Race : Hulu Langat Trail Run 2015 – Catatan Larian Pt 4

BAB EXPECT & UNEXPECTED

Semasa lari dalam suasana kampung yang aman damai, saya ternanti-nantikan halangan sungai yang telah diberitahu oleh penganjur dalam Facebook. Tiba-tiba entah ceruk kampung mana, ada macam satu sungai kecik dan untuk cross sungai kecik yang juga macam longkang ini adalah sebuah titi kecil yang dibuat dari sebatang kayu.

Waktu di sini saya dengar ada runners menjerit dengan nada kecewa, “Lahhh ini je sungai dia…” . Ada juga yang menjerit “Menyesal aku balut iPhone aku dengan plastik”. Namun, sebagai seorang yang gayat, saya agak cemas juga nak cross titi kecil ini. Masa kat tengah titi tu saya rasa macam nak terjatuh saja tapi cepat-cepat saya lompat ke belah sana. Saya memang gayat sebab jarak titi ni dengan bawah tanah tu agak jauh bakhang.

Saya sambung lari lagi tapi masa ini saya dah memang pancit gila. Siap ada 2 milf yang gemuk potong saya kat sini dan saya rasa sangat loser. Namun saya respect 2 milf ini atas kehebatan mereka. Saya doakan jika mereka lari kerana mahu kurus, saya harap mereka akan kurus dan kembali langsing jika itu yang mereka mahu.

Tiba-tiba jem sekali lagi dan kelihatan ramai orang berhenti. Secara automatik line beratur tercipta dan masing-masing dalam kehairanan, apa di depan sana? Rupa-rupanya inilah sungai yang dinanti-nantikan semua orang. Bila tiba turn saya, saya tengok sungai ini bukannya macam bayangan saya sebelum ini.

Saya tengok youtube video orang lari masuk sungai air dia parat buku lali tak pun paling tinggi pun parat betis bunting padi. Sekali yang ada depan mata ni punyalah dalam. Saya tengok sampai parat dada. Ada tali untuk bantuan pemegang dan ada bomba dua orang standby di tengah sungai in case ada yang hanyut dibawa arus.

Bila masuk dalam sungai yang dalam itu tiba-tiba saya terasa sangat excited. Ntah kenapa keletihan yang ada tiba-tiba hilang serta merta. Saya rasa sangat gembira waktu ini dan mujur saya ada bawa Go Pro sekali dan tidak melepaskan peluang untuk merakan detik-detik kesungaian ini. Saya ingat kali terakhir saya seberang sungai adalah masa pergi camping di Lata Hammer tahun lepas.



Air sungai ini memang kuat dan deras. Dan dalam pada kegembiraan itu, baru saya teringat yang iPhone saya kat lengan dah habis basah sempurna mandi wajib. Saya automatik redha dan saya tahu memang dah terlambat dan tak boleh buat apa sebab saya dah sampai tengah-tengah pun. Nampaknya kena beli iPhone baru.

Bila habis seberang dan naik ke darat cepat-cepat saya buka iPhone yang dah mati itu dan cuba hidupkan semula. Bila hidup saya tengok runkeeper sambung semula tapi tak berapa saat iPhone jadi red screen dan padam. Saya cuba on balik 2 – 3 kali (waktu tu baru saya sedar yang saya ini memang degil orangnya) dan nyata iPhone tetap red screen dan padam ( Perkara on off ini berlaku dan sambung dalam kereta sampailah saya tiba dirumah ).

11199503_466765230141053_116640888_n
Last point sebelum Runkeeper mati…

Mujur ada jam so saya tak risau sangatlah untuk catatan masa sebab jam masih idup elok saja. Keluar dari sungai sambung lari. Sekarang cuma tinggal beberapa kilometer sahaja lagi. Lutut saya sangat sakit ketika ini. Tapi saya biarkan sahaja. Kalau saya layan sakit ini maka saya tidak akan kemana. Saya tahu, setiap kesakitan ada hikmahnya. Dulu isteri saya pernah tweet. Orang yang sabar hasilnya manis.

bersambung…



Kongsi di :