Race : Kuantan Half Marathon 10K – Catatan Larian

11385104_100874363586024_955984954_n
Sehari sebelum ke kuantan, kawan saya whatsapp saya gambar jalan. Pelik betul. Kenapalah orang suka tangkap gambar jalan? :p

Kuantan sememangnya tidak asing bagi saya. Selain daripada dulu saya sekolah di Pekan, Kuantan pernah menjadi tempat ulang alik bila kami dapat projek untuk upgrade website Tourism Pahang (satu ketika dulu). Banyak memori di Kuantan ini. Tapi sampai satu saat, kita dah kena tinggalkan certain memori itu dalam kotak simpanan yang sesuai dan simpan dalam peti besi yang kita kemudian tenggelamkan dalam laut.

Tapi entah kenapa, bila sampai Kuantan, saya rasa macam balik kampung. Walhal, kampung saya bukan di sini. Kampung saya di Kuala Lipis. Mungkin future saya disini. Tenang, damai, dan ada ikan patin yang fresh. 😛 .

Ok. Sudah pasal Kuantan, sekarang kita focus pada catatan perlu pasal larian kali ini.

Book Hotel

Saya rasa kesilapan besar saya larian kali ini adalah tidak booking hotel awal-awal. Race hari ahad, 2 hari sebelum baru saya terkial-kial nak book hotel di Agoda. Jumaat malam tu baru saya dok cari hotel mana nak duduk. Hasilnya, instead of duduk di Zenith / MS Garden, saya duduk di Suraya Hotel. Ini memang lega. Nasib baik Suraya Hotel ni kira oklah. Depa baru upgrade interior bilik. Dengan harga RM92 sehari, saya amik 2 hari terus. Dan lokasi Suraya Hotel ini terletak agak dekat dengan starting line. Even masa lari pun ada lalu hotel ini.

Bila saya lalu di Kuantan, rupanya banyak lagi hotel-hotel kedai yang lain cumanya yang baru – baru ni semua tak masuk Agoda lagi. Namun setiap kejadian ada hikmahnya. Disebabkan hotel yang saya nak tu penuh, saya ada cuba tengok di AIRBNB kalau-kalau ada homestay yang cantik. Hasilnya saya terjumpa ini. Sila Lima.

Screen Shot 2015-06-01 at 10.19.11 PM

Tapi malang juga penuh dan fully book. Lain kali kalau ada rezeki ke Kuantan saya nak bawa isteri saya melepak kat Sila Lima ni. Macam Ohsem je.

Sebelum Race Start

11372468_815574305198201_799616570_n
6:00 pagi waktu tempatan

So jam 5:30 pagi isteri saya dah buat wake up call. Saya bangun, stretching lebih kurang dan terus mandi. By 6:00 am saya dah park kereta saya berhampiran dengan Padang MPK4 itu. Tapi saya tengok tak banyak mana pun kereta so saya anggap mungkin participant tak ramai. Bila sampai sana saya call Azril, member saya. Beberapa minggu sebelum race ni saya hasut Azril untuk masuk race ni. Azril ntah macam mana termakan hasutan saya dan dan dan tu juga dia minta saya registerkan. Kami kemudian sembang panjang bagaimana nak lari pecut macam Usain Bolt dan Mo Farah hingga ke pilihan kasut yang terbaik.

Dan Azril, dalam senyap, menghasut pulak beberapa orang member dia di Kuantan agar join sekali. Akhirnya, pagi itu saya lihat ada 4 orang lagi member Azril yang bersemangat luar biasa untuk turut serta memulakan karier sebagai seorang runner. Agak viral juga hasutan saya dan kerana itu saya bangga.

Kami beramai-ramai meriah ber-stretching bagai, dan lebih kuran 6:30 something, race dimulakan. Kedudukan saya agak belakang sebab puas saya ajak Azril & The gang duduk kat depan tapi depa segan. Ini saya confuse kenapa.

11385193_1648629492033222_443890836_n
Matahari dah nak terbit baru nak start

Overall Race

So kami pun mula lari. Saya dah agak Azril & gang masuk larian suka-suka since first time, so awal-awal lagi saya dah meloloskan diri dari mereka sebab matlamat saya nak buat SUB 1. So saya lari ikut pace saya dan agak ramai jugak orang yang saya nak kena potong since mula dah belakang. Ada beberapa hal yang saya nak nyatakan disini dan saya harap agar organiser take note.

1. Traffic Control

Barai gila. Serius barai. Ada 2 kejadian berlaku melibatkan saya. Pertama, bila lepas buat u-turn lepas checkpoint BIB tu, saya lari diantara motosikal. Gila babi betul. Waktu itu saya tengok penunggang motosikal ini siap buat selang seli antara runner depan saya. Saya fikir kalaulah saya kena langgar dengan motor time ini memang saya sumpah organiser jadi motosikal. Agak tak terkawal dan membahayakan runners. Bila hari semakin siang, makin banyak kereta dan motor.

Kedua, ada kat satu persimpangan tu, saya tengok ada Polis traffic. Oklah tu. Ada juga volunteer organiser. Tak silap saya simpang ni memisahkan runner 10k dengan 21K. Saya dah tengok orang lari di traffic light dan masuk ke kanan. Tiba-tiba volunteer ni panggil runner depan saya untuk masuk ke simpang kiri. So saya macam confuse waktu tu dan saya dah pun kat tengah-tengah jalan. Dan dalam kelam kabut tu, runner yang depan saya ni kejap nak kekanan kejap nak kekiri. Rupanya runner ni runner 21K. Last sekali dia masuk ke kiri dan saya teruskan ke kanan. Siap polis traffic tu jerit lagi marah kami sebab membahayakan diri dan kereta dah nak jalan.

Bagi saya ini sangat tidak betul. Patutnya kalau ada persimpangan yang nak memisahkan antara runner, bubuh la sign board besar-besar so runner dari jauh dah nampak dan boleh decide dari awal. Bila jadi kekeliruan macam ni, bukan setakat membahayakan runner, malah membahayakan volunteer tu dan juga kereta tu.

Tapi bila saya check balik route ini, saya dapati sepatutnya runner 21K lari terus dan runner 10K yang masuk kanan. So runner 21K tu masuk kiri (atau mungkin lepas tu dia terus saya tak tahu) memang agak legalah. Runner tu pompuan. Ini map dia.

Screen Shot 2015-06-01 at 10.56.02 PM

Screen Shot 2015-06-01 at 10.56.18 PM

2. Station Air

Ini satu lagi bangang tahap monkey. First water station adalah betul-betul sebelum runner nak kena u-turn dan lalu dekat checkpoint. Pulak tu, station water diletakkan belah kanan so runner kena melintas jalan untuk ke water station. Apalah rendah beno IQ korang semua ni. Letaklah water station tu belah jalan lepas u-turn, so runner tak payah melintas jalan. Buatnya runner mati kena langgar kereta macam mana?

Saya rasa organiser sebelum buat event, korang semua kena lari dulu jalan yang korang pilih tu so korang baru tahu kat mana nak improve. Bagi saya tidak ada masalah sebab walaupun 10K, saya bawa botol air sebab mak saya dah pesan sejak sekolah rendah dulu, pergi mana-mana bawak botol air. Saya kesian pada runner lain yang terpaksa cross jalan tu dan mati dilanggar kereta sebab dahaga. Nasib baik takde.

3. Khemah

Bila buat event dekat padang, so saya rasa organiser kena sediakan khemah la at least untuk runner yang lepas lari boleh duduk berteduh. Kesian panas bak hang. Runner yang power takpe atau runner yang pernah lari kat gurun. Ini runner semua average. At least sediakan khemah, tak cukup pun tak pe. Maybe ada runner veteran kita boleh utamakan mereka untuk berteduh. So saya tengok kebanyakkan runner duduk di balik bayang-bayang khemah.

Untuk bagi medal dengan goodies bag tau pulak korang sediakan khemah. Apa kata korang bagi medal semua tu bawah panas. Seronok tak?

11335059_467849546725336_2023817393_n
Ni saya menumpang bayang bawah khemah. Panas gila kuantan.


Ok, ini route larian yang saya ambil dari Runkeeper.

Screen Shot 2015-06-01 at 11.08.59 PM

Ini pula catatan masa unofficial saya. Saya lewat 69 saat untuk buat bawah SUB1. Aishhhh. Kecewa betul. Tapi takpelah. Ini je yang mampu. Hari tu Melawati dah cemerlang gila. So ada pasang surutnya. Anyway bila saya post morterm dengan isteri saya, antara faktor penyumbangnya adalah saya tak training langsung lepas Melawati hari tu sebab sakit lutut menjadi-jadi. Then, saya drive sendiri ke Kuantan tu pakai #matfordy ( Ranger Manual ) so situ je dah agak letih dan agak lagi menyakitkan lutut. Kemudian bila sampai kuantan, jumpa pulak member-member lama lepak sampai 2 pagi. So tidur tak cukup. Ini la faedahnya.

11352369_827324640686706_243696797_n

Dan ini pulak medal untuk race kali ini. Bab ni memang Score A. Medal cun gila. Tahniah diucapkan (kategori medal je la). So far banyak-banyak medal saya, yang ni paling cantik dan memang sebab medal ni pun saya masuk race ni.


11313507_1434568543518930_1922303537_n

Lepas dari habis tu nasib baik Azril ada, so Azril tolong drivekan kereta ke Kemaman Kopitiam untuk breakfast. Sakit lutut saya makin menjadi-jadi nampak gayanya. Rasa macam nak kena jumpa doktor ini macam. Kesan dari trail run Hulu Langat tu memang tak hilang sampai ke hari ini. Masak macam ini.

Sebagai penutup, saya berharap team Monyet Berdebu (Dusty Monkey) upgrade cara korang organise running event ni sebab gaya dari saya baca kat Facebook tu agak ramai orang menyumpah korang. Tapi saya tetap percaya yang jika kita ambik positif dan berusaha dengan lebih baik maka tuhan akan tetap bantu kita walau macam mana sekali pun.

11328379_870294183044139_947946882_n

Malam tu juga saya balik KL sebab kawan yang tumpang saya tu ada meeting pulak. So dalam 2:30 kami gerak dari Kuantan ke KL. Jam 5:30 pagi saya sampai Kinrara dan dalam keadaan terhencut-hencut, saya membuka pagar. Lutut saya semakin sakit. Namun saya terfikir, kesakitan zahir ini mungkin tidak sesakit batin kita. Sebab itu macam yang saya tulis awal tadi. Simpan kesakitan itu dalam peti dan tenggelamkan ia dalam laut. Dan di Kuantan, ia adalah tempat yang paling terbaik sekali kerana Sungai Pahang, mengalir keluar ke laut Cina Selatan. So, tak payah la naik kapal laut. Cukup sekadar berhenti di jambatan tepi sungai itu. Moga kita bebas dan membawa syurga ke hati kita ini!



Kongsi di :