Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 6

Tengah hari itu kami bersurai dan meninggalkan Kuala Kangsar. Lepas makan laksa tepi sungai dengan Remin, saya menuju ke iPoh sementara Remin balik Sungai Petani. Mann isteri model dengar cerita pergi iPoh juga makan nasi ganja.

Sebelum bertolak ke iPoh, saya bawa EL dan isteri saya ronda-ronda Kuala Kangsar dulu. So dibawah ini adalah tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar. Mula-mula bawak EL pergi tengok pokok getah pertama di Malaysia.

IMG_3431
EL kau jangan ingat bapak bawak tengok pokok ni sebab bapak agama animisme pulak. Bapak bawak sebab nak ingatkan kau, kalau takde getah, nanti kita lari kaki ayam tau tak.

12346099_1490713101238336_1713208353_n
Istana Kenangan, istana lama yang dibina tanpa paku

12331907_912504858785033_1953903499_n
Dari pandangan atas, istana ini macam pedang. Hulu bulat tu tempat tidur Sultan

12301255_920690361319871_164687996_n
Masjid Obadiah. Bukan kawan Tony Stark yang buat ok tapi tak silap saya architect yang buat ni sama dengan architect yang buat Stesen Keretapi Abdul Samad

Lepas pusing-pusing Kuala Kangsar, saya pun mula masuk highway. Asalnya saya nak balik terus tapi sebab kaki saya sakit dan bila saya check dekat Waze jalan jem gila, so saya decide untuk tidur di iPoh malam itu.

Misi kami anak beranak hari petang itu adalah mencari Mee Rebus Ramli.

IMG_2673

Partner meniaga saya John Zulazri kahwin dengan amoi dari iPoh. Bila dia balik kampung iPoh, dia akan pergi makan Mee Rebus Ramli. Dan bila dia disana, dia akan screenshotkan map Mee Rebus Ramli dan send pada group WhatsApp kami dengan ucapan, “Ramli kirim salam”.

Hampir setiap kali dia balik kampung dia akan buat benda yang sama. Dan, benda yang sama ini turut dibuat oleh En. Hassan, juga rakan niaga saya yang kebetulan kampung mertua dia juga di iPoh. So boleh bayangkan kalau cuti raya panjang bila dua orang rakan niaga ni balik iPoh, saya kena jawab salam 2 kali dan kadang-kadang tu sampai 2 hari jawab salam 2 kali.

Saya kira Mee Rebus Ramli ini sangat epik di iPoh. Maka petang itu kami mencari Mee Rebus Ramli.

Melalui Waze, saya menemui Ramli di Bercham. Saya order 2 mangkuk untuk saya dan isteri. EL kecik lagi so tak boleh makan mee rebus. Gigi pun takde so jangan banyak songeh.

Mungkin saya tak berapa “in” dengan Mee Rebus so saya rasa oklah. Boleh layan. Bila saya tanya isteri saya, sedap tak mee rebus ini? Bini saya kata, sedap gila.

Saya lantas buat screenshot lokasi kami dan hantar pada group WhatsApp khas untuk John Zulazri dan En. Hassan dengan ucapan, “Ramli tanya, korang kat mana?”

FullSizeRender 3

Bila perut dah kenyang, mata mula nak pejam. Oleh kerana minggu ini harijadi saya, maka saya decide nak belanja isteri saya resort yang best-best sikit. Sekali sekala apa salahnya. Tanpa buat booking, kami terus ke The Banjaran Tambun. Dengar cerita resort ni macam best gila sebab dalam bilik ada swimming pool.

Mulanya sampai kat Jaga tu dia tak bagi masuk sebab dia kata hanya yang buat reservation je boleh masuk. Saya cakap kat dia yang saya dah tengok kat Agoda masih ada bilik lagi so instead of booking baik saya walk in terus. Jaga tu macam serba salah, lalu saya kata pada dia, why dont u call ur management and tell them one customer is already waiting to check in kat depan ni. Jaga tu terus call dan seketika kemudian kami dibenarkan masuk.

Bila sampai dalam saya dapat rasakan yang suasana mesti sunyi dan syurga sekali. Ditambah resort ni tepi banjaran bukit, malam mesti sejuk.

Saya parking kereta di tepi dan keluar untuk buat reservation di kaunter. Seorang pekerja hotel Filifino datang menyambut dengan muka mesra. Sementara itu, isteri saya dan EL tunggu dalam kereta sebab EL tengah menyusu.

spa
Gambar dari blog orang

Di kaunter saya diberi pilihan sama ada nak bilik Water Villa atau Garden Villa. Lepas tengok saya pilih Water Villa. Saya kemudian bagi debit card dan IC saya kepada awek kaunter.

Mat Filifino tadi kemudiannya mengajak saya ke kereta untuk angkut beg sementara kaunter proceed dengan reservation. Lalu terjadilah perbualan berikut,

“Where are you from sir?”
“I’m from KL but yesterday I run marathon in Kuala Kangsar”
“Ohhh that’s explain why your leg is hurt. Are you OK sir?”
“Ya feel so pain but it’s OK, still can walk” sambil jalan terdengkut-dengkut.
“So your partner did she run too?”
“Ohh no, my wife take care our baby so cannot run…”
“BABY??????”

Sepantas kilat Mat Filifino ini lari balik ke kaunter meninggalkan saya. Dalam keadaan cemas itu saya terpinga-pinga dan cuba memahami apa yang sedang berlaku. Adakah Mat Filifino ini cuba buktikan yang warga filifino juga boleh menyertai larian marathon? Adakah Mat Filifino ini nak tunjukkan yang kaki dia lagi kuat dari kaki saya?

Saya terus sahaja ke kereta untuk bawa keluar beg dan bagai. Tapi sebabkan terdengkut-dengkut, Mat Filifino yang lari ke kaunter tadi dah lari balik ke kereta dan sampai lalu menyapa saya dan memulangkan semula IC dan debit card saya.

“I’m sorry Sir but our resort is no-baby-policy”
“No what?”
“No Baby Policy, means no baby is allowed here”
“No baby allowed? So you mean I cannot stay here lah?”
“I’m so sorry Sir”
“Why is your resort no baby policy?”
“Oh it’s for the safety Sir. For the baby safety because we goot pool inside the room.”

Saya macam nak marah pun ada rasa macam nak cucuk mata Mat Filifino tu pun ada. Tapi kalau saya cucuk mata dia dan cuba lari dalam keadaan terdengkut-dengkut, mungkin saya akan ditangkap dan dipenjarakan di banjaran. Macam mana dengan EL dan isteri saya?

“Oklah… it’s ok. I find another place (nada macam merajuk)”
“I’m so sorry Sir but we can find you another place to stay if you want”
“It’s OK It’s OK. I got friend here Ramli his name. I’ll stay at his house tonite”
“Thank you Sir. Safe journey Sir”
“Ya ya.. you welcome”

Saya masuk kereta dan terus drive keluar resort dengan keadaan yang hampa. Isteri saya terpinga-pinga dan bertanya apa dah jadi. Saya cakap resort ni tak baby friendly. Mungkin ada hantu yang suka kacau baby so baby is not allowed.

Kami kemudian menuju ke bandar iPoh dan decide untuk tidur di Sekeping. Sementara sampai tu saya suruh isteri saya call dan tanya serta confirmkan siap-siap, boleh bawak baby ke tidak. Nasib baik ada bilik kosong dan baby dibenarkan masuk.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 1
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 2
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 3
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 4
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 5
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 6
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 7
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 8

Kongsi di :