Race : IMU Run Chariofare 2014 Pt 2 – After Race

1889312_846649445359603_1396008327_nStart subuh, dalam 6:45 gathering… hujan mula turun rintik-rintik dan terus menjadi lebat

Ok semalam saya dah lari 7K punya race, dan ini adalah race 7K pertama saya seumur hidup. Overall larian saya puas hati sebab catatan masa saya bertambah baik dan setakat ini, inilah rekod terbaik saya untuk 7K iaitu 39:41. Average pace adalah 5:24.

Screen Shot 2014-09-21 at 3.24.33 PM

Namun begitu ada tiga benda yang penting saya nak highlightkan disini. Pertama adalah kondisi cuaca. Ini adalah larian pertama saya lari dalam keadaan hujan lebat. Dia punya lebat tu sampai air bertakung dan mencurah-curah atas jalan raya. Effect dia kasut menjadi berat, lecak, dan bagi saya yang memakai cermin mata ini rasa macam nak letak wiper pada spek.

Dan disebabkan saya pakai kasut NIKE Flyknit 3.0 yang serba stoking tu lagilah terbaiknya. Kasut basah lencun dan boleh perah kaw-kaw. Kalau saya perah kasut + baju + seluar + stoki sure boleh penuh satu baldi.

So saya rasa organiser patut ambil initiatif awal disini sebab biasanya event-event yang melibatkan beribu orang organiser patut panggil bomoh hujan dan suruh bomoh ini alih hujan ke tempat lain. But anyway, ia adalah pengalaman berharga untuk saya kerana tak pernah pun lari dalam hujan lebat.

Kedua, pemakaian bandana. Yang ni memang nasib baik. Malam sebelum race saya dan isteri pergi Sunway Pyramid dan saya beli stokin baru + bandana. So saya ingat saja nak pakai untuk race tapi sekali hari hujan lebat gila. At least air hujan tak direct kena kepala namun lepas lari dan dah sampai dekat rumah saya rasa sakit kepala kaw-kaw dan cepat-cepat mandi air panas, makan panadol dan tidur. 6 jam kemudian saya bangun dan segar kembali.

Ketiga adalah makan pisang sebelum lari. Disebabkan race pagi-pagi buta so saya ada makan pisang. Kesannya memang terbaik, masa lari saya sakit perut. Bila saya check dengan pakcik saya dia kata pisang memang agent angin. So next time jangan nak gatal makan pisang.

10707010_370795533086301_936209926_nDah habis lari. Hujan still turun tapi tak lebat sangat macam awal tadi.

Lain-lain semua ok. Walaupun sedikit kecewa tak tahu saya dapat nombor berapa dalam race ini anyway saya dapat medal dan ini sudah cukup menggembirakan hati saya selama 3 hari. Medal total ada 200 semuanya 100 untuk lelaki dan 100 untuk perempuan. Agak tak logik untuk organiser untuk keep track 100 lelaki pertama dan 100 perempuan pertama. Tak susah pun sebenarnya dekat ending tu buat lorong dan bila runner sampai suruh beratur terus dan bagi kad nombor.

Anyway, ini gambar yang saya ambil dari website sporthub. Saya ambil 2 je yang lain boleh tengok sendiri kat sana.

7a334bb19391c10625e102346dd574a8
Cuba cari runner yang pakai bandana biru kat kepala heheheh.

b8dbbc80c3333ba2a5124538b3f6c795
Gembira sakan habis lari, muka ada sinyum

Ini gambar dari IMU punya web. Boleh pergi tengok sendiri ada dua album. Saya curi gambar yang ada kroni saja.

CharioFare2014 (35)
Pagi waktu bersenam.

CharioFare2014 (43)
Bersenam lagi.

CharioFare2014 (48)
Ini memang terbaiklah. kah kah kah kah

CharioFare2014 (62)
Dapat belon.

CharioFare2014 (667)
Yang ini dikatakan kawan adik saya. Hmmm

CharioFare2014 (669)
Gambar ni bukti saya sampai dulu dari kawan adik saya tew kah kah kah

CharioFare2014 (190)
Aha ini amoi yang masa saya sakit perut tiba-tiba dia datang dari belakang dan saya follow terus sampai nak akhir-akhir. Amoi boleh buat, takkan saya tak boleh? TQ Amoi baju brook oren.

Ini pulak gambar IG bini saya. Bini saya masuk fun run dan dia sangat gembira kerana dapat belon untuk dibawa ketika berlari. Tidak ada dalam gambar adalah adik perempuan saya dan suspect BF dia dan bakal adik ipar saya.

1971538_753424428054535_1461147770_n

10311212_735442236523157_1681022554_n
Ini gambar medal amik kat rumah. Sengal kaki tu nasib baik ada minyak susu kambing.

Itu sahaja, so hari ni rest day dan hari menonton DVD. Next week baru start training semula untuk race seterusnya iaitu BSN Night Run. Congratulations to all.

10707037_780945038635120_853218137_n


Lagi tentang racepisod ini :

IMU Run Chariofare 2014 Pt 1 – Running Details for 10K
iTunes : Playlist 7KM untuk IMU Race
Race : IMU Run Chariofare 2014 Pt 2 – After Race

Bacaan Lanjut
https://www.facebook.com/imuchariofare/info

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_