Race : Inov8 Trail Run 2016 Pt 1 – Pre Race Analysis

11265084_244193662585852_40900792_n

Inov8 Trail Run 2016 adalah Trail race saya yang kedua pada tahun ini, selepas Conquer the Trails @ KIARA. Inov8 15KM manakala Conquer the Trails @ KIARA 14KM. Tujuan utama saya masuk Inov8 ini adalah kerana saya tak pernah lari di route Paya Indah Wetlands ini. Itu pasal saya sign up. Anyway, esok dah nak race so malam ini saya nak buat ulangkaji pelajaran sikit.

1. Race Kit
Race kit ni hari tu secretary saya tolong amikkan sebab saya balik kampung Raub rasanya adik saya bertunang. So tadi saya tengok apa ada dalam beg plastik yang secretary saya pass tu, so barang yang ada :

  • Bib + Pin (Tidak ada timing chip)
  • T-Shirt
  • Brochure race lain
  • Salonpas

Baju dia cantikla design simple tapi takda timing chip ni cam turn off sikit. Harga tiket RM79.80

2. Jarak dari rumah
Jarak Paya Indah Wetland dari rumah saya adalah lebih kurang 34 KM. Tanpa traffic, perjalan memakan masa 44 minit. Keluar dari Kinrara, ikut Puchong, ke Cyberjaya, terus ke Dengkil.

GPS Lokasi Larian

Screen Shot 2016-03-26 at 10.49.30 PM

3. Parking Spot
Mengikut slide yang organiser bagi, parking kena park kat tempat yang telah disediakan. Jarak parking ni ke starting line agak jauh iaitu hampir 950 meter. So kena datang awal.

Screen Shot 2016-03-26 at 10.55.56 PM

4. Tempat Sembahyang
Untuk tempat nak menyembah, saya tak pasti kat Paya Indah Wetland tu ada tak tapi ada surau yang berhampiran namanya Surau Nurul Huda. Distance dalam 1.1 KM atau 12 minit, boleh jalan kaki atau warm up lepas menyembah.

Screen Shot 2016-03-26 at 11.01.53 PM
Screen Shot 2016-03-26 at 11.03.57 PM
Google Street

5. Ramalan Cuaca
Untuk esok, dijangkakan tak hujan dan langit berawan. Suhu 26 – 27 darjah celcius.

Screen Shot 2016-03-26 at 11.06.40 PM

6. Event Itinerary
Date : 27 Mac 2016
Flag Off : 7:30 am
Prize Ceremony : 10:00 am
Event Close : 11:00 am

Ada nota tambahan dari organiser, runner yang sampai lepas 7:45 am tak leh lari sebab ada jalan dah tutup apa ntah. So datang awal.

7. In case of emergency
Puas saya cari tak dapat dikesan. So kalau laki / bini hangpa lari tak balik, mesej kat FB depa.

8. Race Event Facebook
Cam deejavu lak. FB

9. After race activity
Hmmmm…. Dengkil ya dengkil. Dulu masa saya belajar kat MMU tahun 1999 ke 2000 masa tu Cyberjaya hutan lagi, so kami selalu pi makan kat Dengkil. Then masa saya kerja kat Cyberjaya, kami datang dengkil sebab nak semayang jumaat je. Sejak saya berenti kerja Cyberjaya sampai la ni tak pernah sampai balik ke Dengkil. So saya ingat after race nanti saya nak pusin-pusin tengok-tengok kawasan membesar kenangan silam.

10. Slide Race 
Klik sini untuk baca slide race yang lebih lanjut

Kongsi di :