Race : Hulu Langat Trail Run 2015 – Catatan Larian Pt 1

11187110_1621206264765195_727939488_n

“Kadang kala kita mesti cuba dan ambil risiko untuk berjalan ke dalam ketidak tahuan. Hari ini, aku berlari kearah itu” Fauzi ketika memandu keseorangan menuju dusun tua

Saya masuk trail run ini atas promosi ig dari kawan saya @zulkhass. Saya fikir, asyik lari atas jalan, why not cuba lari dalam hutan. Mungkin banyak hal baru yang saya akan belajar, dan ya. Selepas lari dalam hutan Hulu Langat ini, banyak sungguh hal yang saya belajar. Ini adalah catatan pertama saya tentang larian trail, yang pertama kali saya cuba.

BAB PERSEDIAAN

Saya biasa masuk hutan. Tapi hutan yang ada air terjun, dan kadangkala gunung. Tapi saya masuk kesana berjalan. Kali ini, saya berlari. Dulu saya pernah cuba lari dalam hutan. Tapi saya cuba dalam 10 meter sahaja. Saya dapati, kasut saya tidak sesuai dan tidak grip sangat. Agak bahaya.

Untuk itu, persediaan yang saya buat untuk race kali ini agak extravaganza. Saya beli kasut baru khas untuk trail. Daripada kajian saya, akhirnya saya memutuskan untuk membeli Salomon Speedcross 3. Ini kerana saya tertarik dengan tapak kasutnya yang ala-ala traktor. Saya fikir, dengan tapak ganas sebegini pasti tidak ada masalah berlari dalam lecak kelak.

Saya hampir terbeli yang Speedcross Gore-Tex iaitu yang kalis air. Namun sebab warnanya agak happy birthday, saya decide untuk beli yang biasa yang tidak ada Gore-Tex. So saya beli yang warna biru. Ini yang paling menarik hati saya. Dan masuk ini, tahun ini sahaja saya sudah beli 3 pasang kasut baru. Dalam hati kecil saya berkata, tidak mengapa. Nanti boleh buat kasut raya puasa, raya haji dan raya krismas.

11111381_1451539158471014_2013075369_n
Saya minat betul design kasut ni…

Selain dari kasut, saya beli bagpack bertabung air. Saya tidak tahu apa namanya dalam bahasa melayu. Tetapi di dalam bag ini ada kampit yang boleh diisi air. Boleh isi sampai 1.5 liter. Ada getah keluar dari bag ini dan bila lari kelak kita boleh sedut air ini. Mengikut info race, hanya ada 2 water station sahaja disediakan. Lalu alasan untuk membeli bagpack bertabung air sangat justified. Tetapi saya cari yang paling nipis dan ringan, serta bila pakai, ia seakan melekat di badan. Akhirnya setelah puas meneliti, saya beli Salomon Skin Pro 3 Set. Bila pakai bag ini saya rasa macam evangelion kartun jepun yang robotnya melengkung itu. Saya tidak tahu mengapa.

11184732_738116029634532_134115550_n
Sebelum esok saya dah siap bubuh air dan simpan dalam peti kasi sejuk…

Dan akhir, saya beli seluar burung 2XU. Yang ini sebenarnya dah lama saya cari. Selepas race Bukit Jalil yang meng-crampkan seluruh kaki saya, mungkin sudah tiba masanya saya pakai seluar burung untuk lari. Saya akan cerita lagi pasal seluar burung ini di lain post. Apapun, seluar burung yang saya beli ini tajuk dia 2XU Elite MCS Compression Tight.

11141937_954344017933439_1043440452_n
All black, lambang 2xu dia pun hitam…

Kesimpulannya, damage untuk apparel larian kali ini agak tinggi. Untuk justified balik kos apparel yang saya belanjakan, sekurang-kurangnya saya kena lari 3 trail run setahun selama 100 tahun. Baru berbaloi.

Dan kerana damagenya terlalu tinggi untuk 3 barang ini, saya bertekad dalam hati untuk stop beli apparel larian bagi tahun ini. Saya kira, cukuplah apa yang ada setakat ini.

11193056_1429079987396042_2073328575_n
Ada bawak pisau Macguyver in case kecemasan + mini first aid kit…


bersambung…



Kongsi di :