Race Kampung Budu

Suasana di kampung itu macam sangat surreal. Di dalam rumah, aku melihat ramai ahli keluarga aku ada disitu. Macam ada satu pesta tapi aku pasti bukan hari raya aidilfitri. Aku lihat ada pakcik-pakcik aku dan makcik-makcik aku. Sepupu-sepupu kecil, berlari naik turun tangga main kejar-kejar macam aku masa kecil dahulu.

Kampung aku di Kuala Lipis. Untuk lagi specific, nama kampung aku itu, Kampung Budu. Oh. Tidak, tidak ada kena mengena langsung dengan makanan yang bernama budu dari Kelantan itu. Tidak ada kena mengena langsung sebenarnya. Malah, aku sendiri tidak tahu kenapa nama kampung ini Kampung Budu. Mungkin satu hari di masa depan aku akan buat kajian sejarah tempatan dari mana asal nama kampung ini.

Screen Shot 2016-04-23 at 11.19.14 AM

Tapi yang aku tahu, Kampung Budu ini adalah tempat Mat Kilau bersembunyi masa dalam pelarian dahulu. Siap ada kubu yang dia bina kalau sanggup jalan dan masuk dalam hutan sampai belakang sana. Aku sendiri pernah masuk dengan isteri aku untuk lihat. Namun aku rasa, ini bukan kubu yang sebenar. Mungkin ada lagi yang masih tersembunyi dan tidak dijumpai. Mungkin ada bunker bawah tanah yang lebih misteri.

Tapi itu tidak misteri mana jika nak dibandingkan dengan Mat Kilau itu sendiri. Pertama, teori aku, Kilau pada nama Mat Kilau itu aku rasa sesuatu yang bersinar atau bercahaya. Aku rasa yang bercahaya itu hatinya maka kerana itu Mat Kilau ini manusia yang level legend. Dan aku rasa lagi, ayahnya lagi super-legend sebab beri nama Mat Kilau pada dia. Macam ayahnya dah tahu anak dia nak jadi apa di masa hadapan. Ayahnya namanya Tok Gajah.

Kedua, yang masih menjadi misteri adalah kemunculan semula Mat Kilau selepas dikatakan mati bertahun lamanya. Macam kisah orang yang dah ghaib, wujud semula dalam alam ini. Umurnya juga panjang hampir 123 tahun. 4 hari lepas Mat Kilau bagitahu orang secara public yang dia Mat Kilau, dia meninggal dunia. Boleh google sendiri untuk kisah ini. Mistikus…..

matkilau
Mat Kilau

Kenapa sangat surreal? Sebab ada arwah uwan dan arwah aku sekali di rumah atas bukit itu. Uwan aku meninggal beberapa tahun lepas kerana sakit tua. Manakala arwah aki aku meninggal sudah lebih 10 atau 11 tahun lamanya. Dan untuk bertentang mata dengan Uwan dan Aki aku, itu aku katakan satu pengalaman yang sangat surreal. Mereka tersenyum namun tidak berkata apa-apa. Aku lihat pakaian mereka tertib dan indah rapi. Macam pakaian orang zaman dahulu kala. Macam pakaian kerabat raja zaman dulu-dulu yang kalau rajin buka buku sejarah, pasti kita boleh jumpa.

Apa aku buat disini? Oh. Aku rupanya balik kampung untuk masuk satu race ini. Akhirnya, ada juga race larian yang routenya adalah dari Kampung Budu ini. Aku memang pernah terfikir untuk anjurkan satu race larian untuk semua orang kampung. Tapi bila aku fikir balik di kampung ini hanya tinggal orang tua yang menanti hari, agak mau kena sumpah kalau aku anjurkan race untuk orang tua.

Tapi aku tak tahu siapa yang anjurkan race ini. Yang aku tahu, aku di sini untuk masuk race. Route larian adalah dari kampung ini, ke Benta (bandar kecil yang paling hampir) dan terus ke Raub, melalui jalan lama yang ada lalu kuil hindu itu kalau siapa yang sempat lalu jalan lama dari Benta ke Raub.

Dan race ini malam rupanya.

Adalah memang bukan tradisi keluarga aku untuk masuk race apatah lagi menggunakan kaki untuk berlari. Kalau aku semak, daripada sepupu aku hingga ke pakcik makcik aku semua, tidak ada seorang pun yang ada minat untuk menjadi runner. Maka, apabila aku balik kampung untuk masuk race, adalah menjadi satu kepelikan untuk semua. Kecuali bagi uwan dan aki aku, mungkin sebab mereka sudah meninggal lalu untuk campur hal orang yang masih hidup, aku rasa itu adalah border yang orang hidup pun tidak mahu pergi untuk campur hal orang yang telah mati.

Aku membuka race pack dan mengeluarkan baju race. Dan bila aku semak lagi, race pack ini siap dengan seluar dan kasut. Cuma yang aku pelik, semua ini warna putih. Aku pakai semua dan bersiap untuk pergi. Di luar aku rasa sudah gelap dan itu tandanya malam hari.

Aku tidak tahu sama ada aku ada training untuk race ini. Sebabnya, mula-mula cerita ini bermula pun aku sudah ada di Kampung Budu. Tapi aku ada semacam perasaan yang aku sangat excited dengan race ini. Macam, satu race yang sangat aku nanti-nantikan. Adakah sama ada ada kemungkinan aku akan terjumpa dengan kawan-kawan lama, atau aku yang tidak pernah masuk race kampung, yang mana satu itu aku tidak tahu. Tapi perasaan hati bergoncang dan tidak sabar untuk mula itu, memang macam bergetar kuat malah aku rasa, ia memancar keluar dari badan aku ini hingga ke kawasan sekitar.

Malah, hingga pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku yang melihat aku sudah siap sedia untuk berlari, juga turut ter-excited dengan persiapan aku yang memang mereka tidak pernah lihat atau alami dalam sepanjang hidup mereka ini.

Aku memakai kasut larian aku yang juga bewarna putih, cuma aku perasan di tapak kasut ini ada satu garis panjang warna biru metalik. Kasut ini semacam magnet yang terus sahaja melekat memasukkan kaki bila berada jarak kurang dari sejengkal. Aku lalu bersiap untuk turun dan keluar dari rumah kayu tinggi ini dan bersiap untuk pergi.

Baru aku hendak melangkah pergi, aku dipanggil dari belakang oleh satu suara yang aku sangat kenal.

“Anda..”

Aku toleh, dan aku lihat isteri aku berdiri sendiri. Seraya dia mencapai tangan aku lalu memimpin aku masuk kembali. Aku bagaikan orang yang dikenakan jampi, ikut sahaja tanpa sebarang bantah, dan kami masuk semula ke dalam rumah.

Apabila isteri aku mencium tangan aku lalu mencium pipi aku, suasana gelap, dan gelap dan gelap sekali. Seperti cerita yang sedang bermain ini, ada orang tutup tv dari luar. Aku kembali dalam alam loop yang aku tidak tahu di mana. Beberapa ketika kemudian, aku tersedar, lalu aku bangun dan berkata,

“Eh, kita bukan nak pergi race ke?”

“Anda dah terlepas race. Anda tertidur. Race dah habis da…”

Aku semacam mamai. Semacam tidak faham. Semacam kecewa. Semacam-macam. Aku lalu dengan gopoh dan bingkas bangun dengan cepat, macam orang yang sudah ketinggalan sesuatu tapi cuba juga berusaha pada ketika saat terakhir untuk sedapkan hati, walaupun sudah tahu hakikatnya segalanya telah berakhir.

Rupanya, sedih betul apa yang kita rancang, tak jadi.

Dan kerana mungkin aku bangun terlalu laju, terlalu bingkas, aku rupanya terbangun sebenar bangun, aku terbangun dari tidur, dan rupanya, aku bermimpi.

***

Alam realiti : Apabila menceritakan hal ini kepada isteri aku, dia hanya senyum dan ketawa sendiri. Katanya, umur aku panjang lagi. Dan mungkin satu hari nanti aku jadi organizer Race Kampung Budu.

Langkah seterusnya
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/printable.php?id=215337

Kongsi di :