Race : Hulu Langat Trail Run 2015 – Catatan Larian Pt 3

BAB BENTUK MUKABUMI

Ini bab yang paling penting dalam catatan race kali ini. Bentuk muka bumi trail running berubah-rubah dan hal dinamik inilah, yang memberi saya “cabaran baru”. Awal masa runner dilepaskan, kita berlari atas jalan raya. Dan dengan Salomon Speedcross 3, rasanya agak keras sekali. Mungkin juga faktor kasut baru, tapi memang ada rasa macam menyesal beli awal-awal tu.

Kemudian lari ke jambatan zink tebal yang licin. Kalau anda perasan di jalan raya itu ada 4 segi extrude simen putih yang boleh buka dan turun ke bawah untuk cari Ninja turtle, zinc itulah yang digunakan untuk jambatan ini. Mungkin malam tadi hujan maka permukaan zinc agak licin. Sekali lagi perasaan menyesal beli Salomon tak berapa nak Speedcross 3 bermain di minda saya. Waktu ini saya nampak saya tengah campak kasut ini dalam sungai.

Habis jambatan, barulah masuk ke permukaan trail yang sebenar. Sekarang jalan sudah masuk hutan. Tanah merah yang keras menyebabkan lutut mula bergegar lebih dari kadar gegaran biasa. Waktu ini saya rasa Salomon Speedcross 3 menunaikan tanggungjawabnya sebagai kasut dengan baik sekali. Waktu ini juga saya nampak saya terjun dalam sungai dan cari semula kasut Speedcross yang saya buang tadi.

11199513_1408643546123778_1306882738_n

Seterusnya sampai ke permukaan lecak. Ini paling jackpot. Ramai runners cuba lari mengelak lecak dan terpaksa berhimpit ke kiri mencari permukaan berumput. Saya pula cuba lari terus atas lecak dengan alasan nak test kasut katanya. Nyata Speedcross 3 cemerlang bakhang. Langsung tak melekat pada lumpur lecak dan larian adalah seperti kuda terbang tinggi.

Screen Shot 2015-04-28 at 1.02.48 AM

Setelah berlari gembira, cabaran seterusnya adalah naik bukit. Ketika naik bukit ini saya dapati ada runners yang telah turun bukit berselisih dengan kami. Saya teka mungkin bukit ini tak tinggi mana. Tapi tekaan saya meleset. Agak lama juga dan jenuh berlari naik bukit ini. Punyalah letih dan sejujurnya saya mula teknik jalan-lari sikit- jalan lagi- lari sikit -dan banyak jalan.

Hingga ke atas, kemudian kami turun semula bukit ikut jalan naik tadi. Yang ini memang seronok. Saya rasa saya lari turun bukit laju gila sebab saya potong ramai orang masa ini. At one time saya rasa hampir nak accident berlanggar dengan runner lain tapi saya cuba mengingat aksi pahlawan komik cina yang saya baca disekolah dulu. Nyata ia memberi impak yang besar apabila saya meringankan badan dan meliuk antara runners walaupun ada ketika itu saya hampir termasuk gaung. Nasib baik.

Seingat saya lepas turun bukit ni ada first water station. Walaupun ada bag air, saya tidak melepaskan peluang untuk minum air yang lebih sejuk itu. Sedapnya hanya tuhan yang tahu. Kemudian saya terus berlari.

11189802_417797998391477_1205304635_n
Ni tengah nak panjat bukit ni…

Lari, lari, lari, tiba-tiba jem dan kelihatan ramai orang berhenti. Suasana bagaikan di dewan makan sekolah asrama dulu dimana orang beratur nak ambil nasi. Rupa-rupanya saya lihat di depan ada bukit. Dan masing-masing terpaksa meng-slowkan pace dan mula memanjat bukit yang tinggi.Bukit ini bapak punya tinggi siap ada tali. Dan runner terpaksa memanjat, diulang, memanjat. Gila curam. Trail terpecah dua, so ada yang memanjat di bahagian kiri dan ada yang bahagian kanan.

DCIM100GOPROGOPR0072.

Saya rasa macam panjat sebatang pokok yang sangat besar pun ada. Kelihatan juga ramai runners semakin letih dan lelah. Di sinilah point dimana saya terfikir, apa kejadah saya lari lumba nak panjat bukit pada pagi ahad ini sedangkan katil, tilam dan bantal empuk di rumah agak dingin suhunya melambai-lambai menanti saya.

Disini saya belajar dan faham tentang 2 erti. Erti penyesalan, dan erti kesangsian. Menyesal masuk race trail ini dan juga sangsi sama ada nak teruskan berlari lagi atau nak berhenti jalan kaki. Tapi mujur saya cepat sedar dan saya decide untuk terus lari.

11190078_965543176810573_771103605_n

So saya dah tulis pasal jalan tar, jambatan zinc, tanah merah, lecak dan lumpur, naik bukit, turun bukit dan panjat bukit. Sekarang saya cerita pulak jackpot terakhir yang menanti setiap runners di hujung race.

bersambung…



Kongsi di :