Race : Inov8 Trail Run 2016 Pt 4 – Catatan Masa

Kalau ikut organiser, hanya 10 runner yang pertama sahaja akan diberi catatan masa yang official. So runner lain, kalau ada catatan masa pun, tak official manalah.

Untuk saya, kali ini saya kira puas hatilah. Saya buat 1 jam 40 minit 12 saat. Bila sync dengan strava 1 saat hilang pegi mana tatau.

Kalau tengok analysis, 5K saya adalah 29:39 manakala 10 K saya 1 jam 5 minit 50. Saya ingat dalam race ni saya banyak main neh. Banyak jalan dari lari lepas dari 10K. Kalau saya maintain pace yang sama, boleh jadi race ini bercatatan masa 1:34:++ .So 6 minit main-main.Maka, average pace jadi 6:48 dengan suffer score paling epic 433.

Screen Shot 2016-03-27 at 10.04.26 PM
Screen Shot 2016-03-27 at 10.00.41 PM Screen Shot 2016-03-27 at 10.00.58 PM

Bila saya run Strava Lab Flyby tu untuk tengok kat mana saya barai, saya dapati awal-awal saya semangat tapi semangat ni tak maintain menyebabkan saya makin lama makin makan angin panas. Ini screenshot (kalau dalam Strava dia animate)

Screen Shot 2016-03-27 at 10.08.30 PM
Screen Shot 2016-03-27 at 10.07.24 PM Screen Shot 2016-03-27 at 10.08.08 PM  Screen Shot 2016-03-27 at 10.08.54 PM
Boleh tengok animation sini

Ini pula Pace distribution. Tak silap saya la, (betulkan kalau salah) sepatutnya Z4 tu percentage dia paling majority baru larian tu efficient dah level hempas pulas / pulun. Next baru Z3. Ini saya punya larian Z2 yang banyak nampak sangat lari dengan kadar selesa / comfortable.

Screen Shot 2016-03-27 at 10.14.47 PM

But anyway, its OK. Untuk Inov8 ni memang target saya asal Sub 2 sudah. Dan saya berjaya capai target tu. Penat Tarutao tak ilang lagi (alasan).

Oh ya. Masa Inov8 ni saya jumpa En.Kamrul, rakan perniagaan saya dimana kami adalah vendor untuk satu organisasi kerajaan ni. Saya lepak ngan dia tanya sekarang camna bisnes. Rupanya lebih kurang saya juga dah nak melingkup :P. Bisness is hard this year man…. dok rumah je la kita nampak gayanya.

En. Kamrul ni lagi otai. Dia main beskal banyak. Agaknya dah boring bawak proche 4wd dia. 😀

Processed with VSCO with f2 preset

Saya juga ada terjumpa sorang bro cina ni hari tu kami lepak sekali lepas lari Kiara Conquer the Trailz. Nama dia En. Key. Next run dia NIKey so kalau ada rezeKey, jumpa kau kat sana.

Processed with VSCO with f2 preset
Ini gambar medal. Warna hitam. Size kecik sikit tapi cantikla. Masuk ni dah ada 2 medal tapak kaki.

Processed with VSCO with f2 preset
Catatan masa.

Processed with VSCO with f2 preset

Habis sudah Inov8 Trail, so saya pun jalan kaki balik ke kereta untuk balik rumah. Ingatkan dah boleh rehat dah tapi kena jalan balik dalam 950 m. Lepas tu pulak Mat Fordy ni gear manual. Yeslah! Kepada Khairul Azizi zaman dulu yang gatal nak beli kereta manual, Khairul Azizi zaman sekarang ucap terima kasih daun keladi.

Processed with VSCO with f2 preset
Pulang sarang

Kongsi di :