Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 4

Kami sampai Kuala Kangsar petang. Saya bawa kereta tak laju macam dulu dah. Al maklumlah baby on board. Rupanya bila ada anak ni, hampir seluruh gaya hidup kita telah bertukar. Kita bukan lagi centre of the world tapi anak kita itu dah menjadi “sharing” centre of the world (dengan bini kita le).

Sebelum gerak ke KL saya singgah Menara Olimpik kat KL tu Remin mintak tolong amikkan racekit Alliance Pacer dia. So saya dah siap amik semua baru gerak ke Kuala Kangsar.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Sambil drive tu saya terfikir. Hari tu saya pergi KK (Kota Kinabalu) race Ranau. Kali ni saya pergi KK (Kuala Kangsar) race Sultan. Ini macam satu sequence tersambungan. 2 kali KK, dan kebetulan race ini jatuh pada hari jadi saya, so dalam hati saya berdoa, “Tuhan, sempena harijadi ni, bagila hadiah bermakna sikit…. jauh ni pergi Kuala Kangsar.. kali la up sikit”

Bila dah exit dari highway tu perut pun macam dah lapar, so saya cari tempat makan yang best-best. Melalui google, saya dapat tahu yang Kuala Kangsar ni terkenal dengan laksa. So search punya search jumpalah Laksa Pak Ngah. Tanpa baca review, apa lagi, saya terus drive kesana.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Nak sampai ke kedai Pak Ngah since 1955 ni agak berbelit sikit. 2 – 3 kali salah masuk simpang walaupun pakai Waze. Rupanya kedai ni tersembunyi sikit kat belakang. Kena masuk jalan kecik dalam sikit macam masuk kampung baru sampai.

Dah parking semua, isteri saya pun dah tukar pampers anak saya, so kami pun masuk kedai dan terus order. Agak ramai juga orang dalam kedai tu. Dan saya dapati memang agak lama sikit nak tunggu laksa sampai. Mungkin laksa sampai dari tahun 1955, so it’s ok.

Namun  yang tak OKnya adalah anak saya mula menangis (kerang) bila masuk dalam kedai. Mulanya saya ingat sebab panas. Tapi bila duduk depan kipas pun lagi kuat menangisnya. Bila saya bawa dia keluar dari kedai baru dia diam. Bila saya masuk balik dalam kedai menangis balik. Saya bawak keluar diam. Masuk balik menangis.

Akhirnya saya terpaksa bergilir dengan isteri saya untuk jaga anak saya. Untuk pengetahuan, anak saya ni baru 4 bulan. So sambil saya makan, isteri saya bobok dia kat luar. Bila saya dah siap, saya pulak bobok dia kat luar dan isteri saya makan.

Dah settle semua tu cepat-cepat kami blah sebab Remin dah call tunggu kat dewan jubli untuk collect race kit.

Anway, satu hal saya notice yang kedai ni memang gelap gila. Mungkin anak saya EL takut duduk dalam gelap agaknya. Dan, laksa Pak Ngah tak berapa nak kena dengan selera saya dan sorry saya terpaksa kata ini, laksa putih (mee putih tu) rasa macam plastik pelik sikit. Mungkin tekak saya berbeza.

Tak berapa lama kemudian saya sampai di Dewan Jublee tu. Lepas parking, saya masuk dalam collect racekit. Remin waktu tu tengah semayang kat masjid. Saya tengok orang tak ramai sangat tapi Dewan Jublee memang besar la. Kalau jerit boleh bergema.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Lepas settle race kita, jumpa Remin, kami kemudian bergerak ke satu lagi kedai makan ntah kat mana. Macam nak cari laksa juga tapi kat situ takde la pulak. Makan sampai malam, kemudian kami bergerak ke Taman Chandan Puteri.

Homestay ni Remin ngan kawan baru En. Mann dan isteri model yang aturkan. Rupanya baru saya tahu. Kalau nak masuk race Birthday Sultan Perak ni memang kena booking awal-awal homestay ke hotel ke sebab tak cukup nak tampung semua runners. Patut la saya cari kat agoda bagai tak da yang kosong. Nasib baik Remin ada so saya menyelinap masuk tumpang sekaki.

Homestay ni kira ok la. Sehari RM150, so ada 3 runner, bahagi 3 seorang RM50. Lokasi pun tak jauh sangat dari Starting Line. Agak dalam 10 minit ada rasanya. Malam tu kami lepak-lepak kejap then Remin, En. Mann dan isteri model keluar pergi makan.

Rupanya En. Man ni dah lama berlari. En. Man siap dah pergi lari Bali dan beberapa race oversea.  Pengalaman race dia agak meriah jugak. Macam-macam dia cerita malam tu.

Satu hal baru yang saya belajar adalah tentang “drama”. Biasanya “drama” akan berlaku pada runners esp. pagi nak pergi race. Misalnya, terbangun lambatlah… dah pakai baju rasa nak berak lah… dan “drama” lagi tense bila melibatkan ramai runners. Misalnya menurut En.Man, masa depa kat Bali tu, pagi nak pergi race tu memang epik “drama” sebab tempat depa stay dengan tempat lari agak jauh. Bali pulak jalan kecik. So depa sewa motor. Masalahnya ada yang masuk half marathon ada pula yang full marathon. So time mula tak sama, tapi semua orang kena ada kat sana serentak sebab sapa pulak yang nak bawak motor pergi ulang alik. Antara “drama” yang mencuit hati menurut En.Man adalah bila bini member dia naik motor dengan orang lain dan husband dia naik motor pulak dengan awek lain otw nak ke tempat race. Ini semua sebab dah kalut pagi-pagi tu.

Dekat nak pukul 12 tu saya kemudian siap2 apa yang patut, harap esok bangun on time dan mula race dengan hati yang senang. Harap juga takda “drama” berlaku 😀


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 1
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 2
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 3
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 4
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 5
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 6
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 7
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 8

Kongsi di :