Race : Inov8 Trail Run 2016 Pt 3 – Panas, Pinar dan Penat

Macam biasalah. Dah bangun pukul 5:30 pagi, tapi sebab tidur dalam bilik air cond dan bantal bulu itik dari Sweden, memang malas nak bangun. Bangun kali kedua dalam keadaan gopoh bila jam dan pukul 6:00. Saya sprint ke bilik air dan sekelip mata sudah ada kat bawah bersiap memakai running suit yang saya dah flatlaykan semalam.

925999_818919171585734_336053331_n
Ada 3 jenis org yg bgn subuh hari ahad ni. Tok imam nak pi masjid, tok kadi nak nikahkan pengantin pagi2 dan org yg masuk race lumba lari.

Actually, flatlay ini bukan sekadar seronok untuk instagram. Bagi saya flatlay adalah untuk jimat masa sebab esok for sure saya akan bangun lambat! Manager saya merangkap isteri saya banyak membantu dalam hal ini. Dialah yang prepare semua sementara saya main order saja 😀

So saya pun drive ke Dengkil selepas sayang-sayang isteri saya. Sebelum masuk kereta tu dia pesan. “Jangan lupa dapat nombor satu”. Saya tengok dia dan cakap, “Of course?” sambil menterbeliakkan mata besar sikit dari biasa.

Jalan ke Dengkil subuh taklah sibuk sangat. Sibuk bila dah nak dekat sampai ke Paya Indah Wetland tu. Yelah, pagi tadi semua runner ke sana mau tak jem. Saya sempat parking kat dalam tapi saya parking tepi jalan sebelah tempat letak kereta. Yang lagi lambat parking kat luar dan kena jalan lagi jauh. Warm up le tu.

Bila dah parking tu saya keluar kereta siap-siap (saya selalu pakai kasut bila dah sampai tempat race) dan kemudian bergegas ke starting line yang jaraknya dalam 950 meter jauh kedalam. Bila sampai kat sana runner dah ramai pun. Saya cari spot sesuai untuk warm-up dan buat drill apa yang patut. Seb baik ada van St.John so saya warm-up sebelah tu.

Oleh kerana masa tak berapa nak cukup, so saya praktikkan drill “lari setempat joget robotik ski” yang coach Din Nike ajar tu. Kalau buat benda ni dalam 100 kali, agak dah memang panas badan dah. Saya rasa ini warming up paling cepat selepas badan dah diregangkan kalau tak sempat nak lari a few round.

Dekat nak 7:30 tu baru masuk line dan saya ingat race mula pun macam lambat sikit. Hari dah cerah. Saya tengok crowd trail run ni lain macam sikit dia punya aura. Biasa kalau road run bercampur dengan lagi ramai budak muda tapi bila trail ni kebanyakkannya saya tengok dah senior. Muka memasing level otai dah saya tengok. Belum masuk gear lagi.

MC dengan semangat waja membuat countdown untuk bermula. Di depan saya, dua orang couple foreigner cium mulut sebaik sahaja MC mulakan larian. Si isteri berkata, “all the best my love” manakala si suami reply, “i luv you too”. Waktu ini saya teringat kat manager saya yang dah cam berisi sikit tu lepas beranak (jangan marah i tetap sayang u).

Processed with VSCO with f2 preset
Saya memicit jam tanda mula. Dan saya memulakan larian dengan kadar biasa. Sejujurnya penat lari di Tarutao minggu lepas masih belum hilang. In fact, seminggu lepas Tarutao tu saya tak keluar lari kecuali semalam untuk panaskan badan balik lepas berehat dalam seminggu.

Larian bermula di atas jalan tar sebelum masuk ke dalam hutan dan semak samun.

Processed with VSCO with f2 preset
Kemudian ntah macam mana keluar balik ke kawasan parking Paya Indah Wetland tu.

Processed with VSCO with f2 preset
Lama lari lari lari lari masuk jalan batu kerikil. Waktu ni otak cam dah goncang-goncang campur panas. Ala bayangkan tin coke yang kita isi pasir instead of air. Then, kat bawah dia letak unggun api. Ha macam tu la feel dia.

Processed with VSCO with f2 preset
Lepas tu masuk hutan jap jalan tanah merah. Kat sini redup sikit. Tapi jangan nak suka sangat. Biasa dalam hidup ni bila dia bagi senang tu tandanya lepas ni nak kena ujian up sikit lagi. Dia hint nak bagi susah pulak.

Processed with VSCO with f2 preset
Kemudian ada first water station 5KM. Air ni sedap dah tapi agak lagi sedap kalau ada air batu yang sejuk. Elok lepas minum air tu ada jambatan kayu. Tapi sungai dia tak panjang sangat la. Tak sempat nak gayat dah lepas.

Processed with VSCO with f2 preset
Ha… seperti yang dah expect… redup dah bagi, air dah bagi, sekarang ni lari kat tanah merah panjang gila tak kunjug sudah. Pokok haram tak bagi bayang sebab jauh dan jalan tanah merah ni saya ingat jauh dia dalam 3 KM. Kat sini saya banyak berenti jalan dan banyak minum air.

Saya dapati bila 3 KM nak lari jalan straight ni agak mental juga. Boleh lost dibuatnya.

Processed with VSCO with f2 presetDCIM100GOPROGOPR0497.
Stretch panjang ni jalan dia ada lecak-lecak sikit. Ada satu part tu saya macam termasuk kat lecak sebab nak elak runner berhenti depan saya so saya dapati lepas pijak lecak tu macam berat sikit. Macam selut tu lekat kat kasut saya tapi masa pijak lecak tu tak pulak kaki saya tersekat dalam selut tu. Tiba rasa cam berbaloi beli Solomon Speedcorss 3 masa ni. BTW, ini stretch 3 KM dari Strava saya. Jauh bakhang…. dari KM 5 ke KM 8 baru habis.

Screen Shot 2016-03-27 at 9.25.55 PM

Lepas stretch panjang tu tinggal lagi separuh race nak habis. Tapi kat sini ujian dia lagi gila. Terus macam lari kat padang pasir. Rasa cam lari kat planet Tatooine pun ada. Panas ye ya Allah… gila. Saya ingat last week saya sunburn Tarutao so this week tak sempat sunburn tu nak quputeh makin hitam saya dibuatnya.

Actually saya dah niat dah nak bawak sunglasses saya. Tapi kat mana ntah saya letak sebab jarang pakai, saya pun lupa. Saya ingat ada dalam Mat Fordy saya tapi takde. Nak kata ada dalam Mat Tigu, macam takde sebab Mat Tigu punya almari kat depan tu kecik. Tak muat nak letak bekas spek saya. Hmmm….

Processed with VSCO with f2 presetProcessed with VSCO with f2 preset

Then saya ingat ada waterstation kedua kat 10 KM. Lepas dari waterstation tu baru redup balik lari dalam kawasan hutan berpokok. Lega. Kat sini lari sebelah paya berair tu. Boleh semak map Strava saya.

Screen Shot 2016-03-27 at 9.26.05 PM
Processed with VSCO with f2 presetProcessed with VSCO with f2 preset

OK. Lari punya lari punya lari akhirnya saya dah dengar bunyi lagu-lagu dan bunyi hon hon panjang. Saya tengok jam tinggal lagi 1 KM lebih. Maksudnya race dah nak hampir ke penghujung. Saat-saat akhir tu saya pun menambah pecutan dan menghabiskan race yang cukuplah azab ibu mengandung ni tanpa sebarang cramp dan sakit kaki mahu pun lutut.

Processed with VSCO with f2 preset

Sebaik saya lepas garisan penamat tu saya dikalungkan medal dan terus sahaja saya melulu ke water station terakhir untuk ambil air. Mulanya saya tengok air dalam cawan pun tak sejuk jugak tapi rupanya ada air mineral dalam botol yang direndam dalam ais. Ahhhh akhirnya.

Saya tapau satu dan cari tempat lepak untuk menghilangkan dahaga. LEGA!

Processed with VSCO with f2 preset
Suasana station air terakhir dan makanan

Tengah minum tu ada bro tegur, sembang pasal betapa panasnya race ini. Kami pun sembang lebih kurang agaknya sebab masing-masing letih lagi, Then, saya patah balik ambik ais krim. Race ni depa ada bawak tong aiskrim. Yang ni saya bagi jari tunjuk bagus x 1000 kali.

Ketika saya mengigit lalu menyunyah ais krim hijau masam yang dalamnya ada susu putih itu dengan pace yang paling perlahan dalam dunia, seluruh alam ini terhenti. Panas, Pinar, Penat, semuanya hilang sekelip mata. Ketika ini saya terfikir, apalah sangat 15KM tadi jika nak dibandingkan dengan nikmat aiskrim ini….

Kongsi di :