Race : Hulu Langat Trail Run 2015 – Catatan Larian Pt 5

BAB DESPRATE


Dalam larian kali ini saya ada belajar satu hal yang paling besar sekali, di mana, yang saya tak pernah buat. Iaitu, minta tolong orang. Saya bukan nak kata yang saya ini berlagak atau semua benda memang saya boleh buat sendiri, tapi nature diri saya adalah cuba selesaikan semua masalah sendiri dan saya teah diasuh oleh mak pak saya dengan cara ini sejak kecil lagi.

Tapi, dalam hidup ini tuhan jadikan kita macam-macam jenis. Dan sampai satu masa kita memang perlukan pertolongan orang. Sembanglah macam mana hebat pun atau ceritalah yang kita ni kuat konon, sampai satu saat, Allah tunjukkan kepada kita yang tak semua benda kita boleh buat sendiri.

Benda ini kecik je tapi kesan dia sangat besar kepada saya. Ingat tak yang saya tulis pasal bag kampit air yang saya baru beli tu? Ya. Bag kampit inilah yang mengajar saya erti yang kita manusia yang lemah.

DCIM100GOPROGOPR0109.
Rasanya bab nak sedut-sedut ni dah pakar sangat dah tapi…

Sebenarnya start dari awal lagi saya tak dapat nak minum pun air dari bag kampit ni. Dia punya getah macam tersumbat. Puas saya gigit, puas saya nyonyot, puas saya hisap, tapi air tak jugak keluar.

Kira kesimpulannya hari tu saya bawak bag kampit air ni memang sajalah untuk hiasan diri. Saya ingat, klimaks dia adalah masa lari atas jalan raya sebelum masuk balik hutan dan terus ke seberang sungai.

Dengan cuaca yang melampau panas, saya dah tak boleh tahan. Dahaga punya kemain, akhirnya saya ambil keputusan untuk minta bantuan. Sambil lari tu saya perati runner lain yang pakai bag kampit Salomon jugak.

Mulanya macam ada seorang amoi ni tapi tak sempat nak kejar laju sangat. Elok lepas dia lalu, datang seorang runner lagi yang pakai bag kampit yang lebih kurang sama. Dahaga punya pasal, saya pun tanya brader ni sambil mula dengan ayat, “Sorry bro nak tanya, nak minum air ni nak kena hisap ke kena gigit?”

Brader ni sangat helpful mula-mula dia suh gigit je getah air tu tapi saya cakap tak keluar jugak. Then dia amik getah tu dan try sedut air. Agak 2 – 3 kali jugak tapi tak berjaya. Dia suruh keluarkan kampit air tu takut sambungan getah pada adapter kampit tu tak lekat. So saya keluarkan, dan cuba sambung balik. Dia try, then baru air keluar. Siap waktu tu sempat lagi dia cakap, “Sedap air…”

Lepas daripada tu barulah saya boleh minum air. Tapi tak lama mana. Dan berapa meter lepas brader ni berlalu, saya masih tak dapat sedut jugak air.

Bila balik rumah, isteri saya check, rupa-rupanya getah air tu terlipat. Patut la air tak keluar. Sedut bagai nak rak sampai terkeluar hingus pun takkan naik air dia.

Pengajarannya, lain kali beli barang baru sila test dulu. Dan kalau dah test pun, cuba jenuhkan akai sikit untuk pikiaq apa kemungkinan benda ni malfunction.

Anyway, brader ni kemudian jadi kawan IG saya. Maybe next trail run kami nak lari berjemaah.

bersambung…



Kongsi di :

Comments 2

  1. fakrul June 4, 2015

    salam, bro. sluaq tight yg bro pkai 2 beli ktna. rhega brpa rm?

Comments are closed.