayan ambil order.

Anyway, tak lama lepas tu En. Yad Intel sampai dari Kulim. Last time saya jumpa En. Yad Intel adalah di race Conquer Kiara Trails tahun lepas. En. Yad Intel kelihatan sangat bersemangat waja dan kami berbual panjang pasai Pak Nasir yang lari dari Stadium Shah Alam balik Kedah bila team Kedah menang bola baru-baru ini. En. Yad Intel ada join lari sekali follow Pak Nasir bila Pak Nasir tiba di Kedah. Melalui En. Yad Intel, baru saya tahu yang Pak Nasir ini seorang askar. Umur dah 62 tapi lari masih power. Sehari lari 50 K, 10 hari dah habis lari dari Kedah ke KL misi larian solo sempena merdeka kali ke 59.

Satu lagi yang memeranjatkan adalah Pak Nasir sekarang adalah seorang tok imam Masjid. So seorang tok imam, lari ulang alik dari Kedah ke KL, Shah Alam ke Kedah, agak power juga mental dan spiritual dia. Ini gambar En. Yad Intel lari dengan Pak Nasir. Patutnya saya ada nak tulis satu artikel khas pasal ini tapi nantilah. Nak tulis pasal imam yang lari, kena amik air semayang dulu OK.

unnamed-1
Gambar dari FB Pak Nasir

Lepas makan kami balik homestay. En.Yad Intel dan En. Remin pelari muda dari Sungai Petani itu pergi jemput En. Udey Pengurus Kelab. Bajet asal En. Yad dan En. Udey nak tidur masjid malam tu. Mungkin depa nak qiamulail seround dua sebelum lari esok. Tapi sebab dengar cite juga siang tadi En. Udey baru habis buat Marathon BDB Jitra, kalau En. Udey buat qiamulail malam ni saya ingat memang En. Udey seorang mutant yang spiritual.

Last sekali depa semua tidur sekali kat Homestay Chandan Puteri yang kami sewa. Rumah ni pun bapak besar. Ruang tamu kosong dan ada tilam dan bantal spare.

Since saya balik dulu dengan Mann Isteri Model (yelah masing-masing bawak bini ngan anak kecik) so bila bini-bini ngan anak-anak dah masuk tidur, kami borak kat luar isap rokok.

Mann Isteri Model sekarang dah one step ahead dengan mencebur diri dalam bidang per-basikalan. Matlamat beliau adalah untuk cuba duathlon lari-basikal. Agak banyak benda baru dan teknikal pasal basikal yang saya belajar dengan Mann Isteri Model. Rupanya basikal untuk race ni ada macam-macam jenis. Ada yang untuk jalan raya. Untuk trail lain pulak. Untuk touring lain pulak. Namun asal nama basikal, agak costly juga nak main menatang ni.

Saya bagitau Mann yang saya ada macam minat juga nak cuba main basikal. Cuma yang saya tak boleh lagi dan tak ada keyakinan diri adalah bila main basikal mesti kena pakai seluar burung. Sebab takkan nak naik basikal pakai seluar trek panjang kut. Ia ibarat pergi majlis kenduri arwah tapi kita pakai baju nak pergi  mandi laut. So itu adalah halangan mental saya setakat ini.

Mann bagitau saya yang seluar burung bukan sebarang burung, eh bukan sebarang seluar burung. Seluar burung ni ada span burung. So bila duduk atas seat basikal tu tak la lenguh atau jem bontot. Mann bagitau saya lagi yang bila dah main basikal, ada berlambak lagi orang lain yang pakai seluar burung dan akhirnya ia menjadi normal dan orang pun tak chara. Saya cuba membayangkannya dah ohhhh……

Panjang juga kami berbual dari hal lari sampai ke hal kerja dan akhirnya En. Remin pulang bersama En. Yad dan En. Udey pengurus kelab. Oleh kerana jam dah nak pukul 12 lebih so tak sempat nak berbual panjang sangat dan masing-masing keletihan nak masuk tidur.

Saya tengok En. Udey memang semangat dia kuat. Walaupun nampak muka dia sangat letih sebab baru Full Marathon siang tadi dan esok pulak nak lagi 15K, saya agak En. Udey memang dah achieve level zen + dewa running. Pulak tu dia punya Full Marathon PB dan Sub 4. Dasyat gila. Satu interview khas patut diadakan antara kami semua dengan En. Udey agar En. Udey dapat berkongsi tips dan info bagaimana latihan larian dia dan apa yang dia makan sampai FM Sub 4. Sub 4 bukan 3:59 ok, around 3:30 tak silap saya.

screen-shot-2016-11-18-at-1-14-38-am

Race ini adalah pertama kali dimana ramai team Conquer turun padang. Saya ingat daripada semua sayalah yang paling junior dan paling sayur sekali. Kalau tengok peha dan kaki dah tahu dah sapa yang paling last antara semua. Namun terima kasih saya kepada En. Udey kerana ajak join kelab larian dari Kedah ini. Officially masa Bali Marathon hari tu bila En. Udey bagi saya t-shirt kelab dan add saya dalam whatsapp group Conquer. Walaupun saya bukan orang Kedah dan hanya beristerikan orang Kedah, menjadi salah seorang dari ahli kelab sedikit sebanyak memberi saya semangat untuk terus berlari bakhang.

#WE RUN AOR

Lari seorang diri boleh jadi sesat ntah kemana. At least ada member yang lari sekali, bila kita dah macam sengal rasa nak pencen, ada member tolong peringatkan. Saya rasa itulah sebabnya sembahyang jemaah lebih banyak benefit dari sembahyang solo. Lebih-lebih lagi bila kita ikut imam, so at least banyak yang dah dipermudahkan.

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *