Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 7

OK. So ini adalah posting terakhir untuk race ini. Saya fikir kalau tulis pasal race je cam boring gak. So, mulai hari ini, saya akan tulis juga tempat-tempat yang saya stay sempena race. Juga tempat-tempat lawatan saya sempena race.

Pagi tu saya bangun pun lewat. Tapi suasana apartment Sekeping yang baru ni sangat casual dan santai. Saya suka betul effect raw material ni kalau boleh satu hari nanti saya nak transform rumah saya jadi macam ni. Tak pun cari tanah kat kampung dan mula buat rumah sendiri pakai material yang sama. Murah sikit. Mesti jimat.

Ini sebahagian gambar-gambar dalam apartment. Apartment ni nombor 5 tak silap saya. Tingkat 4. Nak naik ada lif. Cuma kereta parking jauh sikit. Saya suka kat Sekeping ni selain dari bilik dia raw, kedai makan dekat. Kat bawah tu ada Plan B. Bilik pun air cond. Petang-petang boleh dengar bunyi jam ting tong dari dekat menara jam tengah bandar tu.

12356546_192504341093763_315537126_n
Ruang tamu dia. Kerusi dia retro.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Dapur dia. Pinggan mangkuk semua ada. Cerek pun ada. Peti ais ada. Sudu ada. Kerusi ada. OK takyah keluar boleh masak Nasi Beriani kat sini.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Dari atas katil boleh tengok TV kalau dah menyampah tengok muka sendiri

Processed with VSCOcam with f2 preset
Kalau tanak tengok TV boleh tengok kipas.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Katil dia. Tilam dia empuk. Bantal pun lembut

Processed with VSCOcam with f2 preset
Sebelah katil ada meja solek. Boleh solek muka kalau nak gi majlis kawin

Processed with VSCOcam with f2 preset
Sebelah katil ada tempat sangkut baju. Belakang langsir putih tu bilik air

Processed with VSCOcam with f2 preset
Dari dalam bilik air. Sambil berak boleh tengok pemandangan iPoh

Processed with VSCOcam with f2 preset
Zoom sikit. Ha ni dia pemandangan dia. Masa mandi bogel tu terfikir ni orang kat bawah boleh nampak tak? Emmm… it’s Ok.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Details dia agak tinggi apartment ni. Tengok dia gantung cermin tu camna. BTW abaikan makhluk dalam cermin tu.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Sinki dia. 

Sekeping Kong Heng ni tengah-tengah bandar iPoh. Dulu seingat saya masa first time kitorang datang, kitorang pusing Heritage Trail iPoh ni jalan kaki je dari Sekeping Kong Heng ni. Masa saya datang tu saya terus call je dan tak buat booking tru agoda pun. So far senang deal dengan owner dia. Tak banyak songeh. Housekeeper dia nama Sunny sangat helpful. Masa saya datang tu patutnya kena bayar deposit tapi sebab dah lewat petang, tak amik pun deposit terus masuk bilik. Masa checkout baru bayar full amount RM320.

Kat bawah tu boleh pergi Muzium Yasmin. Boleh makan ais kepal. Boleh juga beli cenderamata dan lain-lain untuk bawak balik buat semak ke KL.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Kami checkout lambat pukul 2 baru keluar patutnya pukul 12, tapi biasalah… ini semua salah EL. Saya kemudiannya proceed lunch ke Nasi Ganja atau Nasi Vanggey. Dikatakan nasi ganja ni paling hebat di iPoh so kena try sebelum balik KL.

Bila sampai tu dah pukul 3 orang masih ramai. Amik nasi dan boleh duduk kat mana je yang kosong. Air beli dengan tokei cina. Nasi dengan india. Sangat 1 Malaysia. Nasi dia nasi kosong je tapi dengan ayam masak something merah tak merah. Patut ada sambal kelapa parut tapi sebab dah sampai lewat tinggal pinggan sambal je.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Jangan ter-per dengan sign board. Ini bukan sekadar kedai kopi

Processed with VSCOcam with f2 preset
Dah pukul 3 pun orang ramai gila

Processed with VSCOcam with f2 preset
Processed with VSCOcam with f2 preset
Sebabkan penuh kat dalam duduk kat luar jelah

Processed with VSCOcam with f2 preset
Dah nak habis baru teringat nak Food Porn

Processed with VSCOcam with f2 preset
Cubaan nak suap ayam kat EL tapi EL buat tak reti. Mungkin EL lebih sukakan Milkshake

So verdict, tengah lapar mungkin memang sedap. Berbaloi untuk test cuma dinasihatkan (orang yang makan semeja tu bagitau) kalau nak datang lenkali datang awal. Pukul 10 pagi dah buka. Kalau nak take away pun boleh tapi kena beratur.

Petang tu setelah kenyang saya pun bertolak balik ke KL. Kereta macam tak banyak sangat tapi malam pukul 7 lebih baru sampai rumah. Alhamdulillah semua selamat. Finally… home sweet home. Esok saya malas nak masuk ofis sebab nak bagi alasan kaki sakit.


Lagi tentang racepisod ini :

Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 1
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 2
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 3
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 4
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 5
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 6
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 7
Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah Pt 8

Kongsi di :