Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 1

Saya terpaksa minta maaf kepada kamu semua sebab masih tak habiskan catatan Ranau lagi. Bukan apa, saya sebenarnya sejak akhir-akhir ini tak berapa sihat dan demam-demam ayam. Isteri saya check temperature kat telinga saya macam tak demam tapi badan macam rasa tak berapa nak sedap.

Ini mungkin sebab beberapa minggu lepas saya pergi buka gate rumah dalam waktu hujan tanpa payung. Ini mungkin juga sebab ekonomi syarikat saya semakin mencabar dan saya terpaksa meminta staff saya untuk resign secara sukarela. Ini mungkin juga sebab dah lama saya tak lari.

Macam-macam kemungkinan, tibalah saya ke hujung bulan yang menggeletar lagi demam sejuk (sebab nak bayar gaji budak).

Anyway, next week saya janji ditepati akan cuba habiskan catatan Ranau. Dan ini, adalah permulaan catatan Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. Buat yang termiss out bagaimana saya ter-register larian ini, boleh baca kisah suami isteri di sini.

Sebenarnya saya pernah bertekad di dalam hati suatu hari dahulu. Paling tidak, setiap tahun, saya akan lari sempena hari jadi saya. Pada tahun 2014, saya telah lari di sebuah galaksi di alam cyberjaya. Larian saya disitu sangat cemerlang. Saya dapat no 21. Semangat harijadi barangkali bergelora di dalam hati ditambah dengan lari tak cukup KM. Yang itu, boleh baca di sini. Ada banyak part tu so kena rajin sikit.

kl-art-10

So tahun ini, sempena hari keputeraan kami ( saya dan Sultan Nazrin), saya terpaksa terima jemputan dari Perak ini untuk sama-sama menjayakan larian birthday kami. πŸ˜› Asalnya macam tanak pergi. Demamlah katanya. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau masuk ni dah 3 race cancel (2 sebab haze hari tu). So pantang cucu mat kilau tarik diri dari responsibiliti.

Lalu, saya bertanya dalam hati. Macam mana aku nak sihat dan kebah demam on the spot?

Sambil baring-baring pagi tadi, sambil selimut membaluti kaki, isteri saya berkata begini.

“Why not anda cuba mandi garam. Mana tau boleh hilang demam………………….”

Ketika itu jam pukul 9 pagi lebih. Sekarang sudah 12 tengahari. Sedikit masa lagi, kami akan bertolak ke Kuala Kangsar. Ternyata, ilham mandi garam isteri saya memang bagai jawapan dari langit.Β Siapa lagi yang paling faham hati seorang raja, selain dari seorang permaisuri?


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 1
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 2
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 3
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 4
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 5
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 6
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 7
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 8

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comments 2

Comments are closed.