BAB AKHIR
Maka, tamatlah sudah larian trail pertama saya. Overall catatan masa barai gila. 12KM saya buat 1 jam 54 minit. Banyak faktor dia namun apa pun saya sangat enjoy berlari dalam hutan. Kesimpulan yang saya boleh buat, trail run lebih mencabar dari lari atas jalan. Dan insyaAllah saya akan repeat lagi lepas ni bukan sekadar sebab nak justifiedkan damage apparel yang saya beli, tapi, berlari dalam hutan melahirkan satu perasaan serence yang tersendiri. Despite segala cabaran yang dynamic dan unexpected, saya kira trail run banyak mengajar kita untuk sanggup bersusah demi untuk mencapai apa yang kita mahu. Kalau tidak, tak lah pepatah melayu cakap, “bersakit-sakit dahulu…..”
Lepas ni trail run saya yang comfirm adalah bulan 11 di Sabah. Ranauthlon. Insya Allah, saya akan cuba perbaiki masa saya dan berharap lebih banyak perkara baru yang saya belajar kelak. Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya, walau dimana pun kita lari kelak. TAMAT