Race : Hello Kitty Run – Race Kit Collection

Race ini isteri saya yang masuk. Bukan saya ok. Bukan saya tak suka benda yang comel. Saya suka. Tapi ada sebab musabab keturunan yang saya tak boleh ceritakan pasai apa saya tak masuk race macam gini.

Anyway, since isteri saya masuk, so saya mesti kena mau support. Kalau isteri kita selalu support kita, kenapa kita tak boleh support dia?

Ok.

Race ini tiket dia agak mahal sikit. RM150 tu. Berbanding dengan race-race lain, saya rasa ini dalam sejarah yang tiket dia up sampai RM150. Makanya melalui penceritaan isteri saya, ramai yang kat FB complaint pasai apa race ini mahal sangat. Means, ramai yang nak masuk tapi tak sanggup bayar RM150. Even, ada kat IG siap orang buat poster suh pikiaq wisely sama ada nak choose rase ini atau choose race yang lain.

Hmmm… saya ada sedikit nak beri pendapat disini. Pertamanya, kita kena faham yang kat Malaysia ni scene larian dia semakin lama semakin banyak permintaan. Maksudnya semakin ramai yang suka benau nak berlari. So bila makin lama makin banyak demand, ada race-race dah mula naik level dari biasa kepada premium.

Dia macam kereta jugalah. Mula-mula Henry Ford buat kereta satu je. Warna pun satu. Hitam. Dan harga kereta ni sangat affordable untuk semua orang. Tapi bila zaman dah berubah, hari ni kita tengok ada kereta yang harga dia sampai lebih mahal dari sebuah rumah. And yet, ada orang beli.

Apa yang saya nak katakan disini begini. Jangan anggap semua race itu sama. Ada sebab kenapa race itu mahal. Dan, tak payah kita nak complaint kenapa race itu mahal. Kalau kita rasa kita nak spend duit untuk masuk race tu, kita spend. Kalau kita rasa daripada nak spend mahal tak payah bising nak suruh race tu turunkan harga sama dengan race lain. Mana law yang kita pakai ni?

Ini sama macam kita pergi masuk kedai BMW atau Mercedes, kita tanya dia, apsal lu juai ini kereta mahai? Saya tengok itu Perodua Viva murah saja apsal lu tanak juai sama harga macam tu?

Sampai satu tahap, kita kena terima hakikat yang bakal ada race yang harga dia premium. Sampai satu tahap esok mesti ada race yang tiket dia RM300 ke RM400 ke. Tak caya tunggu la tengok.

Saya bukanlah menyokong atau membantah race yang mahal. Pada saya senang saja. Kalau mahal then kita masuk tiba-tiba race ni menipu dan tak berbaloi, then baru kita boleh complaint. Cam kita beli BMW, bila pakai rasa macam bawak kereta sorong. Tapi selagi kita bersetuju untuk bayar, dan sanggup bayar, kita beli. Kalau kita rasa tak sanggup, tak payah beli.

Saya bukan apa. Bangsa kita ni selalu sangat complaint yang mengarut-mengarut. Sebab tu kita ni mundur. Cuba ubah sikit mentaliti tu jangan cheapskate sangat. Bila kita asyik nak murah dalam semua hal, at the end of the day, hidup kita ni murah. Dah semua pun nak murah. Kalau saya jadi tuhan, jangan harap saya nak bagi hal yang lumayan pada manusia yang cheapskate. If you want something better, then act like someone that willing to give more.

Maaf kalau intonasi sedikit kasar. Tapi itu adalah pendapat saya.

Berbalik kepada race kita collection, semalam saya pi Sunway Pyramid untuk collect racekit. Sekali bila datang, depa siap sewa ruang kat tengah-tengah tu untuk distribute Race Pack. Nak beratur amik pun siap ada besi-besi kain merah tu untuk orang que. Rasa cam nak beli tiket wayang pun ada. Dan keliling depa adalah booth-booth juai barang dan sponsorship. Agak-agak, berapalah depa sewa space ni sehari?

12750284_165847543803106_1347196270_n
Belum lari lagi muka dah senyum… ini esok kalau lari taktau la

12750011_576489529184720_774710863_n
Nasib baik orang tak ramai

IMG_4990
Kalau size baju salah, boleh tukar lain asal jangan bukak plastik. Boleh try baju size lain terus on the spot

12797895_487481841437784_649828196_n
Dengan El LUKH tengok kipas pusing kat atas sampai terpejam mata

IMG_4994
Peminat Hello Kitty boleh habiskan duit untuk beli merchandise

IMG_4983  IMG_4997
Boleh beli tupperware Hello Kitty special edition

IMG_4998
Tengah tanya pasal Acti Tape

Sambil tunggu isteri saya collect tu saya ada sembang ngan Uncle Acti Tape. Dia tanya ada pakai ke tape ni. Saya kata ada. Masa tu saya lari kat Kuala Kangsar. Saya tanya Uncle pasai apa saya pakai bila berpeluh dia tercabut, so Uncle jawab begini :

1. Bila pakai Acti Tape ni make sure surface nak tampal tu bersih. So saya cakap of course sebab pakai sebelum lari.
2. Masa tepek tu, lepas tepek kena gosok-gosok kasi panas. Bila panas dia lekat lagi kuat. So saya cakap no wonder la tercabut sebab saya tak buat.
3. Bila nak tepek tu, stretch bahagian tengah ok tapi yang part hujung dua-dua belah jangan stretch habis, kalau tak dia takda tempat yang pegang kuat ke otot sebab semuanya stretch. OK
4. Bila nak cabut jangan cabut kuat sangat sebab dikhuatiri tercabut bulu-bulu bagai.
5. Kalau lari siang, beli yang hitam sebab nanti kurang panas. Hitam akan reflect heat tinggi. Yang ni cam saya pening sikit sebab kat sekolah dulu saya belajar putih yang reflect heat dan hitam absorb heat.

Anyway, Thanks for the info uncle, nanti saya pakai lagi yang kat rumah tu sebab ada segulung lagi banyaknya.

Lepas collect tu kami pi makan perut lapaq.

Kongsi di :