Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 5

Subuh tu Remin ketuk pintu bilik. Nampaknya Remin bangun dulu. Sebagai orang bujang, Remin boleh bangun awal. Ini memang saya respek. Tak ramai orang bujang yang saya kenal boleh bangun awal.

Saya cepat-cepat bersiap dan standby di luar. Tak mahu drama. Walaupun perut rasa macam nak berak, tapi cubaan nak berak tu macam tak berjaya sangat. Mungkin saya kena cari tips nak berak sebelum lari lepas ni.

Saya tengok Remin siap buat air dan minum madu. Beberapa ketika kemudian Remin sudah bersiap untuk keluar. Mann isteri model juga ntah macam mana pun dah siap. Nasib baik saya dah siap dan kami pun bertolak ke tempat race. Mulanya macam nak naik kereta saya tapi Mann isteri model ajak naik kereta dia. Saya OK saja.

12345971_199763403695093_1860919882_n

Perjalanan cuma mengambil beberapa minit. Kami tiba di Dewan Jubilee itu agak awal. Mann isteri model cari parking bahagian dalam. Masa keluar dari kereta azan subuh berkumandang. Mann isteri model pergi masjid untuk menunaikan solat subuh.

Saya tanya Remin, hang nak pi solat ka? Remin kata dia pakai seluaq pendek. Saya terpaksa teman Remin kalau gitu. Kalau jadi apa-apa dengan Remin susah. Sebab Remin masih bujang. Mann isteri model takpe sebab isteri dia model.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Remin mungkin sedang memandang masa depan larian yang semakin cemerlang

Saya dan Remin langsung ke Starting Line. Orang baru nak ramai. Kami masing-masing buat hal sendiri. Saya mula buat senaman ringan. Lari sana lari sini. Agak dah macam penat, saya mula pakai Tape pada kaki.

Kali ini saya macam sengal nak pakai Strap Lutut tu. So saya cuba Tape jenama Acti-Tape. Saya rasa saya tak pernah beli tape ni. Tapi mungkin dapat free dalam race kit ntah mana, so saya cuba pakai di kaki agar dari jauh nampak macam berbelang.

Processed with VSCOcam with f2 preset

DJ hari tu sangat hebat. Bukan setakat bahasa inggeris dan melayu, malah fasih pula berbahasa cina dan india. Saya teka DJ ini mesti cina. Sebab 3 bahasa dia dah power cuma tambah satu lagi bahasa. Runners sudah mula masuk ke Starting Line bila DJ buat pengumuman race nak mula. Sepatutnya mula awal tapi sebab tunggu Baginda Sultan, race mula lambat sikit hari tu. Tapi tak lambat mana pun. Acceptable.

12339048_997745003618657_1844084384_n

Sultan Nazrin kemudian sampai dan rakyat a.k.a runners mula bersorak. Seketika countdown bermula dan larian dimulakan. Yang lari 15K mula dulu kemudian baru diikuti dengan kategori lain. Awal larian itu disebelah kanan ada sekumpulan anak muda cina main gendang Gong Xi Fa Cai. Dentuman demi dentuman bagai memberi semangat pada runners untuk keep-it-up.

Suasana cuaca pagi tu cantik sekali. Larian bermula dengan tenang. Semua orang saya kira happy dalam larian ini. Saya hanya lari santai dan cuba maintain pada pace biasa. Larian Kuala Kangsar ini bak kata kawan sekolah saya, adalah larian yang scenerynya cantik. Saya harap Kuala Kangsar tidak mengecewakan.

Oh, lupa nak bagitau. Ada seorang kawan sekolah saya turut serta dalam larian ini. Nama dia Lina Jaini. Kami panggil Lina Jai. Mungkin dia lari dengan suami dia hari ini. Saya fikir nanti lepas larian baru nak WhatsApp dia. Mungkin boleh jumpa kejap berbual mesra lama tak jumpa.

Oleh kerana larian ini pagi buta, ada satu waktu tu kami lalu depan kuil. Bunyi loceng panggil sembahyang kuat kedengaran. Saya tidak tahu mengapa tetapi waktu lalu tepi kuil ini rasanya sangat tenang sekali.

Di hadapan sikit lepas itu saya lihat ada keretapi lalu. Dan keretapi ini membunyikan hon dari jauh. Runners ramai yang bersorak melambai-lambai kepada keretapi walaupun saya rasa keretapi tu driver dia tak nampak sangat semua yang lari sebab tengah laju.

Kami kemudian masuk ke simpang dalam kampung lepas dari jalan besar bandar. Tak silap saya ada water station pertama disitu. Saya sebab bawak botol air sendiri maka saya tak ambil air dari water station. Jalan sekarang sudah masuk jalan kampung. Pemandangan yang luas, menjadi sempit dan redup dibayangi pokok-pokok.

Sepanjang larian ini saya lihat ramai orang kampung duduk tepi jalan melihat kami lari. Mungkin dalam fikiran mereka, mereka juga mahu turut serta satu hari nanti. Mungkin juga ada yang fikir kenapa semua orang lari sedangkan ada baiknya duduk dirumah tengok tv.

Ada orang kampung yang memberikan sorakan. Ada yang bertepuk tangan. Ada yang diam memerhati. Tapi yang paling epik, ada yang menghidangkan kuih untuk runners makan. Saya tak pasti ini kena beli atau bagi free. Tapi saya rasa bagi free sebab muka macam ikhlas. Kalau jual, mesti tunggu di pondok.

12277492_1651717725103743_180804930_n

Seketika kemudian saya lihat jalan terpecah dua. Bahagian 15 K terus dan bahagian 10 K masuk kanan. Di titik perpisahan ini saya terfikir, ada orang memilih jalan jauh dalam hidupnya. Ada orang memilih jalan yang dekat. Ada orang, memilih tetapi tidak tahu jalannya jauh atau dekat.

Saya meneruskan jalan yang jauh bukan sebab saya mahu lari jauh, tetapi sebab saya dah sign up 15K. Larian diteruskan. Akhirnya saya nampak runners sudah ada yang patah balik. Maka tahulah saya bahawa didepan nanti ada pusingan u-turn.

Saya meneruskan larian hingga masuk ke simpang kecil tempat runners masuk dan keluar. Di hujung simpang itu ada checkpoint dan waterstation. Runners mula patah balik disini. Saya teruskan larian seperti biasa dan sekarang saya pula menikmati pemandangan runners yang semakin ramai bertentang arus dengan saya.

12301355_1674527862761748_503836191_n

Akhirnya saya sampai semula ke simpang pemisah 15K dan 10K tadi. Ketika ini suasana menjadi sedikit sesak apabila runner 15K dan 10K menggunakan jalan yang sama. Saya OK saja sebab masa ini saya boleh enjoy pemandangan melihat runners yang mungkin terpaksa lari dalam hidupnya. Ada juga runners yang berjalan mungkin sudah letih. Ada juga yang semakin laju mungkin ingat larian dah nak habis.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Saya kemudian sampai di jalan di tepi sungai. Ada keluarga berehat di situ. Ada keluarga yang main roller blade. Ramai juga ahli keluarga mereka ini siap selfie bagai. Ada yang saya tengok main gasing. Ada yang saya tengok main kulit kelapa. Yang ini saya tak tahu main apa.

Tiba-tiba saya sampai di water station yang saya ingat memang epik. Tak pernah saya tengok water station sediakan air kelapa yang dihidangkan dalam buah kelapa. Ini memang terbaik. Tapi sebab saya lari mengejar masa, saya tak berhenti pun untuk minum. Saya lihat ramai runners tengah lepak minum. Tapi tak nampak pulak runners yang minum sambil pegang buah kelapa dan masih meneruskan larian. Saya teruskan larian lagi.

Kemudian dari jauh saya nampak jambatan. Saya kira route dah tak berapa lama sebab signboard di tepi tunjuk sudah 12 KM. Kemudian saya buat pusingan untuk naik ke jalan besar dan terus ke atas jambatan. Ketika ini tiba-tiba saya rasa kaki saya sakit. Tapak kaki kanan saya macam nak cramp tapi tak cramp tapi memang sakit gila. Saya terpaksa berhenti dua tiga kali dan menghentak-hentak kaki untuk menghilangkan kesakitan.

Ini mungkin kesakitan punca sebab saya tak training langsung untuk larian ini. Yelah lari 15K one shot kalau tak training memang mengundang padah. Nasib baik lutut saya tak sakit tapi saya tengok Tape yang balut kaki saya tu dah barai gila. Mungkin kualiti tape ini tak bagus sangat dan bila kaki berpeluh, ia tanggal. Saya kemudian rentap tape ini dan tanggalkan semua yang belah kaki kanan. Saya gumpal dan masukkan dalam poket seluar.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Di atas jambatan Sultan Nazrin ini saya merasakan kesakitan kaki yang amat sangat. Namun saya tetap degil dan teruskan juga berlari. Saya tengok runkeeper saya dah tak jauh mana. Saya teruskan juga berlari dalam keadaan kaki yang sakit.

12276817_1496118137356305_1770825785_n

Sedar-sedar cuma tinggal beberapa meter sahaja lagi selepas masuk simpang dan dari jauh saya sudah nampak finishing line. Saya terperasan yang ada dua cermin bingkai hitam dan putih diletakkan disebelah jalan. Saya terfikir, eh, siapa pula yang letak cermin ni dan macam ada orang yang cuba bergurau halus dengan runners. Yelah, letak cermin dekat-dekat nak finishing line… mesej dia macam sebelum mati tu bawak-bawaklah kenal diri. 😛

Anyway, nampaknya dalam beberapa meter lagi nak habis. Ketika ini saya cepat-cepat tukar lagu dalam iPod dan cari lagu finishing saya. Kali ini, Rocky datang memberi semangat.

12248233_215460925451614_3980500307016965081_o
Gambar dari abam Deo

12310013_215461428784897_8712585299504495090_o
Gambar Remin macam kacak sikit. Mungkin sebab orang bujang… Gambar dari abam Deo

Tidak semena-mena saya mula memecut. Semangat Rocky Balboa muncul dalam diri. Dari jauh saya nampak Abam Deorunner mengambil gambar runners yang lalu depan dia. Hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi dan saya meneruskan perjuangan sisa-sisa akhir. Sedar tak sedar penderitaan kaki saya tamat dengan catatan masa tidak rasmi 01:44:57.

12353847_924775327575988_48115452_n
First time dapat medal tulis jawi, ini memang hadiah birthday terbaik tahun ini

Processed with VSCOcam with f2 preset

Bila sampai tu ada crew bagi aiskrim. Kemudian bagi satu bag. Saya fikir gila mewah larian ini. Beg biru itu saya jinjing dan buka dan lihat didalamnya ada t-shirt kuning dan medal. Saya terus kedepan dan orang tak ramai sangat lagi.

FullSizeRender 2

Lalu, saya terus sahaja ke podium larian yang berlatarbelakangkan banner race untuk tangkap gambar. Orang tak ramai lagi so kenalah ambil peluang cepat-cepat.

Anyway, ada macam-macam makanan dihidangkan rupanya. Ada mee. Ada nasi. Ada Taco. Saya sebaliknya duduk mengambil nafas dan seketika kemudian Remin pun sampai.

FullSizeRender
Tape jenis ni memang barai…

Kami lepak kejap ambil nafas sambil usha runner2 awek (ops) yang lalu lalang. Sebenarnya saya tak letih sangat tapi kaki saya sangat sakit. Kami duduk bermuzakarah tentang race yang baru sudah.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Cubaan untuk wish birthday pada Sultan tapi nyata gagal sebab ramai sangat orang

12321299_564479867039868_7840415638006447503_n
Gambar Sultan & Anak ambil dari Facebook LHKSNS

12316665_564356667052188_1254312688455271630_n
Gambar Permaisuri & Anak ambil dari Facebook LHKSNS

Kami kemudiannya balik ke kereta untuk tukar baju. Remin dan Mann isteri model nak pergi tangkap gambar kenang-kenangan. Saya bagitau Remin tak mengapalah saya tunggu di tempat Milo nak jumpa kawan. Lagipun kaki saya sakit dan saya jalan terdengkut-dengkut.

Saya WhatsApp Lina Jai dan rupanya Lina baru sampai. Kami kemudiannya berjumpa di lori Milo. Lina datang dengan husband dia dan kami berbual pendek. Lina bagitau saya yang dia tak kira sebelum umur 40 tahun, dia akan masuk marathon. Saya kagum dengan semangat juang dia dan berdoa agar impiannya makbul.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Lina Jai dan Suami

Kami dulu sebenarnya satu sekolah di Pekan. Seingat saya Lina memang long distance runner pun. Cuma saya tak ingat Lina ni main sukan apa dulu. Yelah, saya bukan kaki sukan pun macamlah saya tahu sangat.

Remin kemudian call ajak balik, dan saya terdengkut-dengkut balik ke kereta. Kami kemudian bertolak balik ke homestay dan sesampainya di rumah, saya terus cari Gel Amani dan lumur pada tapak kaki.

Processed with VSCOcam with f2 preset

EL dan isteri saya dah pun bangun dan mereka gembira menyambut kepulangan saya. Saya kalungkan medal ini pada EL sebagai hadiah harijadi saya untuk EL. EL dengan muka toya slenga dia cuma menandang gelagat bapaknya dan kami senyum tertawa. Tapi EL bagi hadiah kat saya hari ni. El dah berjaya meniarap. Akhirnya…..

Processed with VSCOcam with f2 preset
Meniarap dah ok. Tangan tu…

Larian Kuala Kangsar nyata sangat meriah sekali. Sempena dengan harijadi Sultan dan saya, memang larian ini dikategorikan larian parti harijadi. Makanannya banyak, hadiah kepada runners pun mewah, pemandangannya santai dan tenang, saya doakan agar Sultan Nazri dan permaisuri dan anak dan semua rakyat perak dan runners yang hadir hari itu dilimpahi rahmat dan happiness selalu. Insya – Allah, tahun depan saya akan kembali lagi dan Kuala Kangsar akan menjadi lokasi wajib larian saya setiap tahun selepas ini. Tahun depan kalau kami duduk homestay yang sama dengan Remin dan Mann isteri model, EL akan ada kawan baru, insya Allah… welcome to the world : Mann isteri model Jr.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 1
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 2
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 3
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 4
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 5
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 6
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 7
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 8

Kongsi di :