Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 9 – Result, Aftermath

Result pun dah keluar. Hari tu memula keluar lepas tu server error ntah menda tak boleh tengok. Tapi sekarang dah ada. Boleh tengok sendiri di sini.

Berdasarkan kiraan tajul muluk saya sebelum ini, saya ramalkan yang catatan masa saya adalah  1:35:50 tapi bila result keluar, official time saya adalah 01:33:33. Beza antara dua ni adalah 2 minit 17 saat. Lari dalam 137 saat.

screen-shot-2016-11-21-at-1-32-22-am

 

Overall saya sangat happy. Pertama, sebab walaupun berenti training 31 hari, saya masih lagi boleh dapat catatan masa yang memuaskan untuk diri saya yang dah berumur 37 tahun ni. And then kedua, berbanding dengan result last year di event yang sama, last year saya dapat 1:44:50 dan beza dengan this year ada 11 minit 17 saat improvement. Seingat saya last year tu first 15K saya.

So kiraan tajul muluk saya lari 2 minit. Bila saya tengok-tengok balik saya ada perasan something tak betul. Saya ingat saya lupa nak masukkan variables bahawa ini event yang kali ke dua saya masuk. So kalau kita jadikan bilangan event sebagai salah satu variables,

Ini membawa kepada rumus tajul muluk (update version) adalah seperti berikut;

1. Timing terakhir lari – Timing PB = X
2. Cerakinkan tarikh event = Y
3. X-Y = Z
4. Z + event yang keberapa = K

So, Timing terakhir lari – K = Timing ramalan catatan race ini.

Surprisingly, saya ada silap kira sebenarnya sebelum ini (kiraan tajul muluk saya sebelum ini) sebab saya tak amik 17 saat. Saya cuma amik pangkal 15 minit dan abaikan 17 saat tu. Tak paham? Ok, ni saya kira balik.

1. Timing terakhir lari – Timing PB = 1:44:50 – 1:29:33 = 0:15:17 = X
2. Cerakinkan tarikh event = 13.11.2016 = 1+3+1+1+2+0+1+6 = 6 = Y
3. X-Y = 0:15:17 – 6 = 0:9:17 = Z
4. Z + event yang keberapa saya masuk = Z + 2 = 0:9:17 + 2 = 0:11:17 = K

So, Timing terakhir lari – K = Timing ramalan catatan race ini

= 1:44:50 – 0:11:17 = 1:33:33

Gila nujum pak belalang. SAMA!!!  Kebetulan? Suratan? Kenny Remy Martin Sesuatu yang tak disangka?

So next race nanti saya nak kira balik betul tak rumus tajul muluk ni kalau betul saya nak handover bisnes multimedia saya kepada orang lain sambung dan saya akan buka company baru namanya “Tajul Muluk Sdn. Bhd”, pakar dalam hal ehwal nombor dan ramalan catatan masa. 😀

BTW, ini gegambar team conquer hari tu. Ada lagi beberapa orang tapi tak masuk pulak.

Team kedah bakhang, wawasan jitra 2020 #lhksns2016 #lariansebuahkitab #conquerrunningteam

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Ini pula gambar En. Remin amik. Dash-yat dia punya depth of field. Rasa nak print buat potret kat rumah hari-hari suh EL sembah.

Ini gegambar team conquer yang lain, diambil dari IG conquerrunningteam.

Dan ini pula gambar EL posing dengan medal dekat homestay. Last year dia posing sambil baring. This year dah pandai pakai kasut dengan pandang tepi. Next year saya nak tengok macam mana pulak perangai dia.

Tapi ini adalah pemenang sebenar #tapaumedalfather #lariansebuahkitabkecil #lariansebuahkitab #lhksns2016

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *