Race : Hulu Langat Trail Run 2015 – Catatan Larian Pt 2

BAB CUACA

Race bermula jam 8 pagi. Tidak seperti race lain, biasanya saya berkiasu untuk duduk depan sekali demi catatan masa cemerlang. Namun kerana ini race trail saya yang pertama, cukup sekadar saya menenangkan hati menikmati keindahan fauna dan flora. Oleh itu, saya mula agak lewat walaupun saya sampai agak awal. Saya duduk di tengah-tengah dan memerhatikan gelagat gembira runners sekalian.

11193144_953440141363024_1416335541_n
Ramalan cuaca yang saya tengok kat google sebelum pergi

Dulu di Penang Bridge race mula lambat juga. Dan bila race yang mula lambat ini, biasanya cuaca akan jadi panas. Bila cuaca panas, kita akan rasa yang kita macam lari di padang masyar. Asalnya saya nak pakai spek hitam. Namun kerana pertama kali lari dalam hutan, saya risau saya terlanggar pokok dan pengsan. Saya ada baca dimana untuk trail running, kita dinasihatkan pakai spek kerana takut tercucuk ranting. Akhirnya saya cuma pakai spek biasa saya sahaja.

Dan akibat daripada itu, cuaca yang sangat terik membuatkan saya terkunang-kunang biji mata. Agak menyesal juga tak pakai spek hitam. Tapi apakan daya. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian memang tak guna langsung.

DCIM100GOPROGOPR0085.
Tak panas sangat-lah-kan

Hari itu cuaca sangat panas. Peluh yang keluar bukan setakat peluh berlari tapi peluh sun bathing. Kerana saya bukan jenis lelaki yang pentingkan penjagaan kulit, saya abaikan sahaja nasihat isteri saya untuk pakai sun block. Padan muka saya akhirnya.

bersambung…



Kongsi di :