Race : KLSM VR 2020

Malam kelmarin saya baru saya register race ni. Sebab dia saya fikir, kalau last week saya gagal 5K SUB25, saya akan register 5K. Tapi sebab ok, maka saya register 10K.

Saya dah download apps dia dan dah linkkan. Tapi bila saya tengok kat apps dia, takleh nak sync dengan Suunto. Hari tu masa launching depa bagitau Suunto ada. Bila saya baca-baca balik, ghupenye version yang ada Suunto depa tengah tunggu approval. So para pelari Suunto, harap bersabaq naaa….

Now. Nak menjelang ke hari race ni rasanya tak sampai lagi dua minggu. Saya mebi akan lari pada hari akhir. Route saya tak sure lagi rasa cam nak laghi kat Stadium Kelana Jaya atau Stadium Bukit Jalil atau kat keliling taman saya ni.  Tengoklah canne. Saya pun tengah cari member2 yang nak lari sekali 10K ni. Bosan kut. Lari sorang2….

In term of training, saya ni tengah berehat lagi ni tatau nak mula malam ni atau malam esok. Ni sat lagi ada kelas piano…. adoiii… sibuk betul. Banyak betul nak kena belajar tapi oklah….. at least ada something new.

Anyway, target saya untuk 10K ni adalah cuba buat SUB 1. Race ini akan menjadi sebahagian dari siri7m saya. Harap semua OK. Untuk anda yang juga masuk race ni, semoga anda berjaya achieve target anda.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *