Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 8 – Race Report

Agak seminggu juga saya fikir. Apa yang saya nak tulis untuk race report ini. Adakah saya nak describe apa yang saya nampak semasa saya lari hari tu? Atau saya nak describe, apa yang saya rasa, masa saya lari hari tu? Saya fikir, kalau saya tulis race report yang cerita belok kanan belok kiri jalan depan jalan belakang, agak tak berapa nak significant sangat lebih-lebih lagi LHKSNS adalah satu larian yang quite “special” bagi saya sebab ia berlangsung dalam bulan harijadi saya. Lagipun, ini adalah satu-satunya race yang saya masuk sudah 2 kali, dan boleh jadi akan menjadi race wajib tahunan saya sampai bila-bila. So kalau race report dia tak “special”, rasa cam adoiiii…. cam lari tak dapat hadiah pulak.

So seminggu saya fikir apa yang saya nak tulis. Puas saya bermunajat, agar diberikan ilham. Puas saya meditate. Apa yang aku nak kena tulis ni? (bukan apa yang aku nak tulis). Hinggalah kepada malam tadi, tiba-tiba entah macam mana, saya seakan nampak dengan jelas cantuman-cantuman moment yang telah berlaku, lalu memberikan saya satu anjakan baru dalam arena larian saya. Dan bila saya sketch out dalam buku note saya, saya dapati, segalanya make sense dan baru saya faham, kenapa saya kena lari.

OK. Macam mana saya nak mula?

Happy birthday run akan bermula bila bila masa #lariansebuahkitab #lhksns2016

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Hmmmm…. ok gini. Pernah tak terfikir, kenapa bila kita lari, kita rasa gembira. Mesti pernahkan? In fact, dulu, ada orang bagitau saya yang lari ini menghilangkan stress. Scientifically, lari menyebabkan hormon Endorphins terembes dan kerana adanya hormon ini, kita macam layan je masa lari. Ala term dia kalau biasa dengar, Runner’s High. Ada orang kata, Zen running la. Ada orang kata, Tao runningla. Ikut la apa-apa pun. Tapi yang pasti, ia adalah satu tingkat dimana seseorang runner itu capai dan jadi high dalam larian. Cam high isap ganja kut.

Sepanjang 3 tahun saya lari, saya rasa saya baru rasa menda ni beberapa kali sahaja. Saya tak ingat bila pertama kali, namun yang obvious, baru-baru ini masa Marathon Bali, dan yang kedua, adalah masa LHKSNS. Tapi saya tak sure pulak sama ada apa yang saya rasa itu adalah betul-betul runner’s high, atau sebenarnya benda lain dan bukan runner’s high. Untuk kepastian, nanti saya kaji lagi pasal runner’s high tapi untuk hari ini, saya bentangkan dulu teori saya ini.

OK.

Pertama, saya nak namakan dulu state ini apa. Kena copyright-la sikit. Orang lain cara dia lain, kita cara kita la. So, saya kena namakan ia, “Larian Zouq” atau, dalam bahasa inggeris dia, “The Zouq Running”.

Apa maksud Zouq? Zouq ni, word asal dia adalah Zauq. Bahasa Arab. Maksud melayu dia “Rasa”. So,”Larian Zouq”, adalah “Larian Rasa”.

So teori dia, ada orang lari, akan sampai state “Larian Rasa”. Ada orang lari, tak akan sampai state, “Larian Rasa”. Tugas saya sekarang, macam mana nak dapatkan short cut atau hack, agar, setiap kali lari, dapat capai state, “Larian Rasa”. Seronok tu kalau setiap kali lari dapat achieve level ni. Kira cam kalau orang kahwin, setiap kali buat project development dapat achieve klimaks. Maka dalam larian pun sama juga. Macam mana nak capai orgasm dalam larian. Tapi jangan salah faham pulak. Bukan masa lari tu orgasm macam beromen. Ini orgasm untuk larian. That’s why saya kena namakan ia “Larian Rasa”. Bukan “Larian Orgasm”. Lain nanti bayangan orang bila dengar yang sm sm tu.

OK. Saya akan gunakan semua pengalaman yang saya lalui dalam race LHKSNS ini untuk explain teori “Larian Rasa” ini, so race report untuk race ini sangat berbeza dari race report yang lain. Panjang sikit, dan saya teruja untuk menulisnya.

Untuk mencapai “Larian Rasa” atau “The Zouq Running” ini, basically ada 3 stages atau 3 level. Kalau seseorang runner lepas 3 stages ini, dia akan capai level Zouq itu.

Level 1

Level pertama ini adalah level dimana mula-mula lari. Lepas flag off, runner akan cuba menyesuaikan diri dalam mencari rentak larian. Level 1 ini basically adalah level halangan. Level 1 terbahagi kepada 3 fasa. Kebiasaannya level 1 ni memang ikut sequence.

1.1, Halangan untuk menembusi. 

Awal-awal lari biasalah. Orang masih ramai. Ada runner yang lari laju. Ada yang awal-awal dah rempit. Ada yang lari pelan. Malah ada yang berjalan. Ada pulak yang bawak baby dalam stroller biar betik 15K? So fasa pertama ini adalah challenges untuk seorang runner menembusi, mengambil tempat, daripada tempat yang kurang selesa kepada tempat yang selesa. So runner kena elak-elak, mencelah antara tengah, lari ke tepi sampai atas rumput nak elak runner yang slow belah kanan. Macam-macam. Matlamat fasa ini adalah untuk menembusi diantara semua. Mengambil tempat la katakan. Biasa berlaku dalam KM 1 – KM 1.5 paling jauh. Bila runner dah berjaya dapat tempat yang selesa dimana depan dia dah tidak ada runner yang menghalang secara obvious, runner naik ke fasa seterusnya,

1.2, Halangan untuk mendalami.

Pada fasa ini biasanya runner dah makin laju sikit. Maksudnya, dari pace yang ntah apa-apa tadi, runner dah dapat menyesuaikan diri untuk masuk dalam pace sendiri seperti yang dirancang. Fasa ini biasanya macam baru dapat nafas sikit. Tadi crowded gila, sekarang dah macam tenang sikit. Biasa kiri kanan memang dah runner yang betul-betul runner lari sama, bukan yang main-main atau yang saja suka-suka masuk race. Halangan untuk mendalami disini adalah challenge untuk runner tu transit dari keadaan sukar dan sempit, kepada keadaan tenang dan luas. Biasa dalam KM 1.5 ke KM 2 atau jauh sikit KM3. So kat sini teknik breathing dah makin baik. Runner biasanya baru aware tentang pernafasan dia disini. Baru nak control breathing, baru nak masuk rentak. Kaki baru rasa sedap pijak. Tangan hayun baru betul. So bila semua dah menuju kepada perfection running tu, runner akan naik ke fasa seterusnya.

1.3, Halangan untuk mengekal.

Pada fasa ini, runner struggle untuk kekalkan rentak yang dia dah dapat tu. Kalau runner tu memang dah biasa lari dan biasa masuk race, so tak susah sangat nak maintain “dalam rentak” setiap masa. Tapi kalau runner ni baru, boleh jadi dia lupa. Tetiba dia breathing tak betul balik. Atau tiba-tiba instead of lari stride ini, dia terlari stride itu. Dualiti antara nak maintain dengan tak termaintain berlaku disini. Maksudnya, kalau kat sini runner lalai, pakat lalailah sampai akhir. So ini masanya nak maintain pace dan in moment. Atau in character. Ayat dia macam , “Aku lari dan aku sedar, aku sedang lari”. So bila runner dah berjaya maintain, jadi satu cycle yang repetitious, runner akan naik ke Level 2.

Level 2

Habis level 1 yang ada 3 fasa tadi, now naik level 2, juga ada 3 fasa. Halangan untuk mencapai “Larian Rasa”, naik ke next level. The game is on. Now are you ready?

Ok. LHKSNS memang perfect untuk describe semua yang berlaku untuk Level 2 ini. In fact, boleh saya katakan kalau saya tak pergi LHKSNS ini, mungkin teori “Larian Rasa” ini tak tertulis. Naib baik saya tak PERdaya diri saya. Kalau tidak sia-sia.

Level 2 ini adalah basically halangan yang nak menggagalkan runner dari naik ke level seterusnya dan level 2 ini adalah halangan persekitaran. Boleh jadi ikut sequence, atau tak ikut sequence, dan boleh jadi tak semua ada dalam setiap larian.

Maka dalam level 2 ini,

2.1, Halangan kiri kanan, tanpa contact

Perasan tak masa lari kiri kanan ada apa? Ada orang nyanyi karaoke. Ada orang nyanyi ghazal. Ada kumpulan makcik, main congkak. Ada persembahan silat. Ada yang main gasing. Ada yang rekod movie kita atau ada yang amik gambar kita. Macam-macam betul halangan kiri kanan ni so kalau runner ini terjerumus melayan, memang kantoi dia nak achieve “Larian Rasa”. Tapi dalam semua halangan ini, semuanya sipi-sipi. Maksudnya tak ada contact dengan runner sangat, melainkan runner yang sendiri gatal mengagalkan diri dengan berhenti selfie bagai atau turut sama beraktiviti dengan mereka. So kalau runner berjaya atasi halangan ini, runner akan naik kepada fasa kedua dalam level 2 ini iaitu,

2.2 Halangan kiri kanan, dengan contact

Tengah-tengah lari, tiba-tiba dari tepi, ada orang hulur karipap. Agak tak terkejut langsung. Kalau hulur je macam tadah ok lagi ni hulur betul-betul hulur ok. Kira cam kalau tak ambik memang tak polite-lah. Ada ke orang bagi karipap then kita lari. Ada logik ke? Lain la yang bagi karipap tu hantu. Tengah-tengah lari, amoi runner sebelah terslip jatuh tergolek depan kita. Nyaris nak terpijak tapi sempat elak. So basically, dalam fasa kedua level 2 ini adalah halangan yang datang dengan contact. Fizikal kena dengan fizikal. Body contact. Ini kira nasib-nasib berlaku sebab tak semua kena. So seperti biasa, kalau runner berjaya atasi halangan fizikal ini, seterusnya naik ke fasa ketiga dalam level 2 ini iaitu,

2.3 Halangan kiri kanan, inner contact

Yang ni ultimate dalam level 2. Dan mungkin sesetengah race tak ada tapi race LHKSNS ada. Tengah-tengah lari, masuk simpang tiba-tiba tu dia. Depan mata. Mak aiiii pemandangan. Macam painting. Sawah terbentang luas. Siap ada kabus bagai. Scenery gila babi punya peaceful. Tenang bak hang. Kat sini memang ramai kantoi. Siap berhenti amik gambar. Malah ada yang berhenti dan lompat masuk dalam sawah. Tapi tak kisah la tu hak masing-masing. Yang masuk race bukan semua nak rempit. Ada yang nak enjoy.

Route kali ni agak painting. Kombinasi kabus dan padi, lari dan pagi #lariansebuahkitab #lhksns2016

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

#sirijalanlurus #lariansebuahkitab #lhksns2016

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Tapi the point is, dalam satu larian yang panjang, ada ultimate halangan yang contact dengan dalaman kita direct. Mengingatkan kita kampung halaman misalnya atau mengingatkan kita nostalgia uda dan dara kita. Satu tempat, dimana dia punya surrounding gila un- resistible, sampai runner rasa memang nak berhenti dan menikmati halangan ini. Nampak baik, tapi awas…. makan time anda tu. Malah, sebenarnya, sedang bermain-main dengan spiritual anda. Elok-elok spiritual anda sedang mendaki untuk naik ke makam seterusnya tiba-tiba dibonzaikan atau dibantutkan dengan sesuatu yang indah lagi melekakan. Ingat cerita Life of Pi? Ada satu part dalam journey dia tu dia sampai ke pulau yang side elevation dia macam manusia tengah baring tu. Yang siang ok tapi bila malam jadi racun? Berbanding 2.2 dengan 2.1 tadi, yang ini paling ultimate bahaya. Sebab ada contact dengan dalaman kita. Ayat dia, “Kau mainkan perasan aku ya….”

Tapi kalau runner lepas fasa akhir dalam level 2 ni, so runner akan naik ke level 3.

Level 3

Now, are you really ready? Ada brani? FIGHT!!!!

So level 3 ni dah namanya level 3, mestilah dia punya halangan tu agak power berbanding Level 1 dan Level 2. Level 3 ni, instead of saya namakan halangan, dia sebenarnya dah sampai macam attack atau threat. Atau melayu kata ancaman la. Cina kata apa saya tak tau. India pun saya tak tau. Maaf.

Ok. Sama macam level 1, 2 di level 3 ni pun terbahagi kepada 3 fasa. Berbanding dengan level 1 dan level 2, level 3 ini adalah semua yang berkaitan dengan dalaman seorang runner.

3.1, Physical Attack – BODY

Ni biasa bila dah lebih 10K. Kalau tak cukup training, lagi awal. So Physical Attack ni bila mula kaki rasa nak cramp. Lutut tadi ok ni tetiba rasa sengal macam nak sakit. Pinggang rasa lenguh. Tangan rasa cam dah tak larat nak hayun. Peluh keluar sebaldi sampai masuk mata. Kira dalam fasa ni, semua serangan fizikal diri sendiri berlaku. Anggota badan mula nak mensabotaj diri sendiri daripada mencapai level “Larian Rasa”. Badan kita mula bertindak balas. Mekanisme penentangan anggota badan mula turn on masa ni. Sebelum lari ok je bila sampai level ni, semua mula nak berbunyi. Agaknya kalau kaki ada suara, dia dah jerit dah kat kita, WOOOIII BILA NAK BERENTI? Ha macam tulah.

Tapi kalau runner steady, semua ini adalah dugaan, penafian tinggi, so runner akan naik fasa lagi. Jangan cepat putus asa wok. Kerana bila putus asa, kita putus esa. Sakit hanyalah sementara. Malah sakit, hanyalah permainan jiwa.

3.2, Spiritual Attack – SOUL

OK. Ini adalah fasa penting. Kantoi kat sini, sangatlah rugi. Sebab, dah nak ujung dah ni. Kalau naik tangga, tinggal satu step je lagi nak buka pintu. Kira ni fasa akad nikah lah ni. Berapa jam lagi je nak tunggu bulan ganti matahari.

So dalam fasa ini, setelah fizikal atau zahir seorang runner itu diserang, kalau lepas, serangan berikutnya adalah serangan batin atau spiritual. Kalau tadi raga seorang runner diserang sekarang ni jiwa seorang runner itu pula digoncang. Ayat….

Masa ni mula la rasa penat. Rasa letih. Rasa nak berenti. Rasa nak fedup. Rasa menyesal apsal aku lari kalau aku duduk kat rumah kena belai kan bagus. Actually ini fasa dimana hati kita diuji. Dimana segala halangan halangan dan serangan tadi dah nak naik bertimbun nak kuntau kita sampai kita mengaku kalah. Kalau kita kalah fight dengan orang ok lagi. Ini kita kalah fight dengan diri sendiri. Malu aihhh.

So kat sini adalah titik dimana beza antara runner yang betul-betul runner, atau runner yang tiruan. Runner yang betul betul runner akan terus berlari manakala runner yang macam nak betul tapi tak berapa nak betul akan ambil keputusan untuk berhenti terus.

Serangan macam ni datang bertingkat. Sikit, sikit, sikit, lepas tu sekali henjut jackpot satu kali terus T.K.O. Saya ingat kita semua pernah rasa level ini. Cuma mungkin sebelum ini kita tak aware yang level ini kat mana. Macam mana nak overcome, itu masing-masing punya cara. Ada yang waktu ni mula main lagu semangat… cari specific lagu yang boleh naikkan balik mood. Ada yang masa ni mula baca mentera. Ada yang masa ni menangis. Saya pernah menangis. Masa kat Bali, saya tak tipu. Saya menangis teresak-esak nasib baik pakai spek yang bila panas dia tukar warna hitam. Cite dia panjang la sampai nangis tu nanti dalam novel esok saya explain. Bukan nangis sebab kememe. Tapi nangis sebab pilu dah hiba. Babi tul. Lari pun boleh buat seseorang menangis.

Ok. So kalau lepas level batin diserang ini, runner akan naik ke final stage sebelum mencapai makam “Larian Rasa”.

3.3, Potential Attack – Mind

Kalau baca quran, ayat yang pertama turun kat Nabi dulu adalah Iqra. Atau, Baca. Atau Read. So introduction quran kepada manusia, adalah aktiviti yang berkaitan dengan minda. Bukan jiwa OK. Minda membezakan manusia dengan haiwan. Jiwa, manusia dan haiwan ada. Kucing ada spiritual tak? Mestilah ada. Ada zahir, ada batin. Ada kulit, ada isi. Tapi minda, kucing ada la tapi mungkin berapa percent je.

Minda menjadikan seseorang itu raja. Minda juga menjadikan seseorang itu hamba.

So fasa terakhir adalah serangan minda. Dia ada berkait rapat dengan serangan batin tadi. Tapi yang batin tu lebih kepada apa yang hati bagitau minda. Maksudnya, hati is transmitter manakala minda adalah receiver. Jibrail cakap kat hati. Bukan cakap kat minda. Bahayanya serangan minda ini adalah ia akan menyebabkan runner tu terus give up. Bila mental lemah, tak kuat mana, hati akan memberitahu minda runner yang , oklah… sampai sini jelah ko lari. Tak yah usaha lebih. Lari biasa cukuplah. Ko lari ke jalan ko habis jugak. So minda akan proses dan decide. OK. Aku dengar cakap kau.

Basically, apa yang minda buat, adalah membatalkan potensi, atau bahasa jiwang melayu karat dia memusnahkan harapan. Elok-elok boleh PB…. harammmmmmmmmm. Elok-elok boleh improve rekod….  harammmmmmmmmmm.

Dan, sebenarnya, fasa ini sangat kritikal. Sebab, elok-elok boleh achieve “Larian Rasa” atau “The Zouq Running”, …… harammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Disebabkan minda kucing, so sepatutnya kita dapat apa yang kita patut dapat, kita tak dapat apa-apa pun. Sepatutnya kita sampai kepada level yang kita patut sampai, so last sekali kita tak sampai pun. Perlu diingatkan ya disini bukan semua orang level sama maksud saya untuk runner A sampai level ini tak semestinya catatan masa dia kena sama dengan catatan masa runner B. Ini subjektif. Potensi yang saya maksudkan adalah potensi specific untuk runner itu sendiri. Bukan potensi untuk dicompare dengan runner lain.

So, kalau runner ini tegar, mind control power. Tak makan jugak dan tetap terus sahaja berlari dan lari dan lari dan lari…. minda dia daripada aware hingga menjadi tidak aware….. dari sedar kepada tidak sedar….. dari conscious kepada subconscious, lalu dia akan bersatu dengan alam hingga hilang akan dirinya dan tenggelam dan terus tenggelam dan tenggelam….. hilang.

Tahniah.

Runner ini mencapai level Zouq. Ayat dia lebih kurang, “Apabila yang berlari itu bukan lagi Aku”.

Maksudnya, dah auto la. Dia tak sedar yang dia sedang berlari. Dia hanya menjalankan watak dan peranan yang telah tertulis bahawa dia kena lari.

So, inilah level yang saya namakan, “Larian Rasa”

“Rasa”, kerana aku telah binasa.
“Rasa”, kerana aku telah tiada.

***

Basically, rumusan dia,

Level 1 runner baru nak start panas dan masuk dalam awareness yang dia sedang berlari.
Level 2 persekitaran kacau runner dari terus berlari.
Level 3, runner tu sendiri yang akan menggagalkan runner itu untuk terus berlari

Kalau lepas semua ini, level “Larian Rasa” adalah dimana runner lari tanpa lari.

Ini masih lagi teori. Dan terbuka untuk sebarang perbincangan kedai kopi. Saya akan cuba refine teori ini dengan lebih dalam lagi dari masa ke semasa. Tapi untuk sekarang anda boleh eksperimen dulu dan boleh bagitau feedback dia. 😀

Kongsi di :

Comment 1

  1. remin November 21, 2016

    Level last tu dah macam sama dengan Mastery level pendekar/Samurai tersohor Miyamoto Musashi yg aku respek. Pasai apa dia, sebab bila anak murid dia tanya macam mana nak hebat lawan pedang stail dia, pesanan dia ” hang pegang dan pancung pedang tu macam hang xdak tangan!” Melopong anak murid dia nak praktik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *